Friday, December 24, 2010

Semesra History X - Result SRP yang buat aku nervous gila babi...

Semalam result PMR keluar.  Aku tengok berita tengahari dan malam semalam, macam-macam gelagat dapat result ada.  Dan macam biasa media highlight murid-murid yang dapat result best-best je.  Apa salahnya sekali-sekali interview budak yang dapat 8E, baru la rare.  Ini balik-balik interview yang dapat 8A...hish takut sangat nak buat pembaharuan...

++++

Aku dulu tak ambik PMR.  Dulu aku ambik SRP, tahun 1990. Aku ingat lagi masa result SRP keluar, hari Sabtu.  Memang nervous.  Pagi-pagi aku dah bangun.  Iron baju.  Baju kemeja.  Bukan senang aku nak ada baju kemeja time umur 15 tahun.  Seingat aku, aku ada 5 helai je baju kemeja.  Itu pun 3 helai kemeja sekolah.

Lepas pakai kemas-kemas, aku pegi tunggu bas.  Bas pukul 8 pagi.  Dalam pukul 10 pagi aku dah sampai Semesra.  Itu jam budak-budak batch aku dah ramai.  Di kantin aku sempat bertanya dengan beberapa orang member.  Rata-rata dapat result baik punya.  Majoriti agggregat bawah 10.  Time ni, SRP wajib ambil 8 mata pelajaran.  Dan beberapa orang member kamcing aku dapat 8A1.

Lepas borak lebih kurang, aku terus ke pejabat sekolah.  Nervous aku masih tak menyusut.  Lagi naik ada, pasal dah dapat tau result beberapa orang member.  Result aku ntah apa cerita.  Aku berbaris nak ambil slip keputusan.  Tak lama, giliran aku sampai.  Aku bagi tahu nama dan nombor ic kat kakak kerani.  Kakak kerani berkerut dahi cari slip SRP aku.

Kakak kerani   :  Takde la awak punya slip...
Aku                 :   Aik..macam mana bole takde ni kak?
Kakak kerani   :   Oohh...sape yang takde slip kat sini, result dia kena tahan dengan Pengetua.  Mesti ada masalah disiplin.   Hari Isnin awak datang balik.  Bawak ibubapa sekali ye...jumpa dengan Pengetua.
Aku                 :   Babiii!! (dalam hati la tapi)

Aku balik dengan nervous tahap maksima.  Ntah apa aku nak goreng abah aku nanti ni.....

6 comments:

  1. sapa nama pengetua kau tu....?
    suka2 hati dia pulak nak tahan2 slip result orang...... sib baik rumah ko tu dekat dgn sekolah.... kalau budak tu dari kedah ker kelantan ker, tak ker menyusahkan orang.....
    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  2. haha pengetua nama Sahari...kitorang panggil Oneday...semesra budak sabah sarawak pun ada...

    ReplyDelete
  3. Camna asal usul boleh dapat Oneday nie....? Maybe ko boleh buat citer pasal mamat nie dalam next n3.....
    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  4. Masa kawan ambil SRP, tak silap tahun 1955.masa tu lulus SRP boleh jadi guru. Guru Bahasa Inggeris di sekolah melayu. Lagi hebat apa!

    ReplyDelete
  5. teringat dialog Hantu Mak Llimah Balik Rumah..."English educated"

    ReplyDelete
  6. zam, pengetua Sahari Kasmi dah kembali ke rahmatullah. Serangan jantung. Al-Fatihah

    ReplyDelete