Monday, November 19, 2012

Kecewa vs Syukur

Tadi Lutfil dapat keputusan UPSR.  Dia dapat 3A 2B.  A dalam subjek Bahasa Melayu Pemahaman, English dan Matematik.  B untuk Bahasa Melayu Penulisan dan Sains.  Seperti kebanyakan bapa lain, aku mengharapkan 5A sebenarnya.

Aku kecewa mulanya. Tapi bila aku fikir balik, aku tak patut rasa kecewa.  Lutfil belajar di sekolah baru.  Suasana dan kawan-kawan baru.  Aku tak hantar dia pergi tuisyen.  Aku juga jarang teman dia belajar di rumah.  Selalu juga aku out-station atau balik rumah malam-malam sebab menghadiri jemputan majlis entah apa-apa.  Bila sampai di rumah, dia dah tertidur depan tv.

Aku juga tak sediakan makanan yang berkhasiat.  Makan di restoran fastfood memanglah kerap.  Makanan dalam tin dan mee segera dah jadi menu utama.  Pergi sekolah tanpa sarapan dah jadi perkara biasa.

Ya, aku memang tak patut rasa kecewa dengan Lutfil.  Aku patut kecewa dengan diri sendiri sebab tak sediakan yang terbaik untuk dia.  Aku yang barai sebenarnya. 

Tapi, bila aku pikir lebih dalam, rasa kecewa itu perlu aku tukar dengan rasa bersyukur. Sebab, dalam situasi serba tak best yang aku bagi ke dia, Lutfil masih mampu dapat 3A 2B.  Rasa bersyukur aku tambah tebal bila teringat balik muka-muka hampa wajah ibu-bapa lain bila anak dorang takde dapat 1A pun, masa ambil result pagi tadi.

Aku juga perlu bersyukur yaaaa amat sangat sebab nasib Lutfil jauh lebih baik dari budak-budak di Palestine.  Dan yang paling penting, aku perlu bersyukur adanya Lutfil.  Dia budak steady sebenarnya.



Sunday, November 18, 2012

Berfikir Guna Kaki

Tahun 2010 aku pergi Hong Kong.  Hong Kong ni lebih kurang Singapore dan Penang aku rasa.  Pulau, banyak bangunan tinggi-tinggi dan ramai cina.  Tak banyak kawasan lapang di Hong Kong.  Padang bola pun aku tak jumpa.  Di taman-taman awam ramai yang praktik seni bela diri.

Dalam pada kurang padang dan penduduknya lebih banyak berkungfu, team Malaysia masih gagal kalahkan Hong Kong dalam bolasepak. Sakit betul hati aku bila memikirkannya.
Bola sepak memang memerlukan kaki untuk menyepak...bukan guna kaki untuk berfikir. Berfikir guna kaki, itu la sebab asyik kalah. Passing entah ke mana, situasi tak bahaya pun tendang bola kuat-kuat ke atas, bawak bola jauh dari kaki, tahan bola untuk pihak lawan, gerakan-gerakan yang mengkucar kacirkan pihak kawan dan bermacam lagi perkara-perkara yang menyakitkan hati.  Bangang bangang.
 
Orang muda dan tua sama-sama berkungfu.
Seni main pedang.


Seni mengawal pernafasan, Qi Gong.

 
 


Tuesday, November 13, 2012

Hak Bermain Hak Kami

"Korang ni asyik main je, mentang-mentang la cuti sekolah..." aku kata ke Alia dan Lutfil.

"Hak bermain hak kami, hak belajar...hakkk tuihhh!!" jawab Alia konfiden.

Monday, November 5, 2012

Negara Berpendapatan Tinggi...

Itu hari aku pergi Brunei.  Aku singgah rumah pak sedara member.  Dia kerja warden penjara.  Kat Brunei ada 3 penjara.  2 penjara kesalahan jenayah. 1 penjara tahanan ISA.  Pak sedara member tu warden penjara ISA.  Aku ada la juga tanya-tanya kesalahan akta ISA di Brunei, tapi itu cerita lain.

Yang aku nak cerita, gaya hidup pakcik sedara member ni.  Dia tinggal di kampung.  Kampung Putat, dalam Mukim Lumapas.  Duduk rumah banglo 2 tingkat. Ada 4 buah kereta.  3 buah bot.  Dia gemar memancing ke laut.  Kalau di Malaysia, warden penjara mampu hidup macam ni??  Ohh bukan pakcik warden penjara sahaja yang mempunyai gaya hidup sebegitu.  Seluruh penduduk Kampung Putat dan kampung-kampung sekitarnya mempunyai kehidupan yang hampir serupa.  Rumah besar dan kereta banyak.

Negara berpendapatan tinggi...aku geleng kepala.  Kebahagiaan tak terletak pada harta duniawi. Aku berkata nak menyedapkan hati sendiri.  Terbayang-bayang pakcik baju hijau bentang bajet di parlimen itu hari...

+++

Sementara itu, setelah turun naik pejabat imigresen 5-6 kali, akhirnya Alia dan Lutfil dapat pasport antarabangsa...yeay!!!

Alia, Lutfil & anak pakcik warden penjara.