Thursday, April 26, 2012

Perdana Menteri, Highway, Jamban dan Bangang Tahap Tak Patut.

Aku baru balik dari Kuching. Masa di airport, sebelum naik flight aku masuk jamban. Leceh qado' hajat dalam kapal terbang...jamban sempit.

Seperti di kebanyakan tandas-tandas awam yang lain di pelusuk ibu pertiwi tercinta ini, dinding-dinding tandas pasti ada conteng. Yang paling kerap, nombor telefon perkhidmatan blowjob dan bohsia konon boleh main.

Dinding jamban di airport Kuching tidak terkecuali.


















Aku gelak sendiri baca benda ni. Nama Perdana Menteri pun salah. Bangang tahap tak patut. Kenapa negeri kaya raya macam Sarawak tak ada highway? Bangang tahap tak patut juga...

Friday, April 20, 2012

Pinjaman Pelajaran.

Aku ada pinjaman pelajaran.  Aku pinjam dengan JPA.  Masa aku belajar dulu belum ada PTPTN.  Tak banyak yang aku pinjam, 3 ribu je. 

Lepas habis belajar, aku buat-buat tak tahu dengan pinjaman tu. 

Aku abis belajar tahun 2000.  Sekitar 2005, bertalu-talu surat tuntut hutang sampai ke kampung. 
Sekitar 2008, surat kaler putih dah jadi kaler merah. 

Mak pun sound "bayar hutang tu wajib..."
Bila mak dah sound, aku mengalah.  Aku telefon JPA.

"Puan, kalau result CGPA above 3 point ada diskaun kan?" aku tanya ke pegawai JPA.
"Betul encik, kalau CGPA atas 3.0 kena bayar balik 25% je...kalau CGPA 3.5 ke atas tak payah bayar...convert jadi biasiswa" jawab pegawai JPA.
"CGPA saya 3.14, kena bayar 25% je la kan?" tanya aku lagi.
"Betul tu encik...tapi encik kena submit keputusan periksa encik."

Aku congak-congak,  aku kena bayar RM 750 je.  Cantik.  Dengan pantas aku photostat segala result periksa waktu belajar dulu.  Start moto pegi bank, terus ke pejabat JPA di Maju Junction.

Aku bayar RM750 dengan segala salinan keputusan periksa.

"Nampak macam ok...semua subjek lulus, takde repeat paper..nanti kami hubungi encik balik"  kata kerani JPA di Maju Junction.

Aku balik sambil bawak moto muka senyum.

+++

Seminggu kemudian pegawai JPA dari Putrajaya call.

"Maaf encik...encik kena bayar penuh sebab extend satu semester..."

Cilaka betul.  Menyesal tak hantar tesis on time.  Aku extend satu semester pasal tesis tak siap.  Rajin pulak pegawai JPA tu check.

Sampai sekarang aku baru bayar RM1500...kehkeh.

+++

Aku yang hutang 3 ribu pun liat nak bayar, inikan pulak hutang PTPTN berpuluh ribu.  Tapi tak payah la sampai berkhemah di Dataran.  Dah berhutang bayar je la slow-slow, yang buat kecoh tu kenapa?? Heh!!

Thursday, April 12, 2012

Belakang Rumah

Kalau di kampung, belakang rumah aku ada pokok pisang,  pandan, rambutan, langsat, manggis dan parit.  Masa duduk di Kolumpu, belakang rumah aku ada rumah orang.

Sekarang di Labuan, belakang rumah aku ada laut.  Dulu masa kat Kolumpo bukan main jakun nak menengok laut.  Sanggup ke PD atau Sepang.  Sekarang jalan kaki tak sampai 3 minit.
Semalam cuti, aku lepak belakang rumah.   Tengok Alia, Lutfil dan anak-anak jiran mandi laut.  Dah 8 bulan lebih aku duduk sini.  Baru 2 kali aku lepak belakang rumah.  Biasa laa...dulu masa jauh bukan main rindu nak tengok laut, sekarang bila dah dekat buat tak kisah....perangai. 

Tuesday, April 10, 2012

Kucing

Aku sibuk sikit sekarang ni.  Sibuk kerja opis dengan sibuk membela kucing.  Aku bukan la adore sangat dengan kucing.  Tapi dengan kucing yang sekor ni, aku jadi lain.  Dia kencing berak dalam rumah pun aku biarkan.  Bergilir aku, Alia dan Lutfil mengemop lantai.  Sampaikan makan minum kucing tu pun bersuap.
















Aku jumpa kucing ni Jumaat malam yang baru sudah.  Kena langgar.  Kaki belakang dia dua-dua belah tak boleh pakai.  Yang berbungkus merah tu siap terkeluar tulang.  Kesian betul.  Tambah kesian, di Labuan takde klinik haiwan.  Yang ada Jabatan Veterinar.  Itu pun hari Sabtu dan Ahad tutup.  Kucing ni tanggung azab la Sabtu dan Ahad.




Alia bagi nama Garfield.  Semalam, Isnin aku hantar Garfield ke Jabatan Veterinar.  Orang di Veterinar kata dia dah masukkan besi.  Aku harap dia akan ok lepas ni.  Kesian tengok dia mengesot guna 2 kaki depan.

Disebabkan Garfield tergolong dalam golongan kurang upaya, aku redha kalau dia berak dan kencing merata.  Kalau sihat buat perangai macam tu, memang nak kena rembat dengan penyapu


Tuesday, April 3, 2012

Kelab Dangdut

Kalau ada masa lapang, aku main Block'd.  Block'd ni game dalam handphone.  Susun blok ikut warna.  Bagi aku game ni steady la juga.

Alia  :  Asyik main game ni je...
Aku :  Daripada papa menghabiskan masa di kelab dangdut, baik la main game...
Alia  :  Kalau pegi kelab dangdut, bole la Alia berdangdut sama...
Aku  :  Heh!! Jangan harap...