Friday, February 27, 2015

Olahraga

Isnin lepas, Alia balik sekolah dia bagi tau cikgu dia suruh masuk olahraga sukan tahunan sekolah acara 400 meter, 800 meter dan 4x400 meter.  Sepanjang hayatnya, Alia tak pernah berolahraga.  Dia lebih ke sukan tido, tengok cerita Korea dan main gitar sikit-sikit.

Selasa, Alia joging sendiri-sendiri. Rabu, aku bawak Alia melawat trek Kompleks Sukan Labuan berjoging 4 round sambil ajar teknik berlari mana-mana yang patut.

Semalam, acara 400 meter. Dapat nombor 4, last minit kena potong dengan budak nombor 3 katanya.

Pagi tadi 800 meter, dapat nombor 6 pasal kaki kejang 100 meter terakhir, kalau tidak ada harapan dapat nombor 2.  Petang ni 4x400 tak tahu la apa cerita.

Ok la berlatih 2 hari, kalau aku bagi latihan sejak 2 tahun lepas, boleh pegi Sukan SEA.