Sunday, September 30, 2012

Keluh Si Tua Bangka.

"Kecewa la macam ni..." keluh si tua bangka tak dapat tiket masuk konsert.

" Tak dapat tiket masuk konsert tak payah la kecewa pakcik...tak dapat tiket masuk syurga baru la kecewa!!" aku jerit kuat-kuat dalam hati.  Tak nak la kurang ajar dengan orang tua.  Aku pun nak masuk syurga juga.

Thursday, September 27, 2012

Into The Wild With Denise Keller


Semua tempat yang Denise Keller pergi dalam program tv ni , aku dah pergi.  Datuk Tengku Zainal Adlin, Sabah Tourism Board punya chairman pun aku dah 2-3 kali jumpa. Pernah juga aku ke rumah dia atas undangan anaknya, Tengku Soraya.

Bagi aku, Sabah dan Sarawak memang best dari segi pelancongan alam semulajadi.  Dari hutan ke pulau, dari dasar laut ke puncak gunung.  Begitu juga flora dan faunanya.  Semua memikat, tambah best kalau dapat pergi dengan Denise Keller...mesti pergghh!!

Saturday, September 8, 2012

Membaca Jambatan ke Zoo

Dulu masa aku kecik, tak banyak bahan bacaan di rumah.  Yang aku ingat, di rumah ada Quran, surah yassin, sedikit kitab-kitab lama, siri Bercakap Dengan Jin, buku atlas dan 1 set ensiklopedia.  Aku cuba nak baca Quran dengan kitab-kitab, tapi bila belek-belek takde gambar, niat itu tergendala.  Kalau buat Quran versi kanak-kanak, letak gambar-gambar yang ada kaitan dengan surah Quran boleh tak??  Disebabkan takde gambar-gambar menarik, aku lebih bayak membelek atlas dengan ensiklopedia.

Atlas dan ensiklopedia ni  lama punya. Tahun 60an-70an.  Ejaan pun lama.  Ikut kata abang aku yang sulong, masa dia ambik penilaian darjah 5 tahun 1974, itulah bahan rujukan dia.  Mana ada pergi tuisyen.  Dia dapat 5A, lepas tu tingkatan 1 dia masuk Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Waktu aku umur 5-6 tahun, aku dah boleh membaca sikit-sikit.  Setakat nak mengeja yang simple-simple memang dah steady. Berkat banyak membelek ensiklopedia dan atlas. 

Satu hari abah aku pergi KL ntah ada urusan apa aku dah lupa.  Kalau tak silap, kami pergi berempat.  Abah, mak, kakak atas aku dan aku.  Kalau tak silap, waktu tu abah pakai kereta Datsun buah kana.

Aku punya lah seronok dapat pergi KL.  Dia punya seronok, malam sebelum pegi, jenis tak boleh tido.  Hujung 70an-awal 80an, jalan Koyan ke Raub, belum tar sepenuhnya.  Raub ke Bentong jenis kona-kona separuh jalan kena berenti tepi sebab layan muntah dulu.  Bentong ke KL, jalan belum lebar macam sekarang.  Nak sampai KL dari kampung aku, mau 4-5 jam.  Sekarang kalau jenis bawak macam pelesit, 2 jam dah boleh sampai.

Dipendekkan cerita, kami pun sampai lah ke Gombak.  Dah start ada bangunan.  Aku dah mula seronok pasal sebelum tu sepanjang jalan, nampak hutan banat je.  Mata aku melilau pandang kiri kanan.  Sekali aku nampak satu signboard.

"Abah, dia ada tulis Zoo la.  Jom pegi" laju aku kata ke abah.
"Nak cepat ni, ada hal lain" jawab abah.

Aku mengamuk habis-habisan.  Menangis jenis hentak-hentak kaki dalam kereta.  Barang dalam kereta semua aku buang ke luar waktu kereta sedang berjalan.  Kereta takde aircond, tingkap bukak.  Segala bantal, kotak tisu, botol air...apa-apa yang mampu aku capai.

+++

1st time pegi Zoo Negara seronok betul.  Banyak idea nak cerita kat kawan sekolah tadika nanti ni.
 
Nampak tak hikmah pandai membaca???


Monday, September 3, 2012

Memilih Pemimpin

Aku pernah terbaca, blog Ustaz Asri (bekas mufti Perlis) rasanya, pasal memilih pemimpin.  Antara yang aku paling ingat, berbunyi lebih kurang macam gini:

Kalau nak pilih pemimpin kena cari yang beraklak mulia dan beriman.  Kalau ramai yang macam tu, pilih siapa yang paling tua antara mereka.  Kalau masih seri, pilih siapa yang paling berilmu.  Masih seri juga, pilih yang paling berharta.  Seri juga lagi, pilih yang paling kacak.  Masih seri, pilih isteri siapa yang paling cantik.  Seri juga, siapa yang ramai anak.  Kalau masih seri, pilih zakar siapa yang paling power.

Lebih kurang begitu laa ayatnya.

Kalau pemimpin dah memenuhi semua kriteria di atas, pasti dia boleh memimpin dengan baik pasal dia berilmu dan beriman.  Lepas tu pulak dia kaya, takde la dia nak makan rasuah pasal dah kaya. Hensem, tak perlu nak berbotox dan isteri pulak cantik.  Peratus dia nak menggatal kecil.

Begitu la lebih kurang tulisan Ustaz Asri.  Dia pun bukan tulis pandai-pandai dia, dia ada sertakan dengan nas-nas dan hadis-hadis aku dah lupa.

Memandangkan pilihanraya dah dekat, buatlah pilihan yang paling baik.

+++

Kalau ikut kriteria di atas, aku tak layak jadi pemimpin.  Iman senipis kulit bawang.  Ilmu kurang.  Tiada harta dan tiada isteri.  Takkan nak mengharapkan zakar nan sebatang tu je??? Kehkeh..

Gelaran

Sekarang masih dalam bulan Syawal.  Selain aktiviti berhari raya dan open house, bulan Syawal buat aku teringat gelaran yang pernah diberi kepada seorang kawan.  Dia lahir dalam bulan Syawal.  Muhammad Syawal nama dia.  Disebabkan itu, beliau kami panggil Mat Raya.

Menggelar kawan-kawan memang seronok.  Gelaran diberi tanpa memikirkan kawan tersebut akan tersinggung atau kecil hati.  Bentuk fizikal dan penampilan seseorang sering menjadi sumber inspirasi.

Nan Tua, Lan Dagu, Lan Gusi, Dahi, Tengkuk, Jendul, Chokoh (telinga capang), Gigi (jongang), Padil Kudung (tangan putus sebab eksiden) antara gelaran kawan-kawan waktu sekolah dan di kampung.  Paling best, Pendi Jublon (jubo londeh) kehkeh...