Friday, September 27, 2013

Angan-anganku Musnah.

Labuan pulau bebas cukai.  Tapi aku perati, barang-barangnya takde la murah pun.  Barang murah cuma rokok, arak dan kereta.  Ada la juga pasang angan-angan beli kereta baru.

Tapi angan-angan tu kena buang jauh-jauh rasanya pasal tadi masa hantar Alia pegi sekolah dia cakap:

"Alia rasa daripada beli kereta, baik kita pegi haji".

+++

Abang dan kakak ipar aku pegi haji 2 hari lepas.  Semoga dorang selamat pegi dan balik.

Wednesday, September 11, 2013

Iron Man 3.
















Aku pemalas.  Aku mengaku.  Malas takde ubat.  Cuba kau jumpa doktor atau pegi farmasi, lepas tu tanya, ada ubat malas?   Nescaya kau kena tempeleng.

Benda paling malas aku nak buat, iron baju.  Disebabkan itu, aku pakai kemeja kerja yang tak payah iron.  Ada dalam 5-6 helai baju aku yang tak payah iron, dan, hampir 3 tahun aku pakai baju yang sama, padahal banyak lagi kemeja lain dalam almari.

"Alia jemu papa pegi kerja pakai baju sama...bengkek Alia tengok!!" kata Alia satu hari.

Aku kena bertukar jadi Iron Man.

Monday, September 9, 2013

Laporan akademik yang tak berapa nak akademik sangat...

Jumaat lepas hari laporan akademik di sekolah Lutfil.  Biasanya kalau hari akademik, aku hanya jumpa cikgu kelas, dan cikgu kelas akan cerita pasal pencapaian akademik murid.  Tapi kali ni lain sikit.  Aku kena jumpa cikgu setiap mata pelajaran.  Disebabkan tingkatan 1 ada belajar 12 mata pelajaran, aku kena jumpa 12 orang cikgu.  Pewww!!

Cikgu 1  :  Lutfil belajar ok...cuma, dalam kelas dia suka main-main.  Suka buat lawak...bla bla bla...

...dan, 11 lagi cikgu yang seterusnya, memberi laporan yang hampir sama.

Panas juga telinga mendengarnya. Tapi bila aku ingat balik perangai sendiri masa sekolah dulu, niat nak marah tu aku buang jauh-jauh. Memikirkan sisi positif, ini menunjukkan Lutfil tak stress belajar. 

Suka hati kau la nak, asal kau bahagia.