Sunday, January 31, 2010

Rubik's Cube

Korang penah main menatang ni?  Namanya Rubik's Cube.  Rubik's Cube dicipta oleh Erno Rubik, seorang profesor bidang arkitek berbangsa  Hungary pada tahun 1974.  Puzzle mekanikal 3D  bersaiz 3"x3"x3" ini seterusnya dipaten dan dijual oleh Erno Rubik kepada Ideal Toy yg berpengkalan di New York pada tahun 1980.

Sampai sekarang, menatang Rubik's Cube ni sudah terjual lebih daripada 350 juta unit  dan menjadi permainan puzzle terlaris di dunia.  Dianggarkan 1/5 dari penduduk dunia pernah main menatang ni.

Masa aku sekolah rendah dulu, tengah tahun 80an, aku ada satu menatang ni.  Beli kat Emporium Jaya, Raub.  Puas aku merengek-rengek mintak kat abah belikan masa ikut dia pegi pekan Raub nak keluarkan duit pencen askar. 2 minggu je aku layan.  Lepas tu haram barai entah ke mana.  Tak pernahnya aku berjaya settlekan.  Paling hero aku mampu buat, 2 muka je yang kaler sama.  Lagi 4 muka masih kucar-kacir.  Alih-alih aku cabut kiub-kiub tu susun cantik-cantik pastu eksen dengan kawan aku dapat settlekan. Itu je helah licik yg mampu aku pikir.  

Itu cerita tahun 80an.  Baru-baru ni masa cuti sekolah aku ada pegi rumah abang aku.  Sekali aku nampak menatang Rubik's Cube ni ada.  Sambil-sambil nak tunggu makan, aku cuba2 la settlekan menatang yg tgh kucar kacir keadaannya.  Mcm gampang, satu muka je aku dapat buat.  Anak buah aku yang darjah 2 sengih-sengih pandang aku.  Aku yang pantang diperkotak-katikkan oleh budak-budak, jadi panas.

"Apa lu sengih-sengih?? Kalau lu terer, cuba kasi setel" ujar aku sambil campak Rubik's Cube ke muka anak sedara setelah aku kasi kucar-kacir hampir 2 minit.

Celaka, tak sampai 2 minit dia settlekan menatang Rubik's Cube ni.  Anak sedara aku tu ada 3 beradik.  Rekod yg sulung pegang, lelaki darjah 6.  Dia boleh kasi setel 46 saat je.  Yang nombor 2 pompuan darjah 5...pun handal, average bawah 1 minit...yg kecik tu je slow sikit, tapi sambil sengih-sengih boleh kasi settle 6 muka Rubik's Cube.  Aku  rasa tercabar, mana boleh aku kalah dengan budak-budak hingusan yang tuang air dalam cawan pun kadang-kadang tumpah.

"Alah...ingat boleh setelkan benda tu hebat? Lawan arm wrestling dgn pak anjang, korang tak pernah menang kan? kan?" ujar aku sambil angkat-angkat kening kat anak-anak buah...

2 comments:

  1. gilo mung incik lebah. nga anok sedaro pung kaloh..kahkahkah

    ReplyDelete