Tuesday, March 18, 2014

Kecewa...

Petang tadi Lutfil call. Tiba-tiba. Tak pernah dia call weekdays. Biasa call weekend suruh datang asrama bawak air kotak.

"Apa hal" soal aku.
"Saje..ada soalan ni..." tambah Lutfil.
"Apa?"
"Sape menang MU lawan Liverpool hari tu?" soalan Lutfil bernada nervous.
"Liverpool la...3-0!!" aku jawab bernada riak tahap tinggi.
"Astaga..." Lutfil bernada kecewa.
"Sape suruh kau sokong MU??..Papa suruh sokong Liverpool tak mau, pasukan bola sepak terkuat di dunia kahkahkah" aku ketawa puas.

Lain kali kalau tak nak kecewa dalam hidup, jangan lawan cakap orang tua hehe.

Saturday, March 1, 2014

Semalam Yang Hangat

Semalam bukan main panas.  Dia punya panas sampai buat aku berlenggeng.  Nasib baik badan sedap macam brader-brader main gym.  Disebabkan panas, aku jadi susah nak tido walaupun kipas dah pusing laju speed lima.  Bilik aku tu bukannya tak ada aircond.  Saje aku malas nak on aircond. Sejak tarif baru letrik ni, macam cilaka dia punya mahal.  Tahun lepas, bil letrik sebulan dalam RM70-80. Januari hari tu punya bil sampai RM140. Padahal aku bedua dengan Alia je ada kat rumah.  Siang aku ke opis, Alia pegi sekolah.  Belah malam je rumah ada orang.  Iron baju aku malas, washing machine on 2-3 hari sekali.  Itu pun ada kutu kata tarif baru elektrik tak membebankan rakyat.  Gila.

Bila payah nak tido, mula la pikir macam-macam.  Dari hal-hal negara membawak ke perancangan masa depan.  Nasib anak isteri di kemudian hari.  Dosa-dosa silam.  Hal-hal pejabat dan paling tak boleh blah, hal Sharnaaz Ahmad sama Fauzi Nawawi pun aku terpikir sama.  Bodoh betul.

Malam tadi pulak tak ada cerita yang menarik di tv.  Habis semua channel Astro aku singgah.  Semua cerita ulang-ulang.  Bil Astro naik ikut suka hati. Patut la Ananda Krishnan kaya raya.  Bertambah panas bila pikir benda-benda macam ni.

Setelah mati akal tak tahu nak buat apa, aku main Candy Crush sampai habis nyawa.  Tapi panas masih tak reda.  Aku pikir dalam-dalam.  Patut la, bilik aku tu sepotong ayat Quran pun tak ada.  Tidur pulak jenis yang jarang baca doa.  Ayat 3 Kul jauh sekali.  Aku perlu segera kembali kepadanyaNya.  Umur pun dah banyak.

+++

Dalam pukul sebelas lebih semalam, henfon berbunyi pendek.  Isteri mesej kat whatsapp.

"Terseksa tengok school of lawak ni" lepas tu ada emoticon muka geram.
"Sape suruh tengok...?" aku jawab ringkas.

Hal-hal lawak ni tak boleh diajar.  Dia datang sendiri.  Bakat.  Tahu??

Wednesday, February 26, 2014

Siri Lawak Fizi : Dahaga

Kitorang naik van on the way ke Tanjung Piai, Johor.

Fizi   :  Aku dahaga la...
Aku  :  Berhenti la mana-mana, kita singgah minum.
Fizi   :  Aku dahagakan kasih sayang...

Fizi cakap sambil muka senyum simpul.  Cilaka.  Rasa nak tendang.


Siri lain bole baca sini.
Siri Lawak Fizi : Air Cond
Siri Lawak Fizi : Moto
Siri Lawak Fizi : Tali Pinggang Kejuaraan
Siri Lawak Fizi : Persimpangan Dilema
Siri Lawak Fizi : Pipit vs Enggang
Siri Lawak Fizi : Sengal
Siri Lawak Fizi : Durian
Siri Lawak Fizi : Angkara Awek Cun







Thursday, February 20, 2014

Krisis Air

Aku tengok surat khabar Utusan hari ni, muka depan cerita krisis air di Semenanjung.  Selangor, KL, Melaka dan Negeri Sembilan ada masalah bekalan air sekarang.  15 empangan mengalami penurunan kadar takungan air.

Aku tak tahu berapa jumlah empangan yang ada kat Malaysia ni.  Membina empangan dapat membekal air selain menjana elektrik, kononnya.  Tapi sebenarnya, dengan membina empangan, banyak kawasan hutan musnah.  Hutan ni sebenarnya yang jadi penyumbang kepada hujan.  Kalau hujan, bila takde hutan, air hujan akan terus meresap ke dalam tanah.

Lagi satu, dengan membina empangan, banyak kawasan hutan tenggelam.  Hutan yang tenggelam ni mengeluarkan gas metana.  Menyumbang kepada pemanasan global.  Cuaca jadi tak tentu hala. 

Ahh...aku nak cerita lebih-lebih pun aku bukan saintis.  Masa sekolah dulu result biologi, kimia dan fizik sekadar cukup makan.  Tapi aku yakin sangat, masalah ni semua jadi pasal kita memusnahkan hutan.  Bukit bukau habis kita tarah.  Padan la muka kita!!  Tunggu je la lori tangki air datang ke kawasan rumah.  Tapi, orang besar-besar macam pak menteri tak rasa masalah ni, ye tak??  Padan muka kita sekali lagi...