Dalam ramai2 kawan kat Semesra dulu, Daiman aku rasa bintang yang paling rock. Time tu Sam pun rock jugak, tingkatan 2 dah bawak gitar ke asrama…tp Daiman tetap nombor 1 bg aku. Serba serbi dia nak rock. Orang lain sibuk dengar Search &Wings, Daiman layan King Diamond, Morbid Angels, Kreator, Iron Maiden, Alice Cooper, Sodom dan ntah apa2 lagi kumpulan muzik barat yg ada gambar hantu syaitan kat cover kaset. Lagu2 ciptaan Eddie Hamid yg ada lirik rindu rindu sepi sepi pilu pilu jgn harap dia nak layan.
Kalau malam2 sebelum tido, walkman sony dia tu tak pernah lekang dr cuping telinga, pasang punya la kuat, org katil sebelah pun bole dgr. (zaman ni mana ada mp3 mp4 bagai…henset pun belum ada lagi). Seminggu ntah berapa kali dia pegi beli bateri AA kat kedai koperasi belakang gym tu. Kalau Sam yg jaga kedai, siap…bukan takat battery AA, ais cream cornetto, twistis, rota, semua ambik…heheh kuning2 gigi makan twisties perasa keju dlm gelap time lampu dah padam. Makan time terang piranha ramai!! Cibai. Yang aku heran, mesyuarat tahunan koperasi sekolah...xde pulak report rugi??
Time duit xde atau time kedai koperasi line tak clear, bateri2 yang lama Daiman akan jemur dan ada yg dia ketuk2 sampai kemek…nanti power dia datang balik, katanya…ntah siapa yg ajar. Cikgu Baha seni perusahaan seingat aku xde pulak ajar.
Pernah aku tengok Daiman repair sendiri seluar sekolah dia…cawat kasi pendek, kaki kasi kecik. Walaupun jahitan tangan dia lintang pukang…rock punya pasal, dia sesah juga. Satu benda yg aku perati, dia cukup jaga penampilan rock dia, lengan baju sekolah lipat kecik 3 kali, baju masuk dalam…pastu tarik dan kelepetkan, balance baju ada sikit je kat dalam seluar…sampaikan kalau tempat tali pinggang tak masuk satu pun boleh buat dia susah hati. Kasut sekolah jenis tali tak ikat…kalau time melangkah kasut tu tak terangkat ikut kaki…bunyi kelepap kelepap bila bejalan…mmg steady. Cara jalan pulak ada henjut henjut sikit, lutut xmau lipat lebih sangat…nanti tune rock bole lari. Huh mmg cara la…
Pendek kata semua hal kena rock bagi Daiman, cara kemas katil...teknik tangkap pijat...susun atur barang dlm locker (Daiman gemarkan susun atur yg berselerak), gaya pakai songkok...stail songkok lipat letak je atas kepala, pakai kain pelikat pun lain macam...londeh sampai ngam-ngam alur punggung. 2 minggu sekali keluar ke bandar Raub, siap la rak kaset kat tingkat 2 Emporium Jaya tu,...paling kurang 2 kaset rock Daiman tibai.
Tiada satu pun yang boleh dikaitkan dgn tidak rock pada diri Daiman. Kalu rock itu ada 10 tahap, Daiman aku letakkan di tahap ke 8, hanya Amy Search je tahap atas sikit dari Daiman. Tiap kali lepas cuti panjang, Daiman balik dari kampung, dia akan bwk balik koleksi kaset2 rock baru dan zine2. Member2 lain sibuk bawak kuih muih, buah rambutan, air gas, satay ikan...tapi Daiman xkisah, itu semua dia boleh piran!! Aku syak, scene rock Jengka kategori bwh 15 thn, Daiman jd pengerusi...xde calon lain yg layak, nak harapkan Mat Desa?? ceh...patahkan peha Rahimin dia tau la...harapkan Duan Ali, sekali abg Zamri dah tarik dia masuk Arqam...hanya Daiman yg layak memegang jawatan itu.
Walaupun Daiman rock gila babi, tapi aku xpernah la pulak nampak dia buat ritual yg pelik2 mcm sembelih kambing hitam, minum darah, koyak Quran dan sebagainya. Tapi dia selalu nampak hantu, mcm ada 6th sense la pulak. Aku ingat lagi, waktu kami pg toilet sama2 pada suatu malam. Waktu itu, lampu asrama dah padam...dlm pukul 11.30pm la aku agak. Aku tgh gosok gigi kat sinki, Daiman sinki sebelah...tiba2 poww!! dia tumbuk cermin muka depan dia...
"Apahal?" kataku
"Ada hantu nak keluar dari cermin ni" kata Daiman
Woo...dgn pantas aku terus kumur walaupun time tu aku baru gosok bahagian atas belah kiri gigi aku...bahagian lain esok pagi la aku sambung. Lagi satu masa aku bawak Daiman balik kampung aku kat Koyan, dia ada cakap rumah aku ada hantu. Kehkeh selama aku duduk rumah aku, xpenah pulak aku jumpa hantu, dia yang baru datang sekali, dah nampak. Aku syak punca Daiman bole nampak hantu pasal dia selalu dengar lagu rock. Lirik2 kumpulan rock yg dia dengar tu semuanya ke arah memuja syaitan...
Tapi satu peristiwa ni menguatkan hujah aku kenapa aku letakkan Daiman nombor 1 dalam senarai rockers batch 1988.
******
Satu pagi yang indah...budak2 kelas 3 sains 4 seperti biasa riuh rendah, maklumlah cikgu belum masuk. Ilet dan Beduk sibuk bergurau dgn Pulai, Nathan & Lan sibuk kutuk Dzul Boya, Aku dgn Arwah Idin rancak gelakkan Nan Tua, Romy & Rahmat xabis abis nak besilat...Sep & Padil mcm biasa sembang2 diari, Azura Hisham dan Kamarul baca buku agama...Arief dan Kudin usha2 Erniwati, Noren & Linda pokpek pokpek...yg lain2 sibuk la buat hal sendiri, sekali sekala aku jeling ke Syilvia, mana tau dia nak repair duduk...untung2 ternampak panties...hahaha
Sekali Daiman sampai dgn jalan terhenjut-henjutnya. Mcm biasa dia selalu lambat, baru rock agaknya. Dia tidak terus ke kerusinya di sebelah Ilet, sebaliknya dia berdiri di softboard belakang kelas. Melihat lihat tampalan-tampalan di situ. Selang beberapa minit, cikgu masuk. Aku tak ingat subjek apa, tp yg pasti bertempiaran la kami ke tempat duduk masing2...
Kami - "Assalamualaikum cikgu, selamat pagi cikgu"
Cikgu - "Waalaikum salam, selamat pagi...duduk"
gerung gerang gerung gerang bunyi kerusi...kami semua duduk.
Cikgu - "Hamizan...apasal awak tak duduk?'
Daiman - "Sakit BATU KARANG cikgu"
Amacam?? rock tak?? Daiman punya rock, sampai ada BATU dalam pundi kencing!!! Ada sape berani sangkal hujah aku bahawa Daiman Rockstar no 1 batch 1988???
*p/s : Daiman, sory la gua buat cerita pasal lu...tapi gua tau lu tak kisah, pasal lu rock!! I love u muah muah
Hamizan Abu Hassan aka Daiman...terkini, dah tak rock...hehe
Sekarang Daiman ada restoran kat Damansara...macam Amy Search kan???
Daiman memang betul-betul rock. Dia ikut acuan Emy Search - ada restoran. Tak sia-sia rock dia yek...
ReplyDeleteitu la pak hashim, lama betul tak jumpa dia ...tau tau dah ada restoran. seronok tgk kawan2 berjaya
ReplyDeletewah citer ni nostalgik betul la...teringat kat seorg member dulu yg rock kapak...bezanya dia ni pompuan..balik sekolah je dia mesti layan iron maiden,dio..n tah apa2 muzik metal...menanah telinga...dressing n rambut pun style mat rock..cuma satu yg kitrg respek kat dia sebab dia selalu ingatkan ktrg time waktu sembahyang..tau2 je la dok ramai2...dapat borak x hengat dunia...tapi pastu dia masuk uia...bertudung labuh..n skrg dah jadi peguam pun!!
ReplyDeletekoperasi tu tak rugi walau pun kena "projek" dgn kaorang tiap2 minggu sebab koperasi dah awal2 "projek" duit korang dari business dobi....sebab seingat2 otak aku biasanya budak2 semesta antar cadar+sarung bantal+selimut jer kat dobi...yg lain2 tak brani antar sebab baju/sluar korang akan rosak/hilang terus...BETUL tak...?
ReplyDeleteMenyerammmmkannnn la si Daiman nie....... Skrang nie dia masih boleh nampak hantu lagi tak........? -aLCapone-
ReplyDeleteTerima Kasih la zam... kau ni btl la...AlCApone: ada gak kengkadang...saja nak tgk anak adam katanye..Hashim Zabidi: Time Kasihh..bila senang dtg la try Halal Chinese Food @ my restoran @ Kota DAmansara. Sory zam ali, terpromote plk...
ReplyDelete