Dulu masa sekolah-sekolah aku bukanlah orang yang aktif berpengakap. Aktiviti berkhemah pun amat jarang aku nak ikut. Tapi sejak masuk ke alam bekerja, aktiviti outdoor mula jadi minat. Menggunung salah satunya. Memang aku akui menggunung ni satu aktiviti yang penat. Macam cilaka dia punya penat. Masa mendaki, abis segala sumpah seranah keluar. Tapi bila dah berjaya sampai ke puncak gunung...dah balik rumah, mula rasa rindu nak menggunung lagi.
Gunung Kinabalu - Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.
|
Rakan-rakan menggunung di Kinabalu |
Aku ke Kinabalu rasanya tahun 2006. Terus terang cakap, aku tak sampai puncak. Walaupun puncak tertinggi hanya beberapa puluh meter depan aku. Aku menyerah kalah. Serangan AMS (altitude mountain sickness) memang lain macam. Perut rasa memulas dan kepala pening giler babi. Lepas muntah, aku terus surrender. Ralat juga rasa pasal dah dekat sangat dengan puncak tertinggi Kinabalu - Low's Peak (4095.2m)
Budak-budak opis aku sekarang, ada ura-ura nak ke Kinabalu tahun depan. Aku nak join. Kali ni aku nak make sure aku sampai ke puncak...Insyaallah.
Gunung Tahan - Ketinggian (2187 m), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Aku sampai sini tahun 2004 rasanya. Pendakian dari Merapoh merupakan jalan terdekat. Itupun 5 hari 4 malam baru sampai. Selain tu, boleh mendaki dari Kuala Tahan atau pun dari belah Kelantan, tapi jauh la.
|
Puncak Tahan yang kena tahan nak sampai ke puncak |
Walaupun tak tinggi macam Kinabalu, jarak perjalanan yang terpaksa ditempoh buat Gunung Tahan sukar didaki. Kena cross beberapa sungai, kena berpaut, bergayut, turun lurah dan macam-macam. Pendek kata memang penat dan kotor baju.
|
Aku di puncak Tahan |
Gunung Jerai - Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya 1,217 meter. Aku menggunung kat sini tahun 2006 rasanya.
Sebenarnya, ada jalan raya sampai ke puncak Jerai. Ada menara komunikasi kat atas tu. Tapi tak thrill la naik gunung guna jalan raya. Aku guna laluan dari Yan, lalu trek air Terjun Puteri Mandi. 3 hari 2 malam baru sampai puncak. Dalam banyak-banyak gunung yang aku daki, laluan ni aku rasa paling jerih, tapi cantik sungguh pemandangannya. Air terjunnya dan bentuk muka bumi sepanjang laluan cantik betul. Serius aku kagum.
|
Gunung Jerai |
|
Air Terjun Puteri Mandi, aku bermalam tepi air terjun ni dulu. |
Gunung Trusmadi - terletak di Tambunan, Sabah merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian 2,462 meter. Aku menggunung di Trusmadi tahun 2005 rasanya. Antara keunikan Trusmadi ialah floranya. Salah satu spesis nephentis atau periuk kera di sini dikatakan terbesar di dunia. Selain itu ada satu kawasan yang dipenuhi lumut, sebijik macam hutan dalam cerita Lord of the Ring...waktu aku lalu kawasan tu, suram dan berkabus...creepy. 4 hari 3 malam juga aku menggunung di sini.
|
Puncak Trusmadi |
Gunung Api -
Gunung Api, dikenali sebagai Pinnacles yang terletak di dalam tapak warisan UNESCO Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak. Ia dikenali sebagai Pinnacles kerana menarik lancar bermata cukur batu kapur kars formasi, yang terhasil daripada hakisan air sepanjang abad-abad lalu. Gunung itu sendiri tidak sangat tinggi kebanyakan pembentukan kemuncak yang lebih menakjubkan hampir ke puncak tetapi tidak perlu untuk sampai ke sidang kemuncak itu sendiri. Bagaimanapun ia boleh yang agak sukar naik gunung untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan. Mendaki curam di pelbagai tempat dan diselang dengan jurang yang disebabkan oleh hakisan struktur batu kapur gunung. Park Rangers telah memperoleh tangga logam, disusun rata, menyambungkan bahagian atas tiang batu kapur untuk berunding jurang tersebut. Pelawat perlu bersedia untuk pergi pada merangkak semasa berjalan di atas tangga itu. Mana-mana pelawat ke Taman Negara Mulu sendiri harus cuba untuk menghabiskan beberapa hari lagi kagum dengan tertanya-tanya ini dan menikmati rasa sebenar pencapaian dan pengembaraan apabila mencapai destinasi. (Macam bangang ayat guna Google translate). Aku sampai sini tahun 2005 rasanya
|
Rakan menggunung, Bob |
|
Ceracak batu kapur, ikon Taman Negrara Mulu |
Gunung Sibayak, Sumatera Utara - Menghadap ke kota Brastagi di Sumatra Utara. Orang Batak Karo menyebut gunung Sibayak dengan sebutuan "gunung Raja". Gunung Sibayak merupakan gunung berapi dan meletus terakhir tahun 1881. Gunung ini berada di sekitar 50 kilometer barat daya Kota Medan. Tingginya 2,212 meter. Aku sampai sini tahun 2008 rasanya.
Wap-wap sulfur masih menyembur keluar dari puncak Sibayak. Bau telur tembelang.
|
Berhampiran kawah Sibayak |
|
Boleh tahan sejuk |
Nanti kalau rajin aku tulis pasal menggua pulak. Boleh tahan banyak gua-gua yang aku dah pegi. Aku harap aku terus sihat dan panjang umur nak teroka bumi Allah ni...