Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia...??

Semalam aku tertengok berita jam 12 di TV3.  Ada vox pop (temubual) dengan orang ramai pasal defenisi Hari Malaysia.  Ceh...ramai yg tak tahu rupanya.  Macam-macam jawapan karut keluar.  Paling tak boleh blah, bila ada sekumpulan anak muda berumur awal 20an tengah makan2 sambil sengih-sengih jawab tak tahu apa dia Hari Malaysia. Babi la weii!!

Aku pun bengap juga, tapi sejarah simple pasal pembentukan Malaysia yang kita sambut 16 September ni, kena la tahu.  Semenanjung, Singapura, Sabah, Sarawak bergabung jadi Malaysia pada 16 September 1963.  Akibat dari penggabungan ni, dapat bantahan dari Indonesia.  Maka berlaku konfrontasi Malaysia-Indonesia.  Indonesia claim Sabah dan Sarawak dorang punya.  Waktu ni timbul slogan "Ganyang Malaysia".  Ada tentera Indonesia yang mendarat di pantai-pantai di Semenanjung terutama di Johor.  Nasib baik tak berperang besar-besaran. Pada 2 Ogos 1965, Singapura keluar dari Malaysia.  Singapura keluar kes lain, ntah apa gatal Lee Kuan Yew, aku tak tahu.  Pegi google sendiri...  

Kalau pun tak suka dengan kerajaan, nak rebel, nak rock, nak shuffle...sejarah negara ambil laa tahu.  Harapkan rambut je pacak-pacak, baju branded-branded...otak udang!! Heh...

1 comment:

  1. sebab tu la Tun M ada cakap dulu2..... Melayu mudah lupa... tp setelah aku kaji2 rupanya bukan melayu jer mudah lupa.... Cina, India dll bangsa kat M'sia nie pun mudah lupa..... sebab nyer banyak makan semut kot....
    :-aLCapone-

    ReplyDelete