Saturday, September 8, 2012

Membaca Jambatan ke Zoo

Dulu masa aku kecik, tak banyak bahan bacaan di rumah.  Yang aku ingat, di rumah ada Quran, surah yassin, sedikit kitab-kitab lama, siri Bercakap Dengan Jin, buku atlas dan 1 set ensiklopedia.  Aku cuba nak baca Quran dengan kitab-kitab, tapi bila belek-belek takde gambar, niat itu tergendala.  Kalau buat Quran versi kanak-kanak, letak gambar-gambar yang ada kaitan dengan surah Quran boleh tak??  Disebabkan takde gambar-gambar menarik, aku lebih bayak membelek atlas dengan ensiklopedia.

Atlas dan ensiklopedia ni  lama punya. Tahun 60an-70an.  Ejaan pun lama.  Ikut kata abang aku yang sulong, masa dia ambik penilaian darjah 5 tahun 1974, itulah bahan rujukan dia.  Mana ada pergi tuisyen.  Dia dapat 5A, lepas tu tingkatan 1 dia masuk Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Waktu aku umur 5-6 tahun, aku dah boleh membaca sikit-sikit.  Setakat nak mengeja yang simple-simple memang dah steady. Berkat banyak membelek ensiklopedia dan atlas. 

Satu hari abah aku pergi KL ntah ada urusan apa aku dah lupa.  Kalau tak silap, kami pergi berempat.  Abah, mak, kakak atas aku dan aku.  Kalau tak silap, waktu tu abah pakai kereta Datsun buah kana.

Aku punya lah seronok dapat pergi KL.  Dia punya seronok, malam sebelum pegi, jenis tak boleh tido.  Hujung 70an-awal 80an, jalan Koyan ke Raub, belum tar sepenuhnya.  Raub ke Bentong jenis kona-kona separuh jalan kena berenti tepi sebab layan muntah dulu.  Bentong ke KL, jalan belum lebar macam sekarang.  Nak sampai KL dari kampung aku, mau 4-5 jam.  Sekarang kalau jenis bawak macam pelesit, 2 jam dah boleh sampai.

Dipendekkan cerita, kami pun sampai lah ke Gombak.  Dah start ada bangunan.  Aku dah mula seronok pasal sebelum tu sepanjang jalan, nampak hutan banat je.  Mata aku melilau pandang kiri kanan.  Sekali aku nampak satu signboard.

"Abah, dia ada tulis Zoo la.  Jom pegi" laju aku kata ke abah.
"Nak cepat ni, ada hal lain" jawab abah.

Aku mengamuk habis-habisan.  Menangis jenis hentak-hentak kaki dalam kereta.  Barang dalam kereta semua aku buang ke luar waktu kereta sedang berjalan.  Kereta takde aircond, tingkap bukak.  Segala bantal, kotak tisu, botol air...apa-apa yang mampu aku capai.

+++

1st time pegi Zoo Negara seronok betul.  Banyak idea nak cerita kat kawan sekolah tadika nanti ni.
 
Nampak tak hikmah pandai membaca???


1 comment:

  1. hahaha mengamuk...uuuuu buruk perangai sungguh..

    ReplyDelete