Monday, August 16, 2010

Puas puasa...??

Setakat 6 hari dah berpuasa tahun ni...aku rasa puasa aku lebih baik dari tahun-tahun lepas.  Kalau tahun-tahun lepas aku puasa sekadar tak makan, tak minum, tak korek hidung, tapi tahun ni ada la peningkatan sikit.  Rajin la jugak aku terawikh.  Sembahyang fardhu pun elok la sikit aku perati.  Dan yang penting, aku cuba nak berhenti merokok.  Dah 6 hari tak beli rokok...ada la jugak isap, tu pun rokok kawan-kawan time buka hehehe semoga aku berjaya!!

3 comments:

  1. jangan la kau berenti beli rokok sebab kau la salah sorang penyumbang cukai rokok untuk negara kita..... dengan ada nya perokok2 macam kau ni la negara kita dapat memakmurkan lagi ekonomi...... cuba kau bayangkan kalau perokok2 macam kau ni tak de, mesti pendapatan mamak2 + kedai2 serbanika+supermarket+hypermarket terjejas dan seterusnya mengurangkan cukai yg mereka bayar untuk gomeng........ tu belum lagi di pikirkan nasib2 pekerja2 kilang rokok kat seremban dan shah alam......... pasaran saham juga akan terjejas seterusnya ramai pemegang2 saham BAT dan yg sewaktu dengan nyer juga akan terjejas pendapatan mereka..... dividen ASB juga terjejas, income doktor juga terjejas.... perghhh besar sungguh jasa2 korang yg membeli rokok nie...... aku tabik korang sebab sanggup merosakkan kesihatan korang dan menghabiskan RM korang demi negara dan orang2 yg tak beli/hisap rokok tapi ada saham2 yg berkaitan kompeni rokok macam aku nie...... !:-aLCapone-

    ReplyDelete
  2. aku isap rokok seludup...xde cukai...

    ReplyDelete
  3. Seorang mertua bertanya pada si menantu:
    "dah 6 hari puasa ni, aok gimana tak tinggal lagi Mamat?"
    Menantu selamba menjawab:
    "Insya Allah, ayoh, mudah-mudahan belum lah lagi."
    Orang tua tu tergamam dalam hatinya berbeka,"Bior betul Mamat, belum tinggal lagi ke belum puasa lagi".

    ReplyDelete