Semalam aku godek-godek notebook aku. Di desktop ada satu folder tajuk Alia. Aku klik folder tu. Takde apa sangat yang menarik. Ada game barbie, beberapa keping gambar Alia dan ada design henpon. Alia ada design beberapa jenis henfon. Nanti aku nak hantar ke Nokia, mana tahu Nokia nak beli design tu. Bole aku guna duit tu buat beli Porsche Cayenne seketul.
Ada satu file Microsoft Office Word 2007 menarik perhatian aku. File tu bertajuk THE WIERD WIZARD - NO BUDGET PRODUCTION. Uihsss...tajuk lain macam. Aku klik dengan berdebar-debar...
ATHIRAH : LEGATO {BUDAK BARU DI THE WAVERLY WIZARS SCHOOL}
ALIA: VENDER AVE LAXINE {AHLI SIHIR YANG GENIUS}
AMSYAR : DANNY WESLEY {PENGAWAS YANG GENIUS}
ADDIEN : ALEXANDER ZULQARNYN {GBJ_GENG BUDAK JAHAT}
ABU : DENY LOVEBUTTONN {GBJ_GENG BUDAK JAHAT}
LUTFIL : NICKLAS STEKELENBURG {GBJ_GENG BUDAK JAHAT }
CERITA INI MENGISAHKAN SEORANG BUDAK PEREMPUAN BERNAMA LEGATO. YANG TELAH MENJADI WARIS SIHIR DATUKNYA YANG BARU SAHAJA MENINGGAL DUNIA KERANA TERKENA SIHIR AKIBAT BERMUSUHAN DENGAN SEORANG AHLI SIHIR YANG BERNAMA GABAN. LEGATO DIPILIH KERANA DIA ADALAH CUCU KESAYANGAN DATUKNYA.
PADA SUATU HARI, LEGATO SEDANG BERJALAN UNTUK BALIK KE RUMAH. TIBA –TIBA SEORANG BUDAK MENGHANTAR SURAT KEPADA LEGATO. LEGATO MEMBACA SURAT ITU, TIBA – TIBA LEGATO TERMASUK KE DALAM SURAT ITU.
PENGEMBARAAN BERMULA…
SETIBANYA DI SANA, DIA DITEMUKAN DENGAN PENGETUA, HOLLY JACKSON, OLEH DANNY WESLEY DITEMANI VENDER AVE LAXINE. DI DALAM BILIK PENGETUA, DIA DITANYA SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA KEPADA PELAJAR LAIN. KEMUDIANNYA DIA DIBERI BORANG PENDAFTARAN UNTUK DIISI.
SETELAH SELESAI SESI PENDAFTARAN, LEGATO BERKENALAN DENGAN VENDER AVE LAXINE DAN DANNY WESLEY. MEREKA BERKAWAN BAIK SEJAK ITU.
SEMPENA PERSAHABATAN ITU VENDER MEMBUAT RANCANGAN UNTUK MAKAN MALAM BERSAMA .GENG BUDAK JAHAT
Konfem lepas ni J.K Rowling sama J.R.R Tolkien tak boleh cari makan!!!
++++
* TIBA-TIBA LEGATO TERMASUK KE DALAM SURAT ITU...memang suspen!!!
Wednesday, December 29, 2010
Sunday, December 26, 2010
Pandanglah Lihatlah...Tiru Macam Alia...
Kadang-kadang aku rimas tengok rambut Alia. Nak-nak time dia bangun tido mengerbang tak tentu hala. Semalam aku bual-bual pasal rambut dia...
Aku : Apa kata Alia potong rambut...?
Alia : Tak nak
Aku : Alia cakap saloon mana nak pegi?? Papa sanggup bayar asal rambut kasi potong..
Alia : Tak nak jugak.
Aku : Rambut Alia dah panjang tu...
Alia : Nak bela sampai lepas bontot.
Aku : Nanti berak rambut kena taik...
Alia : Jangan nak merepek...boleh ikat.
Aku masih tak putus asa. Aku kasi nyanyi satu lagu. Tiru Macam Saya nyanyian Saloma, tapi tang chorus je.
Aku : "Mengerbang rambut macam hantu dalam hutan, suami memandang hampir pengsan!!"
Alia : Alia belum ada suami!!
Aku give up!!! Aku sambung nyanyi..."Pandanglah lihatlahhhh....tiru macam Aliaaaaaaa...!!!"

Friday, December 24, 2010
Semesra History X - Result SRP yang buat aku nervous gila babi...
Semalam result PMR keluar. Aku tengok berita tengahari dan malam semalam, macam-macam gelagat dapat result ada. Dan macam biasa media highlight murid-murid yang dapat result best-best je. Apa salahnya sekali-sekali interview budak yang dapat 8E, baru la rare. Ini balik-balik interview yang dapat 8A...hish takut sangat nak buat pembaharuan...
++++
Aku dulu tak ambik PMR. Dulu aku ambik SRP, tahun 1990. Aku ingat lagi masa result SRP keluar, hari Sabtu. Memang nervous. Pagi-pagi aku dah bangun. Iron baju. Baju kemeja. Bukan senang aku nak ada baju kemeja time umur 15 tahun. Seingat aku, aku ada 5 helai je baju kemeja. Itu pun 3 helai kemeja sekolah.
Lepas pakai kemas-kemas, aku pegi tunggu bas. Bas pukul 8 pagi. Dalam pukul 10 pagi aku dah sampai Semesra. Itu jam budak-budak batch aku dah ramai. Di kantin aku sempat bertanya dengan beberapa orang member. Rata-rata dapat result baik punya. Majoriti agggregat bawah 10. Time ni, SRP wajib ambil 8 mata pelajaran. Dan beberapa orang member kamcing aku dapat 8A1.
Lepas borak lebih kurang, aku terus ke pejabat sekolah. Nervous aku masih tak menyusut. Lagi naik ada, pasal dah dapat tau result beberapa orang member. Result aku ntah apa cerita. Aku berbaris nak ambil slip keputusan. Tak lama, giliran aku sampai. Aku bagi tahu nama dan nombor ic kat kakak kerani. Kakak kerani berkerut dahi cari slip SRP aku.
Kakak kerani : Takde la awak punya slip...
Aku : Aik..macam mana bole takde ni kak?
Kakak kerani : Oohh...sape yang takde slip kat sini, result dia kena tahan dengan Pengetua. Mesti ada masalah disiplin. Hari Isnin awak datang balik. Bawak ibubapa sekali ye...jumpa dengan Pengetua.
Aku : Babiii!! (dalam hati la tapi)
Aku balik dengan nervous tahap maksima. Ntah apa aku nak goreng abah aku nanti ni.....
Tuesday, December 14, 2010
Ada apa pada nama...
"tengah terfikir nama utk baby yg bakal lahir...macam2 nama berlegar-legar di fikiran..syoknyeeee"
Ayat di atas adalah status di facebook adik aku. Aku harap adik aku tak ikut trend terkini bagi nama anak jenis nak panjang-panjang. Sampai 3-4 patah nama budak-budak sekarang. Aku bayangkankan kesulitan yang bakal dihadapi oleh budak-budak tu nanti bila nak isi borang. Tak kira la borang on-line atau manual. Lagi payah time nak jawab exam, pasal nak kena hitamkan satu-satu huruf kat borang OMR. Guna pensel 2B. Ntah siapa la yang cipta sistem tu. Tulis nama, angka giliran, nama sekolah dah la. Siapa yang nama panjang-panjang mesti lambat jawab. Budak-budak nama pendek dan start jawab soalan, yang nama panjang-panjang belum siap hitamkan borang OMR...
Lagipun bagi nama panjang-panjang, bukannya panggil nama penuh.
Aku ingat lagi masa nak bagi nama anak dulu. Aku nak yang ringkas, mamanya nak yang panjang-panjang. Nur Alia Syahirah katanya...aku angguk. Aku pegi pejabat pendaftaran buat surat beranak sorang-sorang. Balik aku tunjuk surat beranak, tertaip kemas nama NUR ALIA.
"Kan orang kata Nur Alia Syahirah!!!" mamanya bernada marah.
"Ntah, kakak kerani tadi tak dengar kot masa orang cakap..." aku jawab yakin.
Tahun berikutnya, masa Lutfil lahir, aku tak lagi diberi kepercayaan pegi buat surat beranak. Mamanya pegi sendiri. Maka tertera la nama LUTFIL HAQIEM di surat beranak. Kalau ikutkan aku, Lutfil saje dah ngam.
Tapi kes nama Alia, memang mamanya tak puas hati. Sampai sekarang ungkit. Heh!!!
Thursday, December 9, 2010
Sekolah Asrama Penuh...
Tadi lepas makan pizza, Lutfil dan 2 orang sepupunya borak-borak pasal sekolah. Sepupunya Addien tingkatan 1, sekolah Alam Shah, Cyberjaya. Sorang lagi Abu, tingkatan 2, sekolah Sains Bukit Mertajam. Lutfil baru nak naik darjah 5.
Abu : Nanti sekolah menengah kau nak sekolah mana Lutfil??
Lutfil : emmmm...
Addien : Kau masuk MRSM Bentong la...tak pun Sekolah Sains Raub macam papa kau...
Lutfil : Aku nak masuk sekolah Henry Gurney!!
Aku mengucap panjang dalam hati. Aku harap menjelang Maal Hijrah tahun depan, Lutfil ada azam baru...

Thursday, December 2, 2010
Ngeri Tahap Tinggi...
Bagi aku banyak benda yang boleh dikategorikan sebagai ngeri. Tengok eksiden, ngeri. Hantu, ngeri. Tengok orang bersalin, ngeri. Kena panggil dengan cikgu disiplin masa sekolah-sekolah dulu pun ngeri. Kena inject BCG waktu darjah 6 dulu pun ngeri juga. Tapi, dalam banyak-banyak ngeri...bagi aku, nombor 1 punya ngeri, bersunat. Huh, memang champion dia punya ngeri.
Aku sunat masa darjah 5, tahun 1986. Time tu aku sunat kat sekolah. Sekolah aku buat majlis sunat ramai-ramai. Minggu terakhir hari persekolahan. Kalau tak silap lebih 30 orang masa tu yang bersunat. Sunat punya fee dalam RM30 je rasanya. Siap ada bunga manggar, main kompang bagai. Ada majlis kenduri makan pulut kuning. Tapi selera makan time tu memang dah takde. Belum kena potong, selera dah potong dulu. Yang tak bestnya bila ada ramai awek-awek sekolah rendah turut serta memeriahkan suasana. Ngeri campur malu, macam lahanat rasanya. Dia punya berdebar jangan cerita...memang tahap tak patut.
Majlis sunat yang official mula lepas Zohor. Hari tu memang panas, sampai ke hati panasnya. Ahli-ahli persunatan dah berkumpul dalam surau sekolah. Masing-masing dah pakai kain pelikat. Muka takut memang dah tak boleh nak sembunyi-sembunyi. Ada yang pucat, ada yang biru. Jantung berdegup kencang sampai kawan sebelah pun boleh dengar. Dup dap dup dap...cilaka punya gabra.
Tok Mudim...ya Tok Mudim, duduk atas kerusi mengadap ahli-ahli persunatan yang bersila atas lantai surau. Mulut Tok Mudim kumat kamit baca doa ke jampi ntah apa aku tak tau. Mata pejam. Tiba-tiba Tok Mudim bukak mata.
"Kamu nombor 1" sambil jari Tok Mudim tunjuk ke arah Rashidi Ishak. Shidi ni sebaya aku. Kalau lumba lari dia memanjang dapat nombor 2, pasal aku memanjang dapat nombor 1 hehe. Tapi time sunat biar la dia nombor 1. Aku dapat angka giliran nombor 4. Lepas masing-masing dapat nombor giliran, agenda potong memotong pun bermula...jeng jeng jeng...
Bila angka giliran dipanggil...huh bukan setakat kecut perut, habis semua apa yang ada jadi kecut. Aku melangkah longlai ke bilik pemotongan. Abah tepuk-tepuk belakang aku kasi naik semangat sambil iring aku ke dalam. Di tengah bilik, aku tengok ada batang pisang besar peha orang dewasa panjang dalam 1 meter. Di hujung batang pisang Tok Mudim tersenyum mesra...tapi sikit pun aku tak jatuh hati. Apa jadah aku nak jatuh hati, Tok Mudim tu pegang pisau cukur macam kedai gunting rambut india nama Nalaya tepi padang bola Koyan 3. Pikiran lebih banyak tumpu ke pisau cukur sama batang pisang. Pegi mati senyuman manis Tok Mudim...
"Buka kain...duduk atas tu" Tok Mudim bersuara sambil mulut muncung ke batang pisang. Aku akur. Punggung rasa sejuk dek batang pisang di celah kangkang.
"Mengucap, lepas tu baca Al-fatihah...pandang atas" Sekali lagi aku akur. Aku dongak ke atas. Kipas syiling pusing ligat speed 5 tak terasa. Cuma rasa ada sesuatu mengepit anu, tapi tidak sakit. Usai mengucap, aku terus baca Al-fatihah. Belum sempat habis, tiba-tiba ZZZRAAP...rasa pedih yang amat sangat menguasai celah kangkang. Menitik air mata dibuatnya. Pedih ya amat dahsyat itu buat rasa kebas satu badan. Aku macam nak pitam. Tiba-tiba pembantu Tok Mudim letak limau nipis yang dibelah 2 ke hidung aku.
"Cium limau ni" kata pembantu Tok Mudim. Dalam nak pitam, aku hidu limau tu. Ajaibnya, rasa pedih ya amat tadi, pelan-pelan hilang. Badan kembali segar, rasa nak pitam turut hilang diganti rasa nak kawin pasal dah sunat...hehe
++++
Itu cerita hampir 25 tahun dulu.
Sabtu lepas aku bawak Lutfil pegi sunat. Kat klinik. Lutfil pegi bersunat pakai jersey MU siap seluar. Dah macam nak pegi main bola. Bawak bekal kain pelikat dalam paper bag. Lutfil dapat nombor giliran ke-8.
"Boleh tak masa sunat nak main game?" Lutfil tanya ke aku.
"Boleh" aku jawab ringkas, pasal aku yang tengah ngeri sebenarnya...memori kangkang pedih ya amat tiba-tiba menerpa.
Turn Lutfil sampai. Aku iring dia ke bilik doktor macam abah iring aku dulu. Sampai di bilik doktor, aku jadi lega pasal takde batang pisang di situ.
"Buka seluar, baring atas katil ye" doktor menyapa ramah dan mesra. Lutfil akur sambil tangan pegang hp siap sedia nak main game Road To Hell aku download free dari internet.
Doktor suruh Lutfil baca Al-Fatihah dan bilang 1 sampai 60. Lutfil buat arahan doktor sambil baring tangan main game. Sambil mulut Lutfil buat kiraan, Doktor inject bius. Gedebuk gedebak, dalam 10 minit settle sunat. Sepanjang proses Lutfil sibuk main game...
++++
Cilaka, apahal time aku sunat dulu hp belum ada??? Tak pasal-pasal aku kena alami perit ya amat di celah kangkang...

Tuesday, November 16, 2010
Aku sorang pakai nokia cokia...
Semalam aku kena pegi meeting kat Serdang. Bos aku call suruh pegi meeting dalam pukul 2.20 pm. Meeting start 2.30 pm. Tahniah!! Aku speed dengan kelajuan cahaya. Aku sampai 3.15 pm. Sebenarnya, rasa macam cilaka bila lambat masuk meeting. Tambah cilaka bila semua ahli mesyuarat letak henfon canggih masing-masing atas meja...
Err...aku ingat nak sambar nokia butterfly la dapat gaji nanti...ada lagi ke model tu...???
Err...aku ingat nak sambar nokia butterfly la dapat gaji nanti...ada lagi ke model tu...???
Lebih Sudu dari Kuah
Ke mana saja aku pergi pasti berjumpa dgn org yg suka berlebih-lebih menangani sesuatu perkara/isu. Perkara kecik, aksi dan tindak menangani perkara itu dibuat dgn cara yg berlebih-lebih…kadang muak, kadang cuak, kadang jelak dan kadang lucu melihat tindak si senduk ni…bkn ke lebih “in” kalau kita buat sesuatu benda itu dgn cool dan santai…
Golongan ini wujud dah lama barangkali, sebab itu ada pepatah lama Melayu yg berbunyi lebih sudu/senduk dari kuah…kewujudan mereka ini buat hidup kita lebih meriah, lebih menyampah!! Aku kadang terkesima melihat aksi gelabah setempat mereka …teruskan begitu, kamu beri warna dlm hidup aku!!!
Lebih senduk dari kuah
Samalah juga ertinya dgn…
Lebih mogok dari masalah, atau
Lebih duduk dari melangkah, atau
Lebih tunjuk dari arah, atau
Lebih berok dari buah, atau
Lebih nyamuk dari darah, atau
Lebih amuk dari marah, atau
Lebih lalok dari dadah, atau
Lebih sogok dari rasuah, atau
Lebih batuk dari lelah, atau
Lebih pelanduk dari gajah, atau
Lebih senduduk dari getah, atau
Lebih colok dari sembah, atau
Lebih songkok dari ke Mekah, atau
Lebih rokok dari barah, atau
Lebih sibuk dari meriah, atau
Lebih perok dari punggah, atau
Lebih jeruk dari jelatah, atau
Lebih busuk dari sampah, atau
Lebih tumbuk dari menyampah, atau
Lebih rujuk dari berpisah, atau
Lebih penduduk dari rumah, atau
Lebih jolok dari galah, atau
Lebih monyok dari susah, atau
Lebih sodok dari tanah, atau
Lebih merajuk dari mengalah, atau
Lebih gebok dari sawah, atau
Lebih tengok dari indah, atau
Lebih beduk dari jemaah, atau
Lebih peluk dari ramah, atau
Lebih tanduk dari pawah, atau
Lebih nyanyuk dari latah, atau
Lebih gemuk dari mentekedarah, atau
Lebih cebuk dari meruah, atau
Lebih seronok dari ghairah, atau
Lebih geluk dari kolah, atau
….aku malas nak pikir dah!!!
Lu pikir la sendiri!!!

Si Lucky Laki
Si Lucky Laki baru sampai dari tempat kerja. Belum sempat buka sepatu, Nur dan Haqiem sudah menerpa dan memeluk erat Si Lucky Laki. Mcm sayang dan rindu sangat lagaknya. Mereka duduk di kerusi panjang depan rumah bawah porch.
Si Lucky Laki : Amacam sekolah hari ni?
Nur : Ok pa, best...hari ni belajar microorganisma...ada virus, bakteria, protazoa...lagi...fungi. Tgk fungi dekat roti yg dah lama pakai microskop nampak mcm akar pokok pa...
Nur bercerita besungguh-sungguh. Si Lucky Laki kusyuk mendengar...paling ke Haqiem..
Si Lucky Laki: Ha kau apa cerita?
Haqiem : mcm biasa je pa...
Dia lebih santai.
Si Lucky Laki: Kau nakal tak hari ni?
Haqiem : Sikit je (muka maintain tak bersalah)
Nur : Kitorang ada surprise untuk papa ni!!
Si Lucky Laki: Surprise apa pulak??
Nur : ada la, cuba teka??
Haqiem : Ambik je la kak!!
Nur terus lari ke dalam rumah. Tak lama, keluar dgn sebuah kotak putih di tangan terus dihulur kepada Si Lucky Laki. Kotak set penjagaan kulit untuk lelaki jenama Lab Series.
Si Lucky Laki : Hensem la papa pakai ni nanti...
Nur : Cepat la kitorang dpt mama baru!!!
Si Lucky Laki hanya senyum, toleh ke Haqiem...dia turut tersenyum sampai sepet matanya yg bulat, ditolak otot-otot pipi ke atas.
Si Lucky Laki : Dah, jom pegi pasar malam!!!
*kalau selepas ini korang jumpa jejaka tampan persis Keanu Reeves, senyum semanis Jude Law sdg makan di mana2 kedai tom yam sekitar kl, itu adalah Si Lucky Laki...kesan penggunaan set penjagaan kulit lelaki jenama Lab Series...

Tuesday, November 9, 2010
Cikgu Awie dan 9 Orang Penipu
Cikgu Awie tersandar lesu di kerusinya dalam bilik guru. Penat betul dia. Penat dengan kerenah anak murid. Penat mengajar. Sudah hampir 10 tahun dia mengajar di situ. Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai, Raub, Pahang. Kawasan yang mendapat nama sempena ulu Sungai Semantan, tempat bermula Tok Bahaman menentang Inggeris. Cikgu Awie pening. Pening dengan gelagat murid. Rata-rata muridnya anak orang asli. Tugas sebagai warden menambah sakit kepalanya. Nyata pendidikan belum jadi kemestian bagi masyarakat orang asli. Peratus keputusan peperiksaan dan kehadiran ke sekolah amat rendah. Dah macam-macam cara Cikgu Awie usaha. Hasilnya tetap sama. Pernah dia berura-ura ke Gunung Ledang bertapa dan mencari azimat untuk memulih murid-muridnya. Tapi bila memikirkan Gunung Ledang jauh dan tak boleh buat tuntutan perjalanan, niat suci itu dia simpan dalam dalam. Cikgu Awie menggaru-garu kepalanya. Keping-keping kelemumur halus jatuh ke bahu. Baru semalam dia bershampoo jenama Head & Shoulder anti kelemumur. Tak berhasil juga. Sama macam masalah keputusan peperiksaan dan kehadiran ke sekolah murid-muridnya. Dia buntu dengan kedua-dua masalah itu. Dia hampir menyerah. Masalah itu bak aliran ulu Sungai Semantan yang tak mampu dibendung.
Puas menggaru kepala, Cikgu Awie merenung ke atas. Matanya tak berkelip. Dia bukan merenung kipas. Juga bukan syiling. Pandangannya menerobos jauh melepasi atap bangunan sekolah. Malah lebih tinggi dari awan. Merentas troposfera, stratosfera, lapisan ozon dan entah apa lagi lapisan atmosfera. Bersama pandangan itu, fikirannya melayang. Melayang jauh merentas Bima Sakti yang berdiameter 100,000 tahun cahaya, mengandungi hampir 300 juta bintang. Berlegar-legar di cakrawala. Penat merentas angkasa raya, fikirannya ingin kembali ke bumi. Tapi bukan di waktu kini. Fikirannya ingin kembali ke zaman silam. Lebih tepat, ke tahun 1994...
++++
1994
Pagi itu sekolah SM Clifford ceria macam biasa. SM Clifford, sekolah Inggeris kerajaan tertua di negeri Pahang. Ditubuhkan pada tahun 1913. Waktu tu, ia hanyalah sebuah rumah kayu beratap nipah di Jalan Besar Bandar Kuala Lipis. V.N. Bartlett yang berasal dari Sri Lanka merupakan pengasas dan pengetua pertama. Tahun 1919, sebuah bangunan dibina di tengah padang sekolah, namun telah musnah dilanda banjir besar tahun 1926. Pada tahun 1928, sebuah bangunan batu dua tingkat dibina dan Sir Hugh Clifford yang merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Bersekutu telah merasmikan bangunan itu dan seterusnya menamakannya Sekolah Clifford sempena nama dirinya. Sejak itu, SM Clifford telah menempa banyak sejarah.
"Ad Sapientiam" moto di lencana sekolah dalam bahasa Greek bermaksud "Ke Arah Kearifan".
Sessi persekolahan di awal tahun biasanya dipenuhi dengan aktiviti sukan. Pagi Rabu itu, suasana di SM Clifford agak meriah. Ada perlawanan hoki menentang SM Vokasional. Adik, Man Iban dan Mamat turut sama memeriahkan suasana. Mereka pelajar tingkatan 6 atas. Acara sukan banyak untuk kategori di bawah 18 tahun. Sebagai pelajar Tingkatan 6 atas dan sudah masuk ke angka 19 umur... mereka tidak layak untuk turut serta. Atas dasar semangat kesukanan selain ponteng kelas, mereka turut berada di bangku penyokong. Sambil menyokong mereka berbual dengan penyokong dari SM Vokasional.
"Hujung minggu ni ada rugby 7 sebelah kat Jerantut. Sekolah Clifford hantar team ragbi tak?" budak vokay bersuara.
"Clifford mana ada team ragbi..." Man Iban balas bernada hampa, ragbi memang sukan kegemarannya.
"Sekolah seluruh Malaysia datang main...Jumaat petang pendaftaran, lawan Sabtu Ahad." tambah budak Vokay lagi.
"Sekolah mana anjur?" Adik mencelah, nadanya penuh harapan...
"Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut" jawab Budak Vokay pasti.
"Ok terima kasih" ringkas ucapan Adik kepada Budak Vokay.
Adik berpaling kepada Man Iban dan Mamat. "Jom lepak kantin pekena sirap.."
Adik berpaling kepada Man Iban dan Mamat. "Jom lepak kantin pekena sirap.."
Sirap, sejenis minuman yang diperbuat dari perisa daun pandan dan air gula. Biasanya pewarna merah digunakan bagi memberikan warna menarik kepada air sirap. Sirap biasanya dihidangkan sejuk, dengan air batu. Rasanya yang sedap, dan mudah dibuat menjadikan ia sebagai pilihan utama dalam kebanyakan majlis kenduri kendara. Ia juga menjadi minuman pilihan di kantin-kantin sekolah seluruh negara. Ahh...sirap memang terbaik!!
Adik, Man Iban dan Mamat amat kamcing, walau perkenalan mereka belum sampai setahun, waktu sama-sama masuk tingkatan 6 rendah tahun 1993. Adik berasal dari Merapoh, anak tunggal seorang peniaga kedai runcit kecil di sana. Gelaran Adik membayangkan betapa ibu bapanya sangat sayangkan anak tunggal mereka itu. Berkulit cerah. Matanya sedikit sepet. Bibirnya merah walau kuat merokok. Dia pintar. Tingkatan 1 hingga 5 dia bersekolah di Sekolah Menengah Sains Selangor. Matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM tertera A1. Dia lulus dengan kredit yang bagus juga untuk Kimia, Biologi, Fizik dan Pendidikan Islam. Cuma Bahasa Malaysia sahaja tertera C6, tapi masih kredit. Keseluruhan, dia mendapat pangkat 1 dengan 12 aggregat untuk SPM yang diambil pada tahun 1992. Bagi seorang anak luar bandar, kelulusan semacam itu menjamin tempat di universiti tempatan. Tapi satu perkataan di ruang "Kelakuan" pada sijil berhenti sekolahnya, menutup peluang itu. SEDERHANA. Perkataan itu tertera jelas. Menutup sama sekali peluang Adik untuk terus ke menara gading. Dia tiada pilihan. Dia mendaftar sebagai pelajar tingkatan 6 di SM Clifford.
Man Iban, anak kampung entah apa ke nama di sempadan Kuala Lipis dan Jerantut. Tubuhnya tegap, dahinya sulah. Sekali pandang macam garang. Macam seladang. Tapi hati ada taman bunga. Dengan perempuan bukan main. Bekas pelajar SM Teknik Kuantan. Dari sana dia dapat nama...Man Iban. Gelaran itu memang tidak sesuai dengan asal-usul dan perangainya. Tapi zaman remaja zaman tiada fikir panjang. Bertindak ikut suka. Semuanya untuk suka-suka. Memberi gelaran kepada rakan juga untuk bersuka. Ogy Ahmad Daud pernah berdendang:
"Dalam kehidupan ini yang terindah, melalui usia remaja
Senda gurau suka duka, silih berganti
meninggalkan kesan abadi...."
Seterusnya Mamat. Membesar di Sg Koyan, felda dalam Daerah Kuala Lipis . Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 setelah tidak memohon ke mana-mana institusi pengajian tinggi selepas SPM. Hajat nak masuk Akademi Laut Malaysia (ALAM) dihalang ibu. Ibunya takut dia jadi bukan-bukan kalau sering belayar di lautan. Tapi sebenarnya, di daratan pun dia bukan-bukan juga. Si kurus tinggi ini gemar bersukan.
Sambil meneguk sirap, Adik memulakan bual.
"Apa kata kita masuk rugby kat Jerantut tu?" nada Adik sungguh-sungguh.
"Menarik!! Aku setuju" tangkas Man Iban memberi respon.
"Tapi kita dah lebih umur...sape lagi yang bole main?" Mamat kurang yakin.
"Kau, Aku, Man Iban...Nik pun boleh...dah 4 orang...kita cari lagi 4-5 orang...umur boleh tipu!!" tambah Adik yakin.
"Aku ikut je la..." tambah Mamat. Seronok juga buat benda-benda tak senonoh sekali sekala kata hatinya.
"Malam karang kat hostel kita bincang...Nik biar aku settle, dia gerenti nak join punya" Adik bernada yakin.
Nik...Nik Rizman, anak Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Lipis ni boleh tahan ligat. Walaupun ayahnya PPD, itu tidak menghalang Nik menakal macam remaja-remaja lain. Asas bermain rugbi memang ada dalam dirinya setelah bersekolah di Sains Raub masa tingkatan 4-5. Sekolah Menengah Sains Raub (Semesra) antara yang handal dalam sukan ragbi peringkat negeri Pahang selain Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (Semsas).
Adik, Man Iban dan Mamat merancang untuk turut serta dalam kejohanan ragbi 7 sebelah di Jerantut. Walaupun mereka sudah terlebih umur, mereka tetap ingin turut serta. Mereka gemarkan ragbi. Sukan yang tercipta secara tidak sengaja ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823. William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.
Lepas tu, Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan buat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London pada 1881.
Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan. Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania di Amerika telah mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi. Pada 1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Foolball di Amerika Syarikat.
Ragbi salah satu sukan yang kasar dan lasak. Itu kalau lihat dengan mata kasar. Sebaliknya, kalau diteliti, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Rugby is a gentleman game...Adik, Man Iban, Mamat ingin menjadi gentleman. Hah!!
++++
Berbekal mulut manis, Adik, Man Iban dan Mamat berjaya memujuk beberapa orang member form 6 untuk turut serta dalam misi main ragbi. Nik, Haizam, Mat Akob, Die Boyan, Epul setuju nak ikut. Kini sudah ada 8 orang. Perlu ada 9 paling kurang. 7 pemain dan 2 simpanan. Perlu lagi sorang...!!
"Aku kalau ragbi 15 sebelah boleh la, 7 sebelah kena laju..." kata Mie Atan yg berat badannya 155 kilo. Alasan beliau terpaksa diterima. Dia punya lari paling laju, boleh kejar guna jalan kaki je...
"Keh seumur idup xpenah main ragbi...tak mboh keh" tambah Nasir Panjang.
"Keh mana la tau ragbi-ragbi nih...main bolo pun keh tak mboh" Kama Padang Tengku bersuara dengan loghat Pahang pekat tak ingat. Beliau memang kaki bangku...
"Ada kenduri kat kampung" Ithin, anak ketua Kampung Budu di Benta beri alasan. Dia ingat tahkta ketua Kampung Budu boleh turun ke dia satu hari kelak...??
"Nak balik kampung tengok kebun sayur" kata Along. Nasib baik adik beliau cantik.
"Keh ketua murid!!!" ringkas alasan Jasmirol. Ye tak ye, takkan ketua murid nak bersekongkol dalam penipuan ni...
"Mana nak cari lagi sorang ni...??" Man Iban bernada putus harap.
"Apa kata kita ajak Syamrul" Mamat kasi satu idea.
Ya...Syamrul Nizam. Junior 1 tahun sedang tunggu result SPM. Kerja di Freeda. Freeda merupakan satu jenama fast food tempatan ala-ala KFC dan McD. Di awal 1990an jenama ini sangat popular di pekan-pekan kecil di negeri-negeri Pantai Timur. Waktu ini brand-brand establish macam KFC, McD, A&W belum menembusi pasaran daerah-daerah terpencil. Penduduk di Kuala Lipis dan Jerantut menjadikan kedai Freeda yang ada aircond sebagai lokasi berdating selain menikmati juadah kentang goreng, burger, ayam goreng dan tidak ketinggalan root beer float ais krim perisa vanilla yang sangat sedap itu. Bila KFC mula beroperasi di penghujung 1990an di Kuala Lipis, Freeda gulung tikar. Hilang ghaib entah ke mana.
++++
"Lu orang datang ni nak order apa?" Syamrul bertanya acuh tak acuh. Bukan main bergaya dengan uniform Freeda siap pakai topi dan name tag.
"Kitorang tak nak makan...tapi kalau ada yang free boleh juga" Adik menjawab dengan jawapan yang entah apa-apa sambil sengih-sengih.
"Kitorang nak ajak lu main rugby...kat Jerantut, esok dah nak pegi daftar, Sabtu dan Ahad dah main" tanpa basa basi Mamat straight to the point.
"Apahal ajak gua?? Gua keje...lagipun gua bukan sekolah...tengah tunggu SPM!!!" Syamrul bersuara macam tak boleh cuti. Apa dia ingat nak kerje situ sampai pencen...
"Sebab tu la kitorang ajak. Tournament tu under 18...kitorang pun dah lebih umur semua. Kitorang nak player yang laju...memang harap dengan lu je ni..."
Syamrul memang atlit. 110meter lompat pagar under 18 dulu dia nombor 2 dalam Pahang. Cukup sesuai main posisi wing.

"Bab lebih umur jangan risau. Gua dah kaw tim sama budak-budak tingkatan 4 dan 5 nak photostat i.c dorang. Kalau lu jadi join ngam kita punya team. Ada 9 orang...7 player 2 reserve...semua umur dah lebih..." Adik menerangkan modus operandi.
Dipendekkan cerita, Syamrul setuju nak turut serta. Kini telah cukup 9 orang pemain. Adik, Man Iban dan Mamat rasa gembira. Hajat nak masuk tournament ragbi 7 sebelah di Jerantut bakal terlaksana.
++++
Mereka menyamar la sebagai budak-budak sekolah bawah 18 tahun. Guna photostat ic budak tingkatan 5 dan 4. Awie yang juga pelajar tingkatan 6 atas ditugaskan menyamar sebagai guru pengiring!!
++++
Sewaktu pendaftaran
Urusetia : Sekolah mana ni...?
Awie : Sekolah Clifford, Kuala Lipis
Urusetia : Ish...dah lama Clifford takde team ragbi.
Awie : Team baru ni...baru start tahun ni...
Urusetia : Naik apa datang?
Awie : Naik keretapi...dari stesen Jerantut jalan kaki sampai sini...(9 orang penipu tunduk malu...sekolah lain semua datang guna bas sekolah sendiri...)
Urusetia : Mana cikgu pengiring...?
Awie : Saya la...saya cikgu sementara je...cikgu sukan pergi kursus!!!(9 orang penipu tahan gelak, sambil beratur nak daftar masing-masing pegang photostat ic tipu, Awie muka kontrol cakap bukan main lancar tak nak kantoi)
++++
Waktu mandi ramai-ramai di asrama SMK Jerantut.
Entah budak sekolah mana borak-borak sesama sendiri...
Budak A: Lu nampak tak budak-budak Sekolah Clifford?? Macam dah tua tua je...yang sorang tu siap ada bulu dada...(merujuk kepada Die Boyan)
Budak B: Gua rasa dorang anak orang asli la...jenis lambat daftar masuk sekolah...

Cikgu Awie, Mat Akob, Nik Rizman, Mamat, Arwah Adik, Haizam, Die Boyan, Man Iban & Shamrul
Friday, October 29, 2010
1Malaysia kena tipu!!
Rupanya Siti Balqis yang selalu hilang-hilang ada di rumah sahabat penanya di Kuala Klawang, Negeri 9. Mak dia kata kena sorok dgn jin Islam di Gunung Jerai, Kedah nun. Puas la bermacam jenis ustaz datang mengubat, tangkap jin masuk dalam botol bagai. Budak Balqis pulak kata makhluk yg selalu sorok dia muka macam babi, besar dan berbulu. Haha sampai masuk tv.
Cilaka...aku syak budak Balqis ni banyak sangat baca Mastika....
Cilaka...aku syak budak Balqis ni banyak sangat baca Mastika....
Monday, October 25, 2010
Teh Panas Bikin Panas
Tadi pagi aku minum di cafe hospital Gleneagles Jalan Ampang...cafenya biasa-biasa je....
Aku : Teh panas satu
Awek cashier : Minum sini?
Aku : Ha'ah
Awek cashier pusing belakang buat teh untuk aku dalam cawan size comel.
Awek cashier : RM5.50 bang
Aku : Babi!!! (dalam hati la tapi..)
Aku berazam kekal sihat supaya nanti tak payah hantar aku masuk hospital nak minum teh pun kena bayar mahal-mahal...

Thursday, October 14, 2010
teka teki...
lutfil : pa...lutfil ada teka teki baru...
aku : apa dia...?
lutfil : dalam banyak-banyak sos, sos apa yang terbakar?
aku : black pepper sos...
lutfil : salah!!
aku : apa jawapannya??
lutfil : sosilawati...
heh!!budak-budak sekarang, benda-benda trajis pun dibuat main-main...

Thursday, September 30, 2010
Surat untuk bos-bos
30 September 2010
Bos-bos
Tempat Kerja Saya
Kuala Lumpur
Bos-bos,
MEMOHON KERUSI VAN YANG BOLEH ADJUST DAN TEMPAT SANDAR KEPALA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman bos-bos, baru-baru ini saya telah diarahkan ke Johor Bahru untuk satu tugasan. Hati saya sangat girang kerana dapat bertugas di luar kawasan (outstation cakap orang putihnya). Saya telah diberikan sebuah van dan seorang pemandu untuk tugasan tersebut. Van jenama Toyota itu kelihatan baru berdasarkan penampilan dirinya dan juga nombor pendaftaran. Hati saya bertambah girang.
3. Sebagai incas, saya diberi keutamaan duduk di sebelah pemandu. Hati saya bertambah girang lagi sekali. Setelah pemandu start enjin dan masuk gear satu, kami pun bergerak ke Johot Bahru. Perjalanan sangat lancar sambil dihiburkan dengan lagu-lagu terkini dari radio yang terdapat di dalam van tersebut. Van baru, radionya pun baru lah juga. Girang lagi sekali hati saya.
4. Setelah hampir setengah jam, girang di hati saya pun mulalah menyusut. Saya pun cuba nak rilek-rilek duduk bersandar. Tangan saya pun mencari tempat adjust seat di belah kiri dan kanan. Cilaka, puas saya cari tapi tak jumpa. Saya pun bertanyakan perihal tersebut kepada pemandu. Berikut adalah perbualan kami :
Saya : Kerusi van ni tak boleh adjust ke??
Pemandu : Tak boleh bang, van yang baru semua tak boleh...
Saya : Laa...kenapa?
Pemandu : Van lama boleh, sebab kita suruh bengkel tukar seat...van baru kerusi pemandu je boleh adjust...

Saya : Kenapa macam tu??
Pemandu : Bos-bos tak kasi tukar...
Saya : Cilaka...abis aku kena duduk tegak je la 4-5 jam ni...??
Pemandu : Tu la bang...saya kesian juga, orang belakang lagi kesian...tempat sandar kepala pun takde!!
Pemandu : Tu la bang...saya kesian juga, orang belakang lagi kesian...tempat sandar kepala pun takde!!
5. Untuk pengetahuan bos-bos, saya dan juga semua kakitangan bawahan ini bukanlah patung cendana, patung Buddha ataupun pengamal ilmu batin dan persilatan. Yoga juga tidak kami praktikkan disebabkan itu hari ulamak kata yoga bole memesongkan akidah umat Islam. Kami tidak mampu duduk secara tegak di dalam van 4-5 jam. Nasib baiklah kami hanya diarahkan ke Johor Bahru. Tak dapat saya bayangkan keadaan kami kalau diarahkan naik van pergi ke negara Bhutan di Himalaya sana. Hishh...pasti siksa!!! Mintak simpang....
6. Di sini saya ingin memohon seat van yang boleh adjust dan tempat sandar kepala di dalan semua kenderaan syarikat. Kasihan saya tengok kakitangan di bawah kendalian saya terlentuk-lentuk kepalanya waktu tidur dalam perjalanan. Macam mana nak bekerja kalau tengkuk dan pinggang sakit disebabkan keadaan tempat duduk di dalam van yang sedemikian rupa. Buat pengetahuan bos-bos juga, dalam perjalanan ke Johor Bahru tersebut, kami terpaksa berhenti rehat di RnR Pagoh untuk membuat regangan badan bagi membetulkan urat-urat tengkuk dan pinggang yang sakit. Aktiviti senamam seperti lompat bintang dan senaman kucing telah kami lakukan agar kekal cergas.
7. Diharap bos-bos dapat pertimbangkan permohonan ini. Saya bukannya mintak Perdana V6 sorang satu, cuma mintak tukar seat van je. Diharapkan permohonan sekecil ini dapat perhatian dari bos-bos. Kalau hal kecik ini pun bos-bos tak boleh settle, hal-hal yang besar tak tahu la macam mana...
Sekian, terima kasih.
1 MALAYSIA
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Saya yang menurut perintah,
Saya yang menurut perintah,
Pekerja Marhaen
Thursday, September 16, 2010
Cinta...sebuah kisah tentang kasih.
Selasa, hari ke 5 Shawal. Adik beradik aku yang lain ramai dah balik ke rumah masing-masing. Tinggal aku dan adik yang bongsu. Esok lusa, emak dan abah akan kembali berdua meniti usia tua. Hujan dan kilat malam itu membuatkan Sg. Koyan dilanda blackout. Aktiviti jadi terbatas. Takde lain yang mampu aku buat selain baring di ruang tamu. Lutfil baring di sebelah aku. Mulanya topik perbualan kami berkisar pada bolasepak BPL. Aku kutuk Man U. Lutfil kutuk Liverpool. Liga M, kami kutuk sama-sama!! Kehkeh...main serupa gampang sape nak puji...ye dok?? Abis topik bola, perbualan masuk ke arah sembang-sembang diari...
Aku : Fil ada makwe?
Lutfil : Ada...
Lutfil jawab tenang tanpa rasa besalah. Aku dulu masa umur 10 tahun jangankan ada makwe, nak ada duit seringgit pun payah. Aku susul dengan soalan-soalan lain.
Aku : Nama dia sape?
Lutfil : Rahsia...semua orang tak tahu...
Aku : Kenapa Fil suka dia?
Lutfil : Dia yang suka Fil...err Fil pun suka dia jugak...
Perbualan selanjutnya aku dapat tahu yang si gadis duduk di Bandar Tun Razak. Pagi ke sekolah dihantar ibu. Pulang dengan bas. Setelah dapat tahu lebih kurang latar belakang makwe Lutfil yang baru nak sunat hujung tahun nanti, aku kasi satu cadangan yang padu.
Aku : Apa kata balik KL nanti Lutfil bertunang?
Lutfil : Mengarut la papa ni...!!! Fil kecik lagi laa...
Aku : Dulu-dulu ada orang bertunang masa baru lahir tau...
Lutfil : Ahh papa tipu...
Aku : Tak caya tanya nenek...
Lutfil bingkas bangun dari pembaringan. Berjalan laju-laju ke dapur mendapatkan nenek berpandukan cahaya lilin.
Lutfil : Nek...betul ke dulu ada orang bertunang masa kecik...??
Nenek : Betul...
Mak aku bagi jawapan sambil kunyah tempeyek. Lutfil tak puas hati dengan jawapan mak aku yang sambil lewa. Lutfil tanya ke adik aku pula.
Lutfil : Acu...betul ke dulu ada orang bertunang masa kecik...??
Acu : Betul...
Adik aku bagi jawapan kepala angguk-angguk sambil tangan petik gitar lagu November Rain - Gun N Roses. Lutfil bergegas mendapatkan aku semula. Sampai di sebelah aku, Lutfil mengambil semula posisi baring yang dia tinggalkan sebentar tadi.
Lutfil : Betul la pa...ada orang bertunang masa kecik...
Aku : Amacam? Nak bertunang tak balik KL nanti...?
Lutfil : Takpe la pa...Fil tunggu besar la nanti...
Aku : Lama tu...
Lutfil : Fil dah pesan dengan makwe Fil, tunggu sampai besar...
Aku : Kalau ada orang lain kebas nanti...??
Lutfil : Takpe la...Fil cari la yang lain...perempuan kan ramai...
Aku : Bagusss...
Serentak dengan itu aku tepuk-tepuk belakang Lutfil. Tanda setuju dengan jawapan yang dia berikan. Tapi jauh di sudut hati, aku berkata..."tak semudah itu untuk menggantikan cinta, anakku...". Aku tepuk belakang Lutfil sampai dia lelap. Hujan di luar makin lebat. Suhu makin dingin. Malam makin larut. Dalam samar cahaya lilin aku pandang Lutfil dengan satu harapan. Aku harap, malam itu Lutfil tak kencing. Sejuk-sejuk ni bukan boleh buat main. Leceh juga esok aku nak kena basuh toto dan selimut...heh!!!
Hari Malaysia...??
Semalam aku tertengok berita jam 12 di TV3. Ada vox pop (temubual) dengan orang ramai pasal defenisi Hari Malaysia. Ceh...ramai yg tak tahu rupanya. Macam-macam jawapan karut keluar. Paling tak boleh blah, bila ada sekumpulan anak muda berumur awal 20an tengah makan2 sambil sengih-sengih jawab tak tahu apa dia Hari Malaysia. Babi la weii!!
Aku pun bengap juga, tapi sejarah simple pasal pembentukan Malaysia yang kita sambut 16 September ni, kena la tahu. Semenanjung, Singapura, Sabah, Sarawak bergabung jadi Malaysia pada 16 September 1963. Akibat dari penggabungan ni, dapat bantahan dari Indonesia. Maka berlaku konfrontasi Malaysia-Indonesia. Indonesia claim Sabah dan Sarawak dorang punya. Waktu ni timbul slogan "Ganyang Malaysia". Ada tentera Indonesia yang mendarat di pantai-pantai di Semenanjung terutama di Johor. Nasib baik tak berperang besar-besaran. Pada 2 Ogos 1965, Singapura keluar dari Malaysia. Singapura keluar kes lain, ntah apa gatal Lee Kuan Yew, aku tak tahu. Pegi google sendiri...
Kalau pun tak suka dengan kerajaan, nak rebel, nak rock, nak shuffle...sejarah negara ambil laa tahu. Harapkan rambut je pacak-pacak, baju branded-branded...otak udang!! Heh...
Monday, August 23, 2010
Risiko-risiko yang bakal dihadapi dalam kehidupan seharian...(mcm celaka tajuk entry..)
Last week aku terawikh di Masjid Assyakirin Bandar Tasik Selatan. Masjidnya besar. Kubah warna biru. Ruang solat ada 3 tingkat. Aku bawak Alia dan Lutfil. Sampai di masjid ngam-ngam azan Isyak. Alia terus ke ruang sembahyang wanita. Aku dan Lufil terus berwuduk. Selesai wuduk kitorang masuk ke ruang sembahyang di tingkat bawah. Lutfil ajak aku sembahyang di ruang tepi belah kiri imam. Di tengah-tengah masjid tergantung satu candeliar besar dari kubah masjid yang berwarna biru itu. Cahayanya memukau. Seutas rantai besi sebesar ibu jari kaki memegang candeliar itu dari kubah masjid.
Usai sembahyang isyak lutfil bertanya.
"Papa rasa lampu besar tu boleh jatuh tak?" mata bulatnya memandang ke arah candeliar.
"Kalau rantai dia putus, jatuh la" aku jawab tak payah kerut dahi nak pikir.
"Sebab tu la Lutfil ajak papa sembahyang kat tepi..."
Aku senyum. Aku harap Lutfil mampu selalu berfikiran kritis. Risiko-risiko yang bakal dihadapi sebelum buat sesuatu benda. Tak macam aku yang selalu gagal berbuat begitu. Sesal sudahnya. Ahh...kadang-kadang aku memang tebarai...heh!!!
Monday, August 16, 2010
Puas puasa...??
Setakat 6 hari dah berpuasa tahun ni...aku rasa puasa aku lebih baik dari tahun-tahun lepas. Kalau tahun-tahun lepas aku puasa sekadar tak makan, tak minum, tak korek hidung, tapi tahun ni ada la peningkatan sikit. Rajin la jugak aku terawikh. Sembahyang fardhu pun elok la sikit aku perati. Dan yang penting, aku cuba nak berhenti merokok. Dah 6 hari tak beli rokok...ada la jugak isap, tu pun rokok kawan-kawan time buka hehehe semoga aku berjaya!!
Friday, August 13, 2010
Cerpenakal (Cerita Pendek Akal) - 3
Pakcik Daniel terus melangkah. Misi pegi kedai beli gula perlu diteruskan. Rumah Husin dilewati. Pakcik Daniel terpandang pokok jambu air yg meranum di laman rumah Husin. Kalau dapat ambil segugus buat bekal sambil jalan kaki ke kedai pasti seronok. Tengah panas dapat pekena jambu air pasti lain macam dia punya pegi. Ikutkan hati, Pakcik Daniel nak mintak banyak-banyak, boleh bawak balik ke rumah makan dgn kuah rojak jenama Mak Bee. Pasti isterinya suka. Tapi memandangkan hubungannya dengan Husin agak dingin, Pakcik Daniel simpan niat nak kecek buah jambu air tu dalam-dalam. Walaupun kecur air liurnya bila terbayang makan jambu air cicah kuah rojak Mak Bee bersama isteri sambil bergurau senda...
Hubungan Pakcik Daniel dengan Husin dingin dah lama...sejak dari PRU ke 9 lagi. Puncanya Husin lompat parti. Marah betul Pakcik Daniel. Sampai sekarang dah nak PRU 13 mereka masih bermasam muka. Ada juga niat Pakcik Daniel nak berbaik semula dgn Husin. Bukan pasal nak kecek jambu air. Tapi pasal keyakinannya pada parti yang dia sokong selama ini dah mula goyah. Sikit pun tak membantu dirinya. Jalan di kampungnya yang tak terbela menambah rasa kurang yakin itu...dia dah mula rasa nak join parti sama macam Husin.
Bukan setakat jambu air Husin yang Pakcik Daniel geram. Keledek yang subur menjalar di tepi parit rumah Husin pun buat dia geram juga. Keledek kalau dibuat inti karipap memang sedap. Pakcik Daniel terbayang karipap isterinya. Pertama kali beliau menikmati karipap Makcik Marlia Qaisara hampir 40 tahun dulu, terus cintanya mekar. Belum pernah beliau rasa karipap senikmat itu. Beliau menggelar karipap Makcik Marlia Qaisara sebagai "Karipap Cinta". Karipap Cinta Makcik Marlia Qaisara memang terbaik. Kulitnya gebu, sisi karipap dikelim kemas guna tangan...Makcik Marlia Qaisara buat karipap tak main guna acuan. Tapi yang penting intinya. Inti karipap perlu sendat. Keledek yang dipotong dadu direndam semalaman. Rempah ditumis campur serbuk kari. Letak udang kering sikit. Baru la nikmat karipap sebenar. Kalau time pagi-pagi celik bijik mata, pasti aroma Karipap Cinta mampu buat Pakcik Daniel tangguh buat benda lain. Membantai karipap je la kerjanya. Pakcik Daniel teringat karipap pasar ramadhan. Tak setanding karipap isterinya. Banyak yang inti angin. Kulit karipap dah la tak gebu macam Karipap Cinta Makcik Marlia Qaisara. Sejak terkena beli karipap inti angin, Pakcik Daniel tak pernah beli karipap. Kalau teringinkan karipap, Karipap Cinta Makcik Marlia Qaisara yang beliau tagih.
Pakcik Daniel pernah bersuara ke Makcik Marlia Qaisara agar mengkomersilkan Karipap Cintanya.
"Mesti ramai yang suka...pasti laku" ujar Pakcik Daniel
"Karipap saya ni bukan untuk dijual..." balas Makcik Marlia Qaisara.
"Sedap sangat..." Pakcik Daniel bersuara manja...
"Lagi pun awak tu bukan nak menolong...suruh kupas keledek pun malas. Belum saya suruh potong dadu...macam mana nak meniaga?" tambah Makcik Marlia Qaisara
Memang dah banyak kali Pakcik Daniel suruh Makcik Marlia Qaisara meniagakan karipapnya. Tapi Makcik Marlia Qaisara buat tak endah. Selalu juga Pakcik Daniel berangan yang perniagaan Karipap Cinta jadi mahsyur. Beliau amat yakin dengan Karipap Cinta isterinya. Karipap Cinta mampu menerobos pasaran karipap baik di dalam mahupun luar negara. Terbayang olehnya kilang Karipap Cinta tersergam megah di Kampung Petai Sepapan. Gambar Makcik Marlia Qaisara tersenyum dengan mengangkat ibu jari tanda best menguasai segenap ruang kilang. Begitu juga dengan lori-lori kontena yang digunakan untuk tujuan eksport Karipap Cinta. Bersama gambar isterinya yang tersenyum bangga sambil angkat ibu jari tangan tanda best, tertera slogan "Gebu dan sendat...sekali cuba pasti ingat". Tidak ketinggalan logo halal di sudut atas belah kanan gambar Makcik Marlia Qaisara. Logo asli dari JAKIM. Cilaka, logo halal pun nak tipu.
Bila Karipap Cinta dah mahsyur, pasti ada pembesar negara yang ingin melawat kilangnya. Itu jam baru la geng JKR, pihak berkuasa tempatan, majlis daerah sibuk nak merepair jalan. Tebas semak. Tebang pokok. Pasti Kampung Petai Sepapan jadi indah macam syurga. Kerja untuk pembesar ke untuk rakyat? Nak mengampu je...pundeklah!!! Pakcik Daniel merengus dalam hati sambil jalan kaki. Rasa nak lompat parti makin menaik. Kunci motosikal masih di tangan. Tapi dah tak buat korek telinga, buat garu punggung pula...
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan Datang Lagi!!!
Selamat menjalankan ibadah Ramadhan...tak payah la berpusu-pusu ke ke pasar ramadhan...membohong je semua tu...kueh ketayap inti hampas kelapa!!! karipap inti angin!!! Hidup nak untung je!!! Heh!!!
Tuesday, July 27, 2010
Cerpenakal (Cerita Pendek Akal) - 2
"Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna". Ya, itu yg dialami oleh Pak Daniel sekarang ni. Menyesal buat keputusan jalan kaki pegi kedai. Dah separuh jalan baru dia berasa letih. Panas terik pulak tu. Dia menyumpah seranah dirinya sendiri. Namum dia tak mahu berpatah balik. Malu ke Lokman Nurhakim je nanti...anak jiran sebelah yg melopong mulutnya takkala melihat dia buat summersault. Kalau patah balik, hilang la imej hero yg berjaya dia tonjolkan tadi.
++++
Lokman Nurhakim tersedar dari lopongannya. Bukan selalu dia dapat tengok orang buat summersault. Malah ini yang first time beliau tengok secara live, selebihnya tengok di tv je. Yang membuat tahap terlopong Lokman Nurhakin ke paras maksima, bila mana yang membuat summersault itu adalah Pakcik Daniel. Jiran sebelah yang dah berumur hampir 60 tahun.
Bergegas Lokman Nurhakim yang berumur budak darjah 3 itu masuk ke dalam rumah meluru ke bilik air ambil air sembahyang. Keluar bilik air basah kuyup bajunya.
"Nak ke mana pulak tu?" tegur ibu Lokman Nurhakim, Hasnah Johari.
"Tak de ke mana-mana la mak...nak sembahyang zohor ni" tulus jawapan Lokman Nurhakim sambil berjalan laju-laju masuk ke biliknya...waktu zohor lagi 5 minit baru nak masuk.
Tak kala mendengar jawapan itu, Hasnah Johari terus sujud syukur di tengah dapur walaupun masih berkemban baru lepas goreng ikan kembung. Girang benar dia mendengar jawapan anak bongsunya itu. Selama ini, jangankan suruh sembahyang...suruh makan nasik pun susah Lokman Nurhakim nak patuh. Hasnah Johari fikir Lokman Nurhakim dah dapat hidayah. Pada hal Lokman Nurhakim menyangkakan hari dah nak kiamat bila tengok aksi summersault Pakcik Daniel tadi...
++++
Pakcik Daniel berpeluh-peluh berjalan kaki. Baru 1 kilometer. Lagi 1 kilometer nak menyampai ke kedai runcit. Jersey Manchester United tak ori yang dibeli di pasar malam dah basah lencun. Di belakang jersey tertera jelas nama Cantona dengan nombor 7. Walaupun ada pendapat ulamak kata pakai jersey MU boleh merosakkan akidah, Pakcik Daniel tak peduli. Dari kecik MU jadi kelab bolasepak yang paling dia minat. Apa jadah pakai jersey pun boleh terpesong akidah. Pakcik Daniel tak paham langsung. Banyak lagi benda-benda lain yang sepatutnya ulamak pikir. Kadang-kadang pergi berjemaah malam pun jersey itu yang beliau pakai. Pak Iman kampung tak pernah pulak tegur...
Langkah Pakcik Daniel bertambah perlahan. Tengahari waktu nak masuk zohor memang lain macam dia punya panas. Ditambah dengan bahang aspal, kepanasan jadi berganda. Jalan kampung yang berturap aspal tu pun bukanlah elok sangat keadaannya. Dah berlubang-lubang. Ada yang 1 kaki dalamnya. Jalan kaki baru Pakcik Daniel perasan. Selama ni, naik motorsikal dia tak perasan semua tu...
"Celaka punya wakil rakyat, tak lama lagi PRU 13, jangan harap aku nak pangkah lagi sekali!!! Sebelum PRU 12 itu hari, macam-macam janji engkau tabur. Jalan kampung ni pun tak berepair lagi. Rupanya hanya menanam tebu di tepi bibir. Keji!!!" ngomel Pakcik Daniel dalam hati. Marah betul dia. Tangan kirinya masih korek telinga guna kunci motosikal...
Friday, July 23, 2010
Cerpenakal (Cerita Pendek Akal)
Pakcik Daniel termenung di serambi rumah. Macam tak kena pula dia yang dah berumur lewat 50an bernama Daniel. Tak macam budak-budak kecik yang berlambak nama Daniel sekarang ni. Ntah apa yang special nama Daniel, sampaikan mak bapak sekarang berebut-rebut nak bagi nama anak Daniel, Pakcik Daniel sendiri pun tak tahu.
Tapi bukan isu nama Daniel yang Pakcik Daniel menungkan. Juga bukan sebab dimarahi isterinya pasal leka main PS hingga dinihari sampai tak bangun tido pegi menoreh. Marah isterinya tak beri kesan langsung kepada hidup seharian Pakcik Daniel. Pakcik Daniel menungkan isu yang lebih besar. Isu negara. Isu harga. Isu minyak...isu gula.
Dah dekat seminggu Pakcik Daniel togok air kosong je, nak boikot kenaikan harga gula katanya. Dah naik kelat tekak. Badan pun lesu pasal kandungan gula dlm badan dah kurang. Nak menoreh pun dah naik malas. "Leceh juga" getusnya dalam hati. Ndak tak ndak, gula kena juga...baru la ada tenaga. Ahhh ikutkan hati Pakcik Daniel, dia nak proses sendiri je tebu yang ada dua tiga rumpun belakang rumah buat gula. Tapi bila mengenangkan yang dirinya hanya sekolah sampai tingakatan 1, itupun asyik ponteng...Pakcik Daniel simpan hasrat nak buat gula sendiri dalam lubuk hatinya yg paling dalam.
"Kalau dulu aku rajin belajar sampai masuk sekolah vokasional, aku mesti tahu buat gula sendiri. Takde la nak mengharapkan Robert Kuok je..." Pakcik Daniel berkata kepada dirinya sendiri. Tahu juga beliau berkenaan Robert Kuok, si tokey gula yang tiap tahun tersenarai dalam top 10 orang kaya Malaysia.
"Bang, pegi la beli gula!! Awak juga yg asyik komplen minum tak sedap, makan tak rasa!!" Makcik Marlia Qaisara melolong dari dapur. Tak sesuai langsung perangainya itu dengan namanya yang moden.
Menung Pakcik Daniel terpotong dengan lolongan isterinya itu. Beliau bingkas bangun. Diambilnya kunci motosikal di belebas belakang pintu. Sebaik menggenggam kunci motosikal, Pakcik Daniel terfikirkan sesuatu yang drastik. Semangatnya memuncak. Tak malas macam selalu. Dia berjalan pantas menuju ke tangga. Beliau turun ke tanah tak macam selalu-selalu. Sebaliknya beliau membuat satu summersault. Terus jejak ke bumi, tak payah guna tangga. Lokman Nurhakim, anak jiran sebelah yang baru balik sekolah, jenis malas tukar baju terus main pasir, melopong melihat aksi lincah Pakcik Daniel. Pakcik Daniel pandang ke arah Lokman Nurhakim sambil angkat-angkat kening. Beliau bangga.
Pakcik Daniel berjalan pantas melewati motosikalnya yang diparking bawah pokok mangga. Pakcik Daniel nekad. Sesuatu yang drastik difikirkannya tadi mesti dilakukan. Walau tengahari itu panas terik, dia nekad. Dia nak jalan kaki pegi kedai. Jimat minyak....minyak dah mahal. Pakcik Daniel jalan kaki sambil korek telinga guna kunci motosikal....
Saturday, July 10, 2010
Dari Hanoi ke Saigon - Intro
Korang penah makan sagon?? Penah?? Sape tak penah makan memang kodi!!! Tapi aku bukan nak cerita pasal sagon, aku skrg kat Saigon atau nama barunya Ho Chi Minh di Vietnam. Dah dekat seminggu aku kat Vietnam. Landing di Hanoi 3 July aritu..ahh malas pulak nak tulis panjang2...nanti la balik Malaysia 11 July aku cerita. Esok nak bangun pagi-pagi. Nak pegi Cuchi, 1 jam setengah dari Saigon...nak melawat kubu lama Vietkong...jgn ada yg mengada mintak buah tangan macam-macam time aku balik nanti. Aku pegi bawak duit ngam-ngam utk sara hidup je. Itu pun puas mengemis dgn kawan-kawan...celaka juga belum dpt gaji dah nak masuk 3 bulan!!!
Wednesday, June 30, 2010
Rock!!!
Dalam ramai2 kawan kat Semesra dulu, Daiman aku rasa bintang yang paling rock. Time tu Sam pun rock jugak, tingkatan 2 dah bawak gitar ke asrama…tp Daiman tetap nombor 1 bg aku. Serba serbi dia nak rock. Orang lain sibuk dengar Search &Wings, Daiman layan King Diamond, Morbid Angels, Kreator, Iron Maiden, Alice Cooper, Sodom dan ntah apa2 lagi kumpulan muzik barat yg ada gambar hantu syaitan kat cover kaset. Lagu2 ciptaan Eddie Hamid yg ada lirik rindu rindu sepi sepi pilu pilu jgn harap dia nak layan.
Kalau malam2 sebelum tido, walkman sony dia tu tak pernah lekang dr cuping telinga, pasang punya la kuat, org katil sebelah pun bole dgr. (zaman ni mana ada mp3 mp4 bagai…henset pun belum ada lagi). Seminggu ntah berapa kali dia pegi beli bateri AA kat kedai koperasi belakang gym tu. Kalau Sam yg jaga kedai, siap…bukan takat battery AA, ais cream cornetto, twistis, rota, semua ambik…heheh kuning2 gigi makan twisties perasa keju dlm gelap time lampu dah padam. Makan time terang piranha ramai!! Cibai. Yang aku heran, mesyuarat tahunan koperasi sekolah...xde pulak report rugi??
Time duit xde atau time kedai koperasi line tak clear, bateri2 yang lama Daiman akan jemur dan ada yg dia ketuk2 sampai kemek…nanti power dia datang balik, katanya…ntah siapa yg ajar. Cikgu Baha seni perusahaan seingat aku xde pulak ajar.
Pernah aku tengok Daiman repair sendiri seluar sekolah dia…cawat kasi pendek, kaki kasi kecik. Walaupun jahitan tangan dia lintang pukang…rock punya pasal, dia sesah juga. Satu benda yg aku perati, dia cukup jaga penampilan rock dia, lengan baju sekolah lipat kecik 3 kali, baju masuk dalam…pastu tarik dan kelepetkan, balance baju ada sikit je kat dalam seluar…sampaikan kalau tempat tali pinggang tak masuk satu pun boleh buat dia susah hati. Kasut sekolah jenis tali tak ikat…kalau time melangkah kasut tu tak terangkat ikut kaki…bunyi kelepap kelepap bila bejalan…mmg steady. Cara jalan pulak ada henjut henjut sikit, lutut xmau lipat lebih sangat…nanti tune rock bole lari. Huh mmg cara la…
Pendek kata semua hal kena rock bagi Daiman, cara kemas katil...teknik tangkap pijat...susun atur barang dlm locker (Daiman gemarkan susun atur yg berselerak), gaya pakai songkok...stail songkok lipat letak je atas kepala, pakai kain pelikat pun lain macam...londeh sampai ngam-ngam alur punggung. 2 minggu sekali keluar ke bandar Raub, siap la rak kaset kat tingkat 2 Emporium Jaya tu,...paling kurang 2 kaset rock Daiman tibai.
Tiada satu pun yang boleh dikaitkan dgn tidak rock pada diri Daiman. Kalu rock itu ada 10 tahap, Daiman aku letakkan di tahap ke 8, hanya Amy Search je tahap atas sikit dari Daiman. Tiap kali lepas cuti panjang, Daiman balik dari kampung, dia akan bwk balik koleksi kaset2 rock baru dan zine2. Member2 lain sibuk bawak kuih muih, buah rambutan, air gas, satay ikan...tapi Daiman xkisah, itu semua dia boleh piran!! Aku syak, scene rock Jengka kategori bwh 15 thn, Daiman jd pengerusi...xde calon lain yg layak, nak harapkan Mat Desa?? ceh...patahkan peha Rahimin dia tau la...harapkan Duan Ali, sekali abg Zamri dah tarik dia masuk Arqam...hanya Daiman yg layak memegang jawatan itu.
Walaupun Daiman rock gila babi, tapi aku xpernah la pulak nampak dia buat ritual yg pelik2 mcm sembelih kambing hitam, minum darah, koyak Quran dan sebagainya. Tapi dia selalu nampak hantu, mcm ada 6th sense la pulak. Aku ingat lagi, waktu kami pg toilet sama2 pada suatu malam. Waktu itu, lampu asrama dah padam...dlm pukul 11.30pm la aku agak. Aku tgh gosok gigi kat sinki, Daiman sinki sebelah...tiba2 poww!! dia tumbuk cermin muka depan dia...
"Apahal?" kataku
"Ada hantu nak keluar dari cermin ni" kata Daiman
Woo...dgn pantas aku terus kumur walaupun time tu aku baru gosok bahagian atas belah kiri gigi aku...bahagian lain esok pagi la aku sambung. Lagi satu masa aku bawak Daiman balik kampung aku kat Koyan, dia ada cakap rumah aku ada hantu. Kehkeh selama aku duduk rumah aku, xpenah pulak aku jumpa hantu, dia yang baru datang sekali, dah nampak. Aku syak punca Daiman bole nampak hantu pasal dia selalu dengar lagu rock. Lirik2 kumpulan rock yg dia dengar tu semuanya ke arah memuja syaitan...
Tapi satu peristiwa ni menguatkan hujah aku kenapa aku letakkan Daiman nombor 1 dalam senarai rockers batch 1988.
******
Satu pagi yang indah...budak2 kelas 3 sains 4 seperti biasa riuh rendah, maklumlah cikgu belum masuk. Ilet dan Beduk sibuk bergurau dgn Pulai, Nathan & Lan sibuk kutuk Dzul Boya, Aku dgn Arwah Idin rancak gelakkan Nan Tua, Romy & Rahmat xabis abis nak besilat...Sep & Padil mcm biasa sembang2 diari, Azura Hisham dan Kamarul baca buku agama...Arief dan Kudin usha2 Erniwati, Noren & Linda pokpek pokpek...yg lain2 sibuk la buat hal sendiri, sekali sekala aku jeling ke Syilvia, mana tau dia nak repair duduk...untung2 ternampak panties...hahaha
Sekali Daiman sampai dgn jalan terhenjut-henjutnya. Mcm biasa dia selalu lambat, baru rock agaknya. Dia tidak terus ke kerusinya di sebelah Ilet, sebaliknya dia berdiri di softboard belakang kelas. Melihat lihat tampalan-tampalan di situ. Selang beberapa minit, cikgu masuk. Aku tak ingat subjek apa, tp yg pasti bertempiaran la kami ke tempat duduk masing2...
Kami - "Assalamualaikum cikgu, selamat pagi cikgu"
Cikgu - "Waalaikum salam, selamat pagi...duduk"
gerung gerang gerung gerang bunyi kerusi...kami semua duduk.
Cikgu - "Hamizan...apasal awak tak duduk?'
Daiman - "Sakit BATU KARANG cikgu"
Amacam?? rock tak?? Daiman punya rock, sampai ada BATU dalam pundi kencing!!! Ada sape berani sangkal hujah aku bahawa Daiman Rockstar no 1 batch 1988???
*p/s : Daiman, sory la gua buat cerita pasal lu...tapi gua tau lu tak kisah, pasal lu rock!! I love u muah muah
Hamizan Abu Hassan aka Daiman...terkini, dah tak rock...hehe
Sekarang Daiman ada restoran kat Damansara...macam Amy Search kan???
Berahi Tahap Tinggi...
Baru baru ni aku naik Air Asia. Flight pkl 1, pkl 11 pagi aku dah terpacak kat LCCT. Suasana LCCT hari tu mcm biasa. Penuh orang. Kini sesiapa pun boleh terbang. Aku pun sebelum naik flight buat prosedur mcm biasa. Check in mcm biasa. Imegresen check mcm biasa. Kastam check pun mcm biasa. Settle semua aku pun tunggu la nak boarding...mcm biasa jugak.
Dalam pukul 12.40 naik la flight mcm biasa. Aku dpt duduk row tepi ruang bejalan. Sebelah aku ada couple cina umur dalam awal 50an. Yang lelaki duduk tepi tingkap. Pompuannya duduk la sebelah aku. Suasana masih mcm biasa. Bila semua org dah naik, pramugari pun sibuk la tunjukkan cara-cara pakai tali pinggang, jaket keselamatan, topeng pernafasan, pintu kecemasan bagai mcm biasa. Settle semua tu, Airbus 320 pun meluncur deras nak take off. Couple umur awal 50an sebelah aku siap pegang-pegang tangan. Tak biasa kot. Biasa la pegang tangan.
Bila pesawat dah stabil dan sampai ketinggian ikut buku, mcm biasa isyarat tali pinggang pun padam. Dan macam biasa pramugari start sibuk. Bagi makan, jual makan, jual souvenir bagai. Macam biasa, pramugari yang seksi berbaju merah buat iman aku goyah. Tapi mcm biasa aku kontrol. Ahh...pramugari tu saja je gesel-gesel punggung kat bahu aku, tersadung kaki aku la...saja aku malas layan. Aku layan telan air liur nak stablekan tekanan udara kat kepala je...mcm biasa aku buat kalau naik flight.
Aku makan nasi lemak harga RM9 dgn air Ribena harga RM6...biasa la harga atas flight. Kecik punya hal. Couple sebelah aku layan pekena nasi ayam. Settle makan, aku dah start nak layan tido. Aku tengok penumpang yang lain pun dah start settle down duduk diam-diam. Suasana masih biasa biasa. Aku dah start nak lelap bila aku perasan couple cina umur awal 50an sebelah aku tengah layan cerita kat iphone dia. Bab ni memang luar biasa. Aku kerling pakai ekor mata...ceh layan cerita lucah Jepun rupanya!!!
Apa cerita sekarang ni?? Aku ingat org muda baru nak naik je layan cerita lucah dalam phone. Bukan main lagi couple umur awal 50an tu ketawa ketawa kecil tengok pelakon cerita lucah menggeletis. Aku nak pekena tido pun jadi tergendala. Pesawat airbus 320 tengah terbang dengan kelajuan 510 batu sejam dengan ketinggian 32,000 meter dari aras laut ni woi!! Badan pengawal industri aviasi, MAB dan Abang Tony Fernandes kena ambil maklum la hal-hal mcm ni. Susah juga aku nak tahan berahi kalau perkara macam ni terjadi. Aku pandang pramugari jadi lain macam...heh!!
++++
entry ni gua copy paste dr notes fb gua...boleh tahan pemalas gua sekarang ni...
Friday, June 25, 2010
entry kosong...(poket pun tengah kosong, celaka!!)
cilaka juga, dah beberapa hari aku xde idea. puas aku mencari idea untuk ditulis. tak mari jugak. saja aku duduk dalam toilet lama-lama time berak, kalau kalau idea sampai. Haraammm...rhuyub ntah ke mana...
aku bukan nak idea yg berat berat, isu isu besar. nak yang ringan ringan je. yang besar besar biar la penulis lain yg buat. susah juga sebenarnya nak menulis. walaupun benda yg nak ditulis entah apa-apa...
ahh...besok kena pegi penang plak...harap2 ada yg menarik di penang untuk dikongsi dalam goblog ini...

Wednesday, June 16, 2010
satu dunia sibuk main bola yang korang sibuk nak begaduh apahal???
Nun di Kyrgyzstan sana, Etnik Kyrgyzs tgh gaduh sama etnik Uzbek. Kyrgyzstan terdiri 80% penduduk Islam. Islam kan agama kasih sayang? Asyik nak berperang je kenapa?? Sakit tau kena tembak!! Dah la tu woii, tengok bola la time world cup ni...heh!!
Thursday, June 10, 2010
naik darah, darah naik
Setelah hampir seminggu tak sedap badan, semalam aku pegi klinik. Tangan kiri aku dah seminggu lenguh lenguh dan kebas. Risau juga takut ada masalah jantung. Lepas lunch hour aku pegi klinik. Bukan main celaka dia punya ramai orang. Sambil sambil tunggu giliran, aku usha-usha misi. Ahh semua misi pakai face mask...agenda nak mengorat misi jadi terbantut pasal tak nampak muka. Macam mana nak mengorat muka tak nampak?? Pesakit yg datang ramai-ramai tu takde pulak muka makwe makwe. Semua muka sakit. Sudahnya aku layan mesin panggil nombor giliran je. Bukan main slow dia punya kiraan nak menyampai ke giliran aku...
Dekat pukul 3 baru sampai giliran aku. Seorang doktor wanita berbangsa cina yang merawat aku. Muka tak nampak pasal dia pun pakai face mask.
Doktor "apa masalah?"
Aku " tangan kiri saya dah seminggu lenguh dan kebas, nak buat kerja pun tak selesa pasal saya kidal"
Doktor "ada angkat berat? accident ke?"
Aku "takde pulak doktor, saya risau masalah jantung atau saraf..."
Doktor "pegi check darah dulu, bawak form ni ke bilik sebelah...lepas dapat result datang sini semula..."
++++
Doktor "paras gula normal...tekanan darah awak naik 162/85. jgn makan ubat lagi, saya setkan appoinment 14 Jun kita buat full body check up. Saya bagi awak vitamin je dulu untuk tangan yg kebas tu. I'll see u next week ye"
++++
Itu yg buat aku malas jumpa doktor. Asal pegi je mesti ada yg tak kena...heh!!

Monday, June 7, 2010
haram jadah
tak ada idea nak tulis apa...
runsing
pening
resah
susah
risau
sasau
angau
cemburu
nafsu
rindu
lapar...
lapar barangkali, aku belum makan dari pagi...heh
runsing
pening
resah
susah
risau
sasau
angau
cemburu
nafsu
rindu
lapar...
lapar barangkali, aku belum makan dari pagi...heh
Monday, May 31, 2010
Aku tak suka AF
Suatu pagi tahun 1987
Peserta ke 3 sedang buat persembahan di atas pentas di kantin SK Tersang. Aku sebagai peserta ke 4 dah kecut perut. Bukan main sedap suara budak SK Batu Talam ni. Dia punya pitching, tone, sebutan semua ngam. Boleh ke aku beat? Aku cuba recall balik segala tunjuk ajar guru vokal aku, Che Ah. Che Ah kata, sebelum buat persembahan tarik nafas dalam-dalam. Masa buat persembahan lepas nafas pelan-pelan guna angin dari perut. Sebutan kena jelas. Tapi dalam saat genting macam ni boleh ke aku buat semua tu?? Che Ah pulak duduk barisan belakang. Peserta kena duduk barisan depan pentas. Aku nak mintak tips last minute pun tak boleh.
Itu hari masa peringkat sekolah, aku dapat nombor 2. Nombor 1, Mohd. Syukur budak darjah 4. Kakak dia darjah 6 satu kelas dengan aku. Cilakak juga dengan budak darjah 4 sekolah sendiri pun aku tak boleh makan. Inikan pulak nak beradu dengan hero-hero sekolah lain dalam zon Batu Talam. Dalam Zon Batu Talam ada 4 sekolah waktu tu. Ada SK Sg. Koyan, SK Kuala Medang, SK Tersang dan SK Batu Talam. Setiap sekolah hantar 2 orang wakil.
Tengah aku pejam-pejam mata cuba ingat balik nasihat Che Ah, nama aku kena panggil. Ah cilakak...peserta ke 3 dah abis buat persembahan rupanya. Aku naik ke pentas dengan muka pucat lesi. Dia punya gugup tak boleh nak cerita. Perut rasa memulas-mulas. Umur baru 12 tahun, naik ke pentas buat persembahan bukan suatu yg normal bagi aku. Aku capai microphone. Aku pandang Che Ah. Che Ah senyum. Ahh cilaka, budak perempuan comot sebelah Che Ah pun senyum juga sambil isap sirap bungkus. Selesai membetulkan kedudukan microphone, aku tarik nafas dalam-dalam. Persembahan aku mulakan...
"Aauzubillahhiminassyaitonirrojim...bismillah hirrohmaannirrohim"
Amacam? Steady je aku wakil sekolah musabaqah. Aku dapat nombor 3 peringkat zon. Mohd Syukur dpt no 2. Sekarang ni je aku tebarai...
++++
Ustazah Che Ah bukan guru di SK. Sg Koyan. Dia dilantik sebagai incas mengaji pasal dia mengaji memang handal. Suami dia Hj Dollah ada bas sekolah tambang 30 sen. Mereka sudah arwah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Subscribe to:
Posts (Atom)