Monday, August 23, 2010

Risiko-risiko yang bakal dihadapi dalam kehidupan seharian...(mcm celaka tajuk entry..)

Last week aku terawikh di Masjid Assyakirin Bandar Tasik Selatan.  Masjidnya besar.  Kubah warna biru.  Ruang solat ada 3 tingkat.  Aku bawak Alia dan Lutfil.  Sampai di masjid ngam-ngam azan Isyak.  Alia terus ke ruang sembahyang wanita.  Aku dan Lufil terus berwuduk.  Selesai wuduk kitorang masuk ke ruang sembahyang di tingkat bawah.  Lutfil ajak aku sembahyang di ruang tepi belah kiri imam.  Di tengah-tengah masjid tergantung satu candeliar besar dari kubah masjid yang berwarna biru itu. Cahayanya memukau. Seutas rantai besi sebesar ibu jari kaki memegang candeliar itu dari kubah masjid. 

Usai sembahyang isyak lutfil bertanya.
"Papa rasa lampu besar tu boleh jatuh tak?" mata bulatnya memandang ke arah candeliar.
"Kalau rantai dia putus, jatuh la" aku jawab tak payah kerut dahi nak pikir.
"Sebab tu la Lutfil ajak papa sembahyang kat tepi..."

Aku senyum. Aku harap Lutfil mampu selalu berfikiran kritis.  Risiko-risiko yang bakal dihadapi sebelum buat sesuatu benda.  Tak macam aku yang selalu gagal berbuat begitu.  Sesal sudahnya.  Ahh...kadang-kadang aku memang tebarai...heh!!!

Monday, August 16, 2010

Puas puasa...??

Setakat 6 hari dah berpuasa tahun ni...aku rasa puasa aku lebih baik dari tahun-tahun lepas.  Kalau tahun-tahun lepas aku puasa sekadar tak makan, tak minum, tak korek hidung, tapi tahun ni ada la peningkatan sikit.  Rajin la jugak aku terawikh.  Sembahyang fardhu pun elok la sikit aku perati.  Dan yang penting, aku cuba nak berhenti merokok.  Dah 6 hari tak beli rokok...ada la jugak isap, tu pun rokok kawan-kawan time buka hehehe semoga aku berjaya!!

Friday, August 13, 2010

Cerpenakal (Cerita Pendek Akal) - 3

Pakcik Daniel terus melangkah.  Misi pegi kedai beli gula perlu diteruskan. Rumah Husin dilewati.  Pakcik Daniel terpandang pokok jambu air yg meranum di laman rumah Husin. Kalau dapat ambil segugus buat bekal sambil jalan kaki ke kedai pasti seronok.  Tengah panas dapat pekena jambu air pasti lain macam dia punya pegi.  Ikutkan hati, Pakcik Daniel nak mintak banyak-banyak, boleh bawak balik ke rumah makan dgn kuah rojak jenama Mak Bee.  Pasti isterinya suka.  Tapi memandangkan hubungannya dengan Husin agak dingin, Pakcik Daniel simpan niat nak kecek buah jambu air tu dalam-dalam.  Walaupun kecur air liurnya bila terbayang makan jambu air cicah kuah rojak Mak Bee bersama isteri sambil bergurau senda...

Hubungan Pakcik Daniel dengan Husin dingin dah lama...sejak dari PRU ke 9 lagi.  Puncanya Husin lompat parti.  Marah betul Pakcik Daniel.  Sampai sekarang dah nak PRU 13 mereka masih bermasam muka. Ada juga niat Pakcik Daniel nak berbaik semula dgn Husin.  Bukan pasal nak kecek jambu air.  Tapi pasal keyakinannya pada parti yang dia sokong selama ini dah mula goyah. Sikit pun tak membantu dirinya. Jalan di kampungnya yang tak terbela menambah rasa kurang yakin itu...dia dah mula rasa nak join parti sama macam Husin.

Bukan setakat jambu air Husin yang Pakcik Daniel geram.  Keledek yang subur menjalar di tepi parit rumah Husin pun buat dia geram juga.  Keledek kalau dibuat inti karipap memang sedap.  Pakcik Daniel terbayang karipap isterinya.  Pertama kali beliau menikmati karipap Makcik Marlia Qaisara hampir 40 tahun dulu, terus cintanya mekar.  Belum pernah beliau rasa karipap senikmat itu.  Beliau menggelar karipap Makcik Marlia Qaisara sebagai "Karipap Cinta".  Karipap Cinta Makcik Marlia Qaisara memang terbaik. Kulitnya gebu, sisi karipap dikelim kemas guna tangan...Makcik Marlia Qaisara buat karipap tak main guna acuan.  Tapi yang penting intinya.  Inti karipap perlu sendat.  Keledek yang dipotong dadu direndam semalaman.  Rempah ditumis campur serbuk kari.  Letak udang kering sikit.  Baru la nikmat karipap sebenar.  Kalau time pagi-pagi celik bijik mata, pasti aroma Karipap Cinta mampu buat Pakcik Daniel tangguh buat benda lain.  Membantai karipap je la kerjanya.  Pakcik Daniel teringat karipap pasar ramadhan.  Tak setanding karipap isterinya.  Banyak yang inti angin. Kulit karipap dah la tak gebu macam Karipap Cinta Makcik Marlia Qaisara.  Sejak terkena beli karipap inti angin, Pakcik Daniel tak pernah beli karipap.  Kalau teringinkan karipap, Karipap Cinta Makcik Marlia Qaisara yang beliau tagih.

Pakcik Daniel pernah bersuara ke Makcik Marlia Qaisara agar mengkomersilkan Karipap Cintanya.
"Mesti ramai yang suka...pasti laku" ujar Pakcik Daniel
"Karipap saya ni bukan untuk dijual..." balas Makcik Marlia Qaisara.
"Sedap sangat..." Pakcik Daniel bersuara manja...
 "Lagi pun awak tu bukan nak menolong...suruh kupas keledek pun malas.  Belum saya suruh potong dadu...macam mana nak meniaga?" tambah Makcik Marlia Qaisara

Memang dah banyak kali Pakcik Daniel suruh Makcik Marlia Qaisara meniagakan karipapnya.  Tapi Makcik Marlia Qaisara buat tak endah.  Selalu juga Pakcik Daniel berangan yang perniagaan Karipap Cinta jadi mahsyur.  Beliau amat yakin dengan Karipap Cinta isterinya.  Karipap Cinta mampu menerobos pasaran karipap baik di dalam mahupun luar negara.  Terbayang olehnya kilang Karipap Cinta tersergam megah di Kampung Petai Sepapan.  Gambar Makcik Marlia Qaisara tersenyum dengan mengangkat ibu jari tanda best menguasai segenap ruang kilang.  Begitu juga dengan lori-lori kontena yang digunakan untuk tujuan eksport Karipap Cinta.  Bersama gambar isterinya yang tersenyum bangga sambil angkat ibu jari tangan tanda best, tertera slogan "Gebu dan sendat...sekali cuba pasti ingat".  Tidak ketinggalan logo halal di sudut atas belah kanan gambar Makcik Marlia Qaisara.  Logo asli dari JAKIM.  Cilaka, logo halal pun nak tipu.

Bila Karipap Cinta dah mahsyur, pasti ada pembesar negara yang ingin melawat kilangnya.  Itu jam baru la geng JKR, pihak berkuasa tempatan, majlis daerah sibuk nak merepair jalan.  Tebas semak.  Tebang pokok.  Pasti Kampung Petai Sepapan jadi indah macam syurga.  Kerja untuk pembesar ke untuk rakyat? Nak mengampu je...pundeklah!!!  Pakcik Daniel merengus dalam hati sambil jalan kaki.  Rasa nak lompat parti makin menaik.  Kunci motosikal masih di tangan.  Tapi dah tak buat korek telinga, buat garu punggung pula...

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi!!!

Selamat menjalankan ibadah Ramadhan...tak payah la berpusu-pusu ke ke pasar ramadhan...membohong je semua tu...kueh ketayap inti hampas kelapa!!! karipap inti angin!!! Hidup nak untung je!!! Heh!!!