Saturday, January 30, 2010

Ustazah Sapinah

Ini cerita masa aku tingkatan satu, tahun 1988.  Lama aku pendam kisah ni.

Cikgu kelas aku nama dia Sapinah, aku lupa dia punya binti.  Tapi itu tak penting.  Suami dia nama Maketar, pun aku lupa bin apa, itu juga tak penting.  Ustazah Sapinah mengajar Bahasa Arab, bahasa pertuturan 290 juta umat di Asia Barat dan Utara Afrika, tapi aku haram tak pandai cakap Arab.  Untuk apa subjek itu diajar di sebuah sekolah berasrama penuh dalam daerah Raub pun aku tak tahu.  Itu pun tak penting juga dalam cerita ni.

Satu hari lepas mengajar, sebelum tinggalkan kelas, "Zam, nanti anta masa rehat datang bilik guru jumpa ana." kata Ustazah.

"Naam, ustazah..."  Aku balas dengan Bahasa Arab ringkas.  Itu je pun yang aku tau. 

Otak aku mula pikir...apasal Ustazah suruh jumpa dia pulak ni? Aku ada buat salah ke?  Rasanya takde.  Baru 3-4 bulan masuk sekolah asrama, aku belum berani nak menggangster lagi.  Baru peringkat cuba-cuba nak menakal je. Nak kata aku ada masuk asrama pompuan, macam senior, aku belum buat...baru pasang niat dalam hati.  Takkan ustazah boleh tau niat aku.  Tapi mungkin juga, dia kan ustazah, hati sucinya mungkin boleh baca niat aku. 

Dada aku mula berdebar, time rehat rasa macam lambat nak tiba.  Subjek lain lepas itu aku tak boleh fokus.

Time rehat tiba.  Aku melangkah longlai ke bilik guru.  Otak pikir macam-macam. Sampai di bilik guru, Ustazah Sapinah ada di mejanya.  Gugup aku bertambah. 

"Assalamualaikum..." sapaku lembut.

"Waalaikumsalam, duduk la..." jawab Ustazah sambil tunjuk kerusi di depan mejanya.
"Ana tanya, anta jawab jujur tau..." kata Ustazah masa aku tengah cari posisi duduk yang sedap.

Perghhh...dada aku rasa nak rabak bila Ustazah cakap macam tu, tapi muka maintain manis.

"Keluarga anta orang susah ke?" terpacul soalan dari mulut Ustazah.

"Errr...biasa je Ustazah, tak senang tak susah..." aku jawab nada bingung.
Aku bagi jawapan paling logik yang mampu aku pikir.  Apa jadah soalan tu?? Debar mula menyusut.  Tapi soalan soalan susulan selepas itu buat aku tertanya-tanya. 

Ayah kerja apa? Mak kerja apa? Adik beradik berapa orang? Abang sulong kerja mana? kakak la...adik, semua ditanya, sampaikan abah aku bagi duit belanja berapa ringgit pun dia tanya.  Sebabkan dia ustazah, aku bagi jawapan jujur dan seikhlas mungkin.  Ikutkan akal licik aku, mahu je aku kelentong mana-mana yang patut.
"Kalau macam tu, anta ni takde la susah...tapi kenapa anta ambil upah menjahit???"
Choiii...gampang betul, entah kutu mana bukak cerita ni sampai ke Ustazah Sapinah. 

Mak aku pandai menjahit, secara otomatik aku pun dapat la tempias. Setakat nak jahit butang baju, benang tertetas, koyak kecil-kecilan, aku steady je jahit balik.  Bila nak masuk asrama, mak bekalkan aku benang dan jarum. Kalau ada pakaian aku yang koyak, boleh la aku jahit sendiri.  Tak payah tunggu balik kampung.  Lagipun, tak manis la budak hensem macam aku pakai baju koyak. Boleh menimbulkan cakap-cakap belakang nanti.
"Benang dengan jarum ana yang punya Ustazah, lepas tu bila kawan-kawan kat bilik mintak tolong jahit kain baju dorang yang terkoyak, ana charge la lebih kurang.  Lemak la diorang kalau service ana kasi free..."  Terang aku lebih kurang ke Ustazah.

Setelah puas hati dengan penjelasan itu, ustazah lepaskan aku pegi rehat.

Aku terharu.  Terharu ustazah ambik berat pasal aku...aku juga terharu pasal reputasi crook yang cuba aku bina tercalar dengan cerita ambil upah menjahit. Mafia mana ada ambil upah menjahit woi!!!  Rasa nak baling selipar je sape yang bukak cerita.  Tapi nasib baik akal pintar aku suruh diamkan je perkara ni.  Benda kecik tak kan sampai nak putus kawan, ye tak??

+++

Doakan Ustazah Sapinah sejahtera selalu.

4 comments:

  1. sib baik ko x pernah charge aku pinjam seluar ko bro.. huahuahua

    ReplyDelete
  2. aku nak charge, tp sbb tau ko pun parak mcm aku...kira halal je la

    ReplyDelete
  3. hahaha.. pecah tembelang!! ok la tu...
    ustazah sapinah.... :) aku pun slalu gak kena tegur dgn ustazah tu... hehehehe... memories...

    ReplyDelete
  4. ustazah tu adalah maklong sy.
    sekian, terima kasih... :P

    ReplyDelete