Monday, December 30, 2013

Cuti...

Semalam Lutfil buat kerja sekolah.  Matematik tingkatan 2.  Bab pecahan dengan sudut.  Lutfil baru nak naik tingkatan 2.  Maknanya, dia belum belajar lagi bab tu.  Kucar kacir juga aku nak ajar.  Aku dulu matematik terbarai.

Belum bukak sekolah dah ada kerja sekolah.  Power betul cikgu dia. Semua subjek ada kerja sekolah. 

Aku dulu kalau ada kerja sekolah masa cuti, balik asrama la baru buat.  Tiru kawan.

Monday, October 21, 2013

Pesan abah dan hukuman sekolah.

Aku ingat lagi masa sekolah rendah, bila hari akademik abah datang ke sekolah.  Lepas dengar lebih kurang laporan cikgu pasal pencapaian akademik dan kelakuan, abah akan pesan dengan cikgu ;

" Cikgu, kalau anak saya ni nakal, cikgu hukum laa...jangan sampai cacat sudah..."

Disebabkan itu, aku rasa, sepanjang menjalani persekolahan, bermacam hukuman aku kena.  Darjah 1, Cikgu Omar dengan Cikgu Awang, dia jentik telinga guna getah gelang...tak pun dia tarik "sideburn".  Perghhh pedih dia bukan main woiii, menyeringai muka tahan sakit.

Darjah 2, Cikgu Mat dengan Cikgu Razali asyik nak mencubit.  Salah jawab kena cubit.  Cikgu Razali ajar matematik, kuku ibu jari tangan kiri, memang sengaja dia bela pasal nak buat mencubit.  Dia suka cubit perut, sampai menggelupas kulit perut.  Menitik air mata kalau kena.

Darjah 3 Cikgu Moktar guru kelas.  Asyik nak menyebat dengan pembaris je kerjanya.  Tapak tangan, punggung, belakang badan memang jadi bahan pembaris kayu panjang dia.

Darjah 4, pernah kena penampar dengan Cikgu Elanko.  4 kali.  Sampai terkencing.  Cikgu Fadil, guru kelas pernah hantuk kepala aku ke dinding.

Darjah 5 dan 6 pernah kena rotan dengan Cikgu Mokri.  Paling tak boleh blah, kena rotan masa darjah 6 pasal mengurat budak darjah 4. 

Hukuman yang aku terima tak berhenti setakat sekolah rendah, ia bersambung ke menengah.  Tingkatan 1 sampai 3 pernah kena penampar dan rotan dengan Cikgu Khairul Faizi.  Cikgu Kairi pun pernah tampar aku.

Tingkatan 4-5 Cikgu Ravindren ajar biologi suka sebat guna ranting bunga raya.

Ini semua hukuman fizikal.  Belum kira hukuman mental lagi.  Berdiri atas kerusi, berdiri sambil junjung buku depan kelas, jemur tengah panas, ketuk ketampi beratus kali, pusing helicopter, lari keliling padang, buku kena campak ke luar dari tingkat 3 dan paling cilaka, berdiri sambil pegang lidah...air liur akan berjejes menitik ikut siku.  Tak percaya korang cuba.

Itu hari masa hari akademik sekolah Lutfil, aku cuba ikut pesan abah.

"Lutfil ni kalau nakal, cikgu bantai je..." kata aku.

"Sekarang mana boleh bantai murid encik..." jawab cikgu kelas sambil senyum-senyum.


Ini apa benda ni??? Tak rock langsung!!!

Thursday, October 17, 2013

Allah.

Aku selalu out station.  Aku tinggalkan Alia seorang.  Kadang-kadang kawan Alia datang tidur di rumah.  Kadang-kadang Alia tidur rumah kawan.  Aku akan mintak tolong jiran atau rakan pejabat hantar dan ambik Alia pegi balik sekolah.

Kawan Alia ramai yang non-muslim.  Alia kamcing dengan Tracey dan Sharlene.  Tracey selalu juga tidur rumah aku time weekend.  Hari Ahad, aku hantar Tracey pegi church.

Alia pun pernah tidur rumah Tracey.  Alia cerita, mak Tracey siap beli pinggan dan sudu garfu baru untuk Alia guna.  Makanan, mak Tracey beli bungkus di kedai muslim.

Aku percaya, Allah jadikan kita berbeza-beza supaya kita kenal mengenal dan berkasih sayang.  Semoga kita semua dilindungiNya.

Friday, September 27, 2013

Angan-anganku Musnah.

Labuan pulau bebas cukai.  Tapi aku perati, barang-barangnya takde la murah pun.  Barang murah cuma rokok, arak dan kereta.  Ada la juga pasang angan-angan beli kereta baru.

Tapi angan-angan tu kena buang jauh-jauh rasanya pasal tadi masa hantar Alia pegi sekolah dia cakap:

"Alia rasa daripada beli kereta, baik kita pegi haji".

+++

Abang dan kakak ipar aku pegi haji 2 hari lepas.  Semoga dorang selamat pegi dan balik.

Wednesday, September 11, 2013

Iron Man 3.
















Aku pemalas.  Aku mengaku.  Malas takde ubat.  Cuba kau jumpa doktor atau pegi farmasi, lepas tu tanya, ada ubat malas?   Nescaya kau kena tempeleng.

Benda paling malas aku nak buat, iron baju.  Disebabkan itu, aku pakai kemeja kerja yang tak payah iron.  Ada dalam 5-6 helai baju aku yang tak payah iron, dan, hampir 3 tahun aku pakai baju yang sama, padahal banyak lagi kemeja lain dalam almari.

"Alia jemu papa pegi kerja pakai baju sama...bengkek Alia tengok!!" kata Alia satu hari.

Aku kena bertukar jadi Iron Man.

Monday, September 9, 2013

Laporan akademik yang tak berapa nak akademik sangat...

Jumaat lepas hari laporan akademik di sekolah Lutfil.  Biasanya kalau hari akademik, aku hanya jumpa cikgu kelas, dan cikgu kelas akan cerita pasal pencapaian akademik murid.  Tapi kali ni lain sikit.  Aku kena jumpa cikgu setiap mata pelajaran.  Disebabkan tingkatan 1 ada belajar 12 mata pelajaran, aku kena jumpa 12 orang cikgu.  Pewww!!

Cikgu 1  :  Lutfil belajar ok...cuma, dalam kelas dia suka main-main.  Suka buat lawak...bla bla bla...

...dan, 11 lagi cikgu yang seterusnya, memberi laporan yang hampir sama.

Panas juga telinga mendengarnya. Tapi bila aku ingat balik perangai sendiri masa sekolah dulu, niat nak marah tu aku buang jauh-jauh. Memikirkan sisi positif, ini menunjukkan Lutfil tak stress belajar. 

Suka hati kau la nak, asal kau bahagia.

Wednesday, August 28, 2013

Rancangan Masa Depan

Tadi masa hantar Alia pegi sekolah.

"Nanti masa tingkatan 4 Alia nak masuk sekolah teknik la.  Nak ambil fesyen.  Lepas tu nak nak sambung belajar ambil business.  Abis belajar nak jadi pramugari sekejap.  Lepas tu nak bukak butik kat London."

Perghh...aku sampai sekarang tak ada plan nak buat apa!!  Suka hati kau la nak, asal kau bahagia.

"Nanti Alia bawak la papa duduk London sama, jadi tukang jaga pintu butik pun ok" aku tambah tanda sokongan akan cita-cita beliau.

Wednesday, July 31, 2013

Selamat Hari Raya


 

 
Lebih kurang lagi seminggu nak raya. 
 
Raya kali ni lain sikit rasanya.  Kalau dulu, paling-paling belikan baju raya untuk Alia dan Lutfil.  Tapi kali ni lain sikit.  Dah ada isteri.  Itu hari isteri bagi kain baju melayu warna hijau.  Secara auto, kami sekeluarga akan pakai jersi warna hijau pagi raya nanti. 
 
Semalam aku pegi check di kedai jahit, baju melayu hijau aku belum siap.  Hari Khamis baru siap.  Hari Sabtu aku dah nak balik Semenanjung.  Kalau tak siap juga, aku bakar kedai jahit tu.  Lantak la batal puasa pun. (Orang kata kalau marah sangat boleh batal puasa).
 
Insya Allah, aku sekeluarga akan beraya di Sungai Koyan.  Nun di daerah Kuala Lipis, Pahang.  Dengar cerita adik-beradik aku semua nak balik.  Meriah la rumah mak abah.  7 beradik, 7 menantu dan 18 cucu.  Confirm aku tido di ruang tamu.

Isteri ada juga ajak beraya ke kampung neneknya, di Singapura.  Kampung la sangat!!  Kalau tak ada aral, raya ke 4 atau ke 5 baru pegi.  Cuma, aku risau budak-budak di Singapura tak nak duit raya seringgit-seringgit.  Kalu dorang mintak duit raya guna Sing Dollar, aku akan buat-buat bersiul pandang tempat lain.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Monday, July 22, 2013

Perkara-perkara cilaka di param.

Masuk hari ke 13 puasa, aku dah pegi pasar ramadan (param) 4-5 kali.  Jenis tak berapa nak rajin memasak.  Makanan di param diharap mampu buat buka selera time berbuka.  Tapi, harapan jauh meleset.  Para peniaga di param sebenarnya penganut fahaman kapitalis yang tegar.  Mereka lebih mementingkan untung daripada menyelitkan sikit-sikit konsep amal jariah terutama di bulan Ramadan.

Kuih lopis basi, kebab daging tapi takde daging harga RM4.50, ikan keli panjang sejengkal masak sambal 2 ekor RM10 ringgit antara perkara-perkara cilaka yang aku hadap sepanjang 13 hari berpuasa.  Kuih karipap memang aku tak nak beli sebab dah tau inti angin.

Menipu dalam perniagaan berdosa la woii.  Jangan la jadikan bulan Ramadan ni tempat kau nak mencari untung dan boleh beraya sakan time Syawal nanti.

Penat aku berpuasa sepanjang hari, sudahnya time beli makanan nak berbuka, aku sumpah seranah.  Itu belum kira tengok awek seksi di param.  Baik yang datang membeli mahupun yang meniaga.  Pakaian tu biar la senonoh sikit kakak-kakak, adik manis sekalian.  Kesian orang mata keranjang macam aku, pahala puasa tinggal kosong.  Heh!!

Monday, July 1, 2013

Mari Menyokong Hoki...

Aku minat juga dengan hoki.  Dulu susah nak tengok sukan hoki di tv.  Dalam pada susah, aku masih ingat juga hero-hero hoki Malaysia.  Malaysia pernah sampai semi final World Cup 1975.  Poon Fook Loke, Colin Sta Maria, Steven Van Huisen, Tai Beng Hai antara hero-hero lama sukan hoki yang aku ingat.  Lepas tu muncul Nor Saiful Zaini, NorAzlan Bakar, Mirnawan Nawawi, S. Kuhan, Kevin Raj dan macam-macam.

Dalam pada kurang publisiti, dari tahun 70an sampai sekarang, ranking Malaysia dalam sukan hoki maintain nombor belas-belas dan pernah duduk nombor 8 dunia.  Kalau tak silap, ranking terbaru, Malaysia duduk nombor 12.

Yang buat aku hairan, team bola yang duduk ranking 158 tu jugak yang ramai dok sokong.  Selagi team bola Malaysia buat perangai "situasi tak bahaya, tapi suka tendang bola ke atas kuat-kuat, nasib-nasib bola tu dapat kat rakan sepasukan, lepas tu bole score", selagi tu aku takkan sokong bola sepak Malaysia.  Zaman moden ni, team power mana ada main bola keeper tendang bola ke atas kuat-kuat lagi dah. Semua gerakan mula dari bawah.  Team bangang je suka tendang bola kuat-kuat tak tentu hala.

Berbalik ke sukan hoki, walaupun peruntukan kecik, team remaja Malaysia jadi johan Asia tahun 2012.
Team yang jadi johan Piala Remaja Asia 2012.
Faizal Saari (penyerang).  Bagi aku dia ni power...antara penyerang terbaik yang pernah kita ada.

Tak macam bola, menang Asean pun kecoh nak mampus.  Menang di Asia Tenggara, serupa la macam India menang bola sepak Zon Asia Selatan.  Ada kau heran, India johan Asia Selatan??  Serupa tu jugak la bila orang India tau kita johan bolasepak Asia Tenggara.  Sikit pun orang India tak heran, orang Sepanyol apatah lagi!!

Sekarang ni team bola bawah 23 negara tengah berlatih berbulan-bulan di Slovakia.  Misi utama nak menang sukan SEA di Myanmar hujung tahun nanti.  Bangang!!  Lepas tu pegawai FAM pergi ramai-ramai.  Perangai macam setan.  Nak main di Myanmar, belatih la kat Myanmar.  Baru la boleh sesuaikan diri dengan cuaca, padang, makanan, persekitaran.  Benda-benda simple macam tu pun orang FAM tak reti pikir. 

Aku malas nak membebel panjang, marilah ramai-ramai kita menyokong pasukan hoki negara.  Sekarang dorang tengah main Liga Hoki Dunia di Johor Bahru.  Hari tu seri dengan Pakistan 4-4, semalam menang dengan Afrika Selatan 6-4.  Esok dorang lawan England.

Buat para gadis dan makwe-makwe, silalah jadikan pemain hoki negara sebagai hero pujaan.  Abang-abang pemain hoki kita pun hot juga!!  Berhenti la memuja Apek...dia dah berbini kehkeh.


Chua Boon Huat... hot kan??
Roslan Jamaluddin, keeper...korang lambat, Hanis Zalikha dah kebas...
Tengku Ahmad Tajuddin.


Sunday, June 30, 2013

MRT, 3 tahun lagi...

Aku check pen drive, jumpa video ni.




Masa PM, Abang Najib kita, pecah tanah projek MRT ni di KL Convention Centre, acara tu disiarkan secara langsung.  Aku yang buat siaran langsung tu. 

Projek MRT dijangka akan siap tahun 2016.  Aku harap ia dapat mengurai kesesakan trafik di Lembah Kelang.  Dulu masa dorang buat komuter, LRT, monorel dan Smart Tunnel...itu juga harapan aku.  Aku akan terus mengharap nampaknya...

"Hope is a good thing, maybe the best of things.  And no good thing ever dies." - The Shawshank Redemption (1994)...filem paling best, sape tak pernah tengok dia kodi.

Tuesday, June 18, 2013

Random Awesome...

1.  Aku mengumpul setem semula.  Hobi yang dah lama aku tinggalkan.  Sekolah rendah dulu.  30 tahun punya cerita.  Semuanya sebab, cuti sekolah hari tu, Lutfil cakap dia masuk Kelab Mengumpul Setem di sekolah.  2 minggu cuti sekolah, aktiviti mencari setem dan album setem lama dengan bantuan isteri.  Seronok sebenarnya kumpul setem.

2.  Aku dapat tahu yang gua-gua batu kapur di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang nak dimusnahkan dan dijadikan simen.  Akan terbina sebuah kilang simen terbesar di Asia Tenggara di Merapoh.  Hoii orang Pahang, sila bangun menentang.  Cukuplah musnahkan alam.  Di Penjom, Koyan dan Raub dah ada lombong emas.  Itu hari kecoh kejap kononnya lombong emas di Raub guna sianida dan ramai yang terkena kesan toksid.  Tapi nak pilihanraya itu hari, media kata pembangkang spin isu tu.  Sape yang betul aku tak tahu.  Hutan dekat area Cameron Highland pun dah makin sikit aku perati.  Sekarang tengah giat buat empangan.  Pegi Cameron pun dah tak sejuk sekarang.  Cukup-cukuplah membuli alam, sekali dia lawan balik, tak terdaya kita.

3.  Aku suka dengar lagu Aizat, Sungai Lui sekarang.  Antara lagu Melayu paling steady pernah dihasilkan.  Bagi aku la...bagi korang peduli apa aku.

4.  Sindrom Candy Crush turut menjangkit ke aku.  Cilaka betul, pantang ada masa senggang, mesti nak main.  Nak update blog pun malas.  Ok bye, nak main candy crush kejap.

http://www.youtube.com/watch?v=mp9MKrwd2cQ

Friday, May 17, 2013

KFC

Cikgu Sejarah masa aku Tingkatan 2 dan 3 nama Khairul Faizi.  Kami semua panggil dia KFC. Khairul Faizi C*!#^*.  Entah siapa yang beri gelaran tu, aku tak tau.  Selain mengajar subjek Sejarah, KFC buat part time jadi guru disiplin  dan jurulatih bola tampar sekolah.  KFC mengajar jenis serius.  Takde lawak-lawak punya.  Aku boring je time dia mengajar.

Satu hari aku tak berapa sihat.  Lepas sekolah, aku buat keputusan ponteng prep petang.  Sekolah asrama, ada prep petang dan malam.  Lepas sembahyang zohor, dengan berkain pelikat aku bantai tido.

Tengah nyenyak tido, "Panggg!!" melompat aku dari katil.  Pedih pipi aku.  KFC berdiri sebelah katil dengan wajah bengis.

"Kenapa tak pergi prep?" tengking KFC.

Aku selak kain pelikat di bahagian pinggang.  Bisul besar belah kiri pinggang aku.

"Saya ada bisul cikgu, nak pakai seluar pun susah...tak kan nak pakai kain pegi prep..." aku jawab sambil buat muka sedih, sambil menahan pipi yang pedih.  Giler, kena penampar dengan jurulatih bola tampar.

"Pakai seluar, pegi prep sekarang!!" jerkah KFC. Muka bengisnya tak surut.

Aku capai seluar dan baju sekolah dalam almari.  Siap berpakaian aku turun asrama terus pergi surau. Sambung baring.  Tapi mata tak boleh lelap, pipi pedih.  Sampai ke hati pedihnya.

+++

Parut bisul di pinggang masih ada sampai sekarang.  Tiap kali aku terpandang parut tu, aku mesti teringatkan KFC.  Bukan sekali dia tampar aku, banyak kali.  Nantilah kalau rajin aku cerita lain.

Dalam pada bengang dan boring dengan KFC, subjek Sejarah masa SRP aku dapat A1.  Amacam, power tak??

 




Tuesday, May 14, 2013

Gapai Tanganku...

Gapai Tanganku.mp3 (sila klik)

Opis aku baru sudah buat pertandingan mencipta lagu beridentiti Labuan.  Daripada lebih 40 penyertaan, 8 lagu dipilih ke final.  Final buat hujung minggu lepas. 

Pihak juri pilih lagu ni jadi juara.  Entah apa yang sedap aku tak tahu.  Juri bukan alang-alang.  Fauzi Marzuki (komposer), Azmin Mudin (komposer), Eddie Hamid (komposer), Anuar Dahlan (PRISM Berhad/Rentak 50), Jaafar Ungki (DBP).

Kalau sedap, beritahu kawan...kalau tak sedap buat diam sudah!!!

Tuesday, May 7, 2013

Membesar sebagai pemuda yang manja dan tidak racis.

 

 
Ini video terbaru Garfield.  Dia dah besar dan sihat.  Menjadi seekor pemuda yang manja.  Dia suka menggesel-gesel di kaki.  Selain itu, Garfield juga berkawan dengan semua kucing yang ada di sekitar kawasan perumahan tempat aku duduk.  Dia benar-benar tidak memilih bulu.  Dia berkawan dengan semua kucing, baik yang berbulu warna oren, hitam, putih, tompok-tompok dan sebagainya.

Cerita lama pasal Garfield di sini.

+++

Muka depan Utusan Malaysia hari ni macam celaka dia punya tajuk.  Dulu, dia la jugak yang sibuk promote 1Malaysia.  Hari ni, racis bukan main.  Bangang juga Utusan Malaysia ni...heh!!


Monday, May 6, 2013

Nasyid dan Gerak Tari Paling Bangang Sepanjang Zaman...


Tajuk lagu nasyid ni Power Kaabah.  Apa benda la.  Korang nilai la sendiri.  Cerita banyak pun tak guna.

 "Masakan Kaabah tiada power, sedangkan sabun pun ada power..."

Apa benda ni woii???

Friday, April 26, 2013

Everyone Has Two Sides, Good and Evil.

 
Semalam, dekat pukul 6 petang aku pegi jemput Alia balik sekolah.  Dalam perjalanan, aku berselisih dengan 3-4 orang mat rempit.  Dorang bawak moto sambil buat pacak (willy tayar depan).  Bila sampai dekat aku hon kuat dan panjang.  Kelam kabut mat rempit tu, sampai nak jatuh moto.  Muhahahahah aku gelak jahat dalam kereta.  Mat rempit tu pandang aku tak puas hati.  Aku terus jalan sambil pandang side mirror.  Kalau dorang patah balik kejar, memang aku nekad nak langgar je.  Setakat 3-4 orang mat rempit belasan tahun, aku boleh makan rasanya.

Tadi, aku hantar Alia pegi sekolah, dalam pukul 12 tengahari.  On the way balik, aku nampak seorang ibu muda bersama 3 orang anak jalan kaki keluar dari Klinik Kesihatan Labuan.  Seorang anaknya dia dukung dan 2 orang lagi berjalan sambil pegang baju ibu muda.  Aku patah balik.

"Nak pegi mana?" aku tanya
"Terminal bas" jawab ibu muda.

Perghh lebih 3 kilometer tu bai!! Pukul 12 tengahari nak jalan kaki sambil bawak anak kecik 3 orang.

"Meh la saya hantar".

Everyone Has Two Sides, Good and Evil.

Wednesday, April 17, 2013

Melaka Maju 2010 vs Tapak Warisan Dunia


Aku suka pegi Melaka, terutama area Banda Hilir.  Jonker Street membawak ke A-Famosa, steady betul kawasan tu.  Gabungan bangunan-bangunan lama dan tinggalan kota serta kubu Portugis dan Belanda, Bukit St. Paul dan Sungai Melaka yang mengalir antaranya.  Cantik.

Tapi aku kecewa bila kawasan Bandar Hilir dimajukan dengan benda yang entah apa-apa.  Woii orang Melaka, yang pegi buat shopping mall dengan hotel tinggi-tinggi kat area Banda Hilir tu pasal apa?  Habis Padang Pahlawan dah naik shopping mall.

Dulu, pintu kota A-Famosa mengadap laut, Bukit St. Paul jadi kawasan tinjau keluar masuk kapal-kapal yang datang ke Melaka.  Sekarang, kalau kau pegi situ, kau nampak bangunan-bangunan je la...Menara Taming Sari, Mahkota Parade, Hotel Holiday Inn, Hotel Hatten dan kawasan laut yang kena tambak.

Shopping mall dan hotel buat la kat area lain.  Buat kat Ayer Keroh ke, kat area MITC tu ke.  Aku perati, yang penuhkan shopping mall tu, mat rempit tempatan je.  Dorang pegi tengok wayang lepas tu lepak McD.  Kalau buat di area Ayer Keroh pun dorang pegi. 

Pelancong dari luar tak kuasa nak melepak di shopping mall.  Shopping mall kat tempat dorang lagi hebat.  Dorang datang Banda Hilir sebab nak tengok Tapak Warisan Dunia.  Kawasan Banda Hilir diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2008.  Sebabnya, kawasan tersebut kaya dengan nilai-nilai budaya dan tamadun manusia. 

Budaya melepak di shopping mall, UNESCO tak ambil kira.

Bersantai sambil minum mengadap sungai Melaka memang steady. 



Aku harap kerajaan negeri Melaka janganlah bangunkan lagi area Banda Hilir tu.  Cukup-cukup la.  Tak cool sebenarnya ada shopping mall banyak.  Kalau nak shopping mall, baik aku lepak KL.  Benda simple macam tu pun tak reti pikir.  Heh!!

Wednesday, April 10, 2013

Cerita Balik Kerja...

Aku keluar opis 5.45 petang.  Aku sampai rumah 5.50.  Itu pun sebab aku duduk dalam kereta dulu tunggu enjin panas.  Kalau start terus jalan, 5.46 aku dah sampai rumah.

Kalau duduk Lembah Kelang, jangan kau harap.

Monday, April 1, 2013

Berborak dengan mak.

Itu hari mak aku datang.

"Bila nak pilihan raya ni" mak aku tanya waktu tengah tengok tv.
"Entah la mak...dah tak sabar nak mengundi ke?" aku tanya mak.
"Kali ni nak pangkah PAS la..." mak aku tambah.

Selama ni aku ingatkan mak pure BN.  Entah apa yang mengubah pendirian mak aku tak tahu.  Sebagai anak yang baik, aku tak bangkang.

+++

Dalam perkembangan lain, aku amat berharap PRU 13 diadakan cepat.  Dah tak sanggup membaca dan melihat macam-macam benda keji yang ditayang di tv, surat khabar, blog, fb dan apa saja medium media yg lain.

Kalau dulu bukak fb aku boleh gelak-gelak tengok status dan gambar kawan-kawan, tapi sekarang penuh dengan benda politik.  Cilaka.

Wednesday, March 27, 2013

Parut WG871

Bawah lutut kiri aku ada parut besar.  Hari tu isteri aku tanya.

"Parut kenapa tu?"
"Kena besi kapal terbang..."
"Hah...jangan nak menipu!"
"Ishh tak pecaya...begini kisahnya..."

++++

Sekitar 2003, Taman Negara Endau-Rompin.

Pak Usof jadi ketua rombongan.  Dia bekas komando, berasal dari Kedah.  Kurus tinggi, hidung mancung, iras Osama Laden.  Dia dah lama menetap di perkampungan orang asli Kampung Peta, dalam kawasan Taman Negara Endau-Rompin.  Berkahwin dengan wanita Jakun dan membuka sebuah warung kecil depan rumah.

Kami memulakan perjalanan dari bahagian Rompin, Pahang. Nak kata perjalanan pun tidak lah juga pasal kami bukan berjalan, kami naik bot dan kayak. 2 buah bot fiber berinjin sangkut dan 3 buah kayak jenis angin. Dalam 15 orang semuanya. 7-8 orang adalah pemuda orang asli dari suku kaum Jakun. Rafi, nama ketua pemuda Jakun, badannya sasa.

Xplorasi di Endau-Rompin kali ini aku rasa antara yang paling gila babi punya penat.  Kami meredah sungai sepanjang hari.  Dari Sungai Rompin ok lagi.  Tapi bila dah sampai di pertemuan Sungai Rompin dan Sungai Endau, kami mudik ke hulu Sungai Endau.  Perjalanan melawan arus memang penat.  Dan, ia mengambil masa 4 hari!!  Kami bermalam di beberapa lokasi.  Jang aku ingat hanya Pasir Putih dan Jeram Ungka.

Sepanjang perjalanan berhari-hari melawan arus, terpaksa mengharung beberapa buah jeram.  Paling steady Jeram Panjang.  Jeram tu panjangnya dalam 500 meter.  Kami terpaksa angkat bot, kayak dan segala macam peralatan berkhemah. 

Jeram Ungka pulak ada air terjun setinggi 15 kaki,  bot nak bagi lepas guna teknik 'galang'.  Pemuda Jakun cari kayu panjang 2 batang.  Tarik bot melurut atas kayu tu...dia punya penat tak tahu nak cerita macam mana.

Tapi aku rasa pemuda Jakun bukan manusia biasa.  Walaupun sepanjang hari meredah sungai, malam-malam bila aku dah terbaring dalam khemah nak tido, dorang pegi pulak mencari ikan kelisa...tak tahu bila dorang balik.  Bila bangun pagi dorang dah sediakan sarapan.  Entah bila dorang tido.  Power betul.

Setelah 4 hari meredah sungai, sampai satu kawasan nama Salur Keris.  Bergegas kami naik ke tebing dan masuk pulak dalam hutan.  Tak sampai 10 minit kami jumpa sebuah bangkai kapal terbang lama.  Tertera jelas WG871 pada serpihan badan kapal terbang tu.  Juga ada machine gun besar.  Dalam pada excited tengok bangkai kapal terbang, di celah-celah semak tu, lutut kiri aku tercucuk besi dia.  Dia punya pedih tak tahu nak kata.  Macam nak pitam. 

5 hari kemudian baru aku start moto pergi klinik di Bangsar dan kena marah dengan doktor.

"Dah 5 hari baru awak pegi klinik!! Luka besar macam ni...kalau kena gangren bahaya!!" kata doktor.

"Saya dalam hutan, nak buat macam mana..." aku balas sambil muka berkeriut menahan pedih doktor cuci luka.

+++

Hampir setahun kemudian, 14/6/2004 The Star keluar artikel ni.


Monday June 14, 2004

Tracking down WG871

By LOGEETHA S. NAIDU
Deep in the jungles of Endau Rompin lies the wreckage of an RAF plane that crashed 50 years ago. Who the pilot was remained a mystery for half a century, writes LOGEETHA S. NAIDU. ABOUT 50 years ago, a British war plane crashed into the jungles of Endau Rompin in Johor, but until recently, there have been no details on who the pilot was and the story behind the crash has remained a mystery. In August last year, the story reached the ears of Tunku Mahmood Shah Tunku Mohammad, chairman of Rawa Safaris which manages the Pulau Rawa island resort off Mersing. At that time, he was visiting his orang asli friends at Kampung Peta, 56km from Kahang town. Kampung Peta is the most remote orang asli settlement in Johor and a base camp for treks into the Endau Rompin National Park.
A decorated WWII pilot, RAF Flight Sergeant Wojciechowski was assigned to the Far East after the war.
“They told me that deep in the jungle there was a crashed plane. No one knew where it came from. This made me quite curious, and I wanted to know more,” he said. The only clue was the number WG871 which his orang asli friends said was on the fuselage of the aircraft.
He assigned his daughter Tunku Zahara to search the Net for information on the wreckage while he turned to his network of local and international contacts to track down more details. After many dead ends, a breakthrough finally came when Tunku Zahara spotted WG871 on a missing persons website (www.missing-you.net). Together with his friend and aircraft enthusiast Laurence Bean, an Englishman who had chosen to retire in Penang, Tunku Mahmood pieced together the story of the wreckage. They found out that the aircraft was lost over Endau Rompin on a night training exercise from its base in RAF Tengah, Singapore, on March 17, 1952. Flight Sergeant Tadeusz Wojciechowski was piloting the newly arrived De Havilland Vampire FB MK9. “He radioed in that he was having trouble controlling the aircraft and asked for a homing beacon. Nothing more was heard from him after that,” Tunku Mahmood said. “In September last year, we received an e-mail from Sue Raftree based at RAF Innsworth who told us that in 1957, a group of British ground troops discovered the wreckage but no human remains,” he said. Raftree is a member of the RAF Personnel and Management Agency Casework Team based at Personnel and Training Command, RAF Innsworth, Gloucester, in southern England. Her team is responsible for tracing relatives of World War II aircrew and, where human remains are found, making arrangements for the funeral in accordance with the family’s wishes. So, who was Tadeusz Wojciechowski?
Flight Sergeant Tadeusz Wojciechowski was piloting a De Havilland Vampire FB MK9 when it was lost during a night training exercise in March 1952.
According to Tunku Mahmood, he was a Polish war refugee who fled to England after Nazi Germany invaded Poland in 1939. Wojciechoski joined the Polish Air Force, under British command, in 1940 and underwent flight training in England and then Canada before going into active service during World War II. At some stage during his wartime service, Wojciechoski was twice awarded the Cross of Valour, but unfortunately, no details are available of the circumstances which led to these awards.
After the war, he joined the British Royal Air Force, was assigned to the Far East and was involved in the colonial authorities’ fight against communist terrorists in the jungles of Malaya. He had a British foster family, the Baughans, who lived in the village of Burnham Overy Staith, near RAF Bircham Newton in Norfolk.  “His brother was located. Bean and I spoke with Michael Baughan. He’s a 66-year-old pensioner. He was surprised at all the information that we could give him,” said Tunku Mahmood.“All the family was told was that Tadeusz’s aircraft exploded. He sent us photos of his dead brother and even a photo of a picture that his mother had painted. “Boughan died on Jan 29 this year. His wife told us that he was very happy to finally know the details about how his beloved adopted brother had died,” Tunku Mahmood said. On Aug 5, Tunku Mahmood plans to mount a two-week, 15-man expedition into Endau Rompin to mark the site of the wreckage; he will seek to have the place declared a war grave. Laurence Bean and Endau Rompin National Park Director Mohamed Basir Mohamed Sali will accompany him on his quest.
Asked why he wants to do this, Tunku Mahmood replied: “The man died defending this land. We should honour him.”

Tuesday, March 26, 2013

lamb chop dah mahal

Tadi makan lamb chop. "Lamb chop dah mahal la...selalu 16 ringgit. Malam ni 18 ringgit pulak" aku mengeluh masa jalan nak masuk kereta. "Lutfil tahu kenapa. Tadi ada berita 10 ekor kambing kena baham dengan harimau" Lutfil mengulas tenang. Subjek loyar buruk memang tak perlu diajar. Dia pandai sendiri.

Friday, March 15, 2013

Monday, March 4, 2013

Semporna yang sempurna.

Pernah beberapa kali aku ke Semporna.  Pekan kecil di bahagian timur Sabah ni jadi pintu masuk untuk ke pulau-pulau peranginan.  Aku pernah ke pulau Sipadan, Mabul dan Mataking.  Aku pernah tulis pasal Pulau Mataking (sini).  Juga pernah ke pulau Pandanan, Bohayan dan Timba-timba.  Semuanya cantik bagi aku.

Aku harap keadaan di Semporna dan seluruh Sabah kembali aman.  Bukan apa, aku ada bercadang nak pergi bercuti ke sana.  Nak bawak isteri dan anak-anak.  Moga Semporna kembali sempurna.

Bukit Tengkorak, Semporna.

Thursday, February 21, 2013

Berair

Aku memang suka pergi taman tema air.  Best main-main air ni.  First taman tema air yang aku pegi Mimaland. Tahun 80an.  Sekarang Mimaland dah tutup.  Serentak dengan kemajuan negara dan nafsu masyarakat yang turut maju, muncul bermacam-macam taman tema air.

Mimaland...paling handal era 80an.

Wet World dengan rangkaiannya di Shah Alam, Pedas dan Kota Tinggi.  Dulu masa highway PLUS belum ada, masa nak balik kampung di Muar, ada juga abah aku singgah di Air Panas Pedas.  Masa belum ada Wet World.  Seronok betul mandi air panas semula jadi.  Wet World di Shah Alam di tepi Tasik Shah Alam di Seksyen 2.  Masa belajar di ITM dulu, selalu juga dengan kawan-kawan berair di situ.  Wet World Kota Tinggi, dekat dengan Air Terjun Kota Tinggi.

Wet World Shah Alam...aku jalan kaki dari ITM datang sini tiket RM 5 je.  Tahun 90an punya cerita.

Di Lembah Klang, Sunway Lagoon antara taman tema air yang popular. 4-5 kali juga aku pergi.  Safari Lagoon lagi steady, atas bangunan.  Sebelah highway MRR2 sekarang.  Dah tutup awal 2000 rasanya bila ada kes pekerja dia mati lemas.  Desa Water Park di Taman Desa dan di Taman KLCC pun ada.  Tapi kat KLCC tak best, masuk percuma.  Disebabkan percuma, dia jadi banyak orang daripada air.  Boring betul.

Di Kedah ada satu di Sungai Petani, entah apa nama dia.  Aku pernah pegi sekali.  Di Perak ada taman tema air di Tasik Merah Lake Town Resort, Lost World of Tambun dan Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah di Sungkai.

Di Melaka ada A Famosa Resort, Alor Gajah.

Antara yang terbaru, Gambang Resort City di Pahang dan Taman Tema Air I-City di Shah Alam.  Perggghh...banyak betul tempat berair di Malaysia ni. Semua aku dah pergi, boleh tahan juga nafsu berair aku.  Di kebanyakan resort dan hotel-hotel besar pun ada tempat main-main air secara kecil-kecilan.

Gambang Resort City...antara taman tema air terbaru di bumi bertuah ini.

Untuk buat taman tema air memerlukan kuantiti air yang banyak.  Kalau negara kontang macam Somalia, Sudan, Burkina Faso jangan kau harap nak ada taman tema air.  Nak buat minum pun boleh bawak bergaduh.

Itu hari kecoh isu bekalan air.  Kau ada dengar pengusaha taman tema air merungut tak cukup air??  Ada taman tema yang tutup pasal tak cukup air??  Takde kan...?? Abis tu mana datang krisis air??  Ke air dah naik kepala?? Heh...bangang bangang...

Tuesday, February 19, 2013

Mengucap...

Sabtu lepas opis aku buat function.  Belah malam ada konsert.  Disebabkan bos kurang sihat, dia suruh aku yang berucap.  Last minute. Aku dengan confiden iyakan aje.

Malam tu ramai betul orang. Seribu lebih ada.  Aku penuh yakin naik stage dan merepek lebih kurang.  Tanpa teks.  3-4 minit settle.

"Ok tak ucapan papa tadi?" aku tanya ke Lutfil masa dalam kereta nak balik rumah.
"Rasa macam nak menyorok bawah kerusi..." jawab Lutfil tulus.

Aku geleng-geleng kepala tanda rasa menyesal yang maha hebat. Taubat tak nak buat lagi dan mendoakan bos sentiasa sihat walafiat.


Thursday, January 31, 2013

DiGi...masuk nerakalah kau!!

Semoga DiGi segera bertaubat!!

Tadi aku pergi ambil Lutfil di asrama.  Dia boleh balik bermalam di rumah sempena cuti Hari Wilayah dan cuti hujung minggu.

Lutfil  :  Lutfil call papa asyik tak dapat je...
Aku    :  Kenapa call?
Lutfil  :  Nak wish happy birthday...

DiGi, kau dapat bayang tak perasaan seorang budak bila dia nak ucap selamat hari jadi ke bapaknya, tapi tak dapat??  Masuk neraka wil la kau!!!

+++

Dah 3 minggu talian DiGi serupa haram jadah.  Aku rasa nak pegi tebang menara pemancar dia yang duduk sebelah opis aku ni.

Wednesday, January 30, 2013

Gajah



Anak gajah cuba membangunkan mak dia untuk menyusu.  Setakat hari ini, dah 10 ekor ditemui mati di kawasan Hutan Simpan Gunung Raya, Tawau dipercayai diracun.

 
"Borneo Pigmy Elephant" sub spesis gajah Asia, merupakan gajah terkecil.  Setahu aku, spesis ini endemik di negeri Sabah.  Tempat lain tak ada spesis ni.  Sekitar 2005-2006 aku ada beberapa kali bertemu dengan spesis ni.  Siap kena kejar lari naik bot.  Kalau ke Daerah Kinabatangan, terutama di kawasan Sukau spesis gajah ni memang senang nak jumpa. 
 
Pada aku, konflik antara haiwan dan manusia ni memang tak dapat nak elak.  Manusia sibuk nak menjarah hutan.  Nak kayu balak, nak tanam sawit, nak buat penempatan baru.  Walau apa pun yang kita mahukan, cilaka apa sampai perlu di bunuh binatang ni??
 
Aku bukanlah pencinta binatang sangat, tapi benda-benda macam ni aku tak boleh terima.  Susah sangat ke hidup sama-sama berkasih sayang??  Kalau tak sayang pun, biar la binatang tu hidup.

"They Were Here First" - dulu aku ada T-Shirt ni...steady!!

 

 

Tuesday, January 29, 2013

Birthday

38
Angka
Usia
Tua
Dewasa
Muda
Remaja
Sama
Cuma
Xtra Bahagia...

Selamat hari jadi kepada diri sendiri dan Goblog.  Goblog dah 3 tahun semalam.

Monday, January 21, 2013

Laskar Pelangi

Dah 2 minggu Lutfil duduk asrama.  Tak pernah sekali pun dia call.  Semalam aku dan Alia melawat dia di asrama.  Minggu lepas pun ada pergi.

"Lutfil ok.  Lutfil main bola.  Sembahyang pun penuh.  Siap solat hajat 2 kali sehari, masa subuh dan maghrib.  Hari Sabtu ada usrah" terang Lutfil.

Alhamdulillah.  Apa lagi yang perlu aku risaukan?  Takde.

"Takkan tiap-tiap minggu korang nak datang tengok Lutfil...?? Pergi la balik, Lutfil nak basuh baju"

+++

"Kau ni kenapa?  Rambut dah tak style...comot macam budak-budak cerita Laskar Pelangi."  kata Alia sebelum balik.

"Walau hidup kadang tak adil, tapi cinta lengkapi kita..."

Tuesday, January 8, 2013

Tingkatan 1 (2013)

Lutfil dah masuk tingktan 1 tahun ini.  Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh (SPB).  Aku memang berharap sangat sebenarnya.  SBP menyediakan suasana belajar yang lebih baik, aku rasa.  Jadual belajar yang teratur dengan disiplin yang ketat. Juga kemudahan bersukan yang jauh lebih baik dari sekolah harian biasa. Kalau nak mengharapkan aku yang sediakan semua tu, memang la tak berapa nak boleh harap.

Cuma aku pesan ke Lutfil.

"Ini fasa baru dalam hidup kau.  Kau akan berkawan, berlawan, bermain, berkelahi, study, dibuli dan bermacam lagi.  Kau kena berdikari. Raikanlah...semoga dewasa menjadi manusia yang hambaNya."


















 


Aku juga ada pesan,

"Jangan buat tektik sapu ubat gigi ke mata.  Mata merah, jumpa warden cakap sakit mata. Komfem warden bagi balik rumah, takut menjangkit ke budak lain.  Itu tektik lama.  Nanti kantoi."

+++

Dengan  pemergian Lutfil ke asrama, kejohanan merebut remote Astro di rumah menjadi tidak fight.  Cuma, sampah di dapur takde siapa nak pegi buang...heh!!

Tingkatan 1 (1988) (sila click)