Monday, March 22, 2010

Maliau Basin - The Lost World of Sabah.

Aku dah sampai sini 2 kali.  Tahun 2005 & 2006.

1st benda kena buat nak masuk sini, mintak permit dgn Yayasan Sabah.   Jgn nak pandir masuk tak ada permit.  Kena tembak nanti.  Permit pun kena bayar juga...RM10 rasanya.  Lepas tu kena ada guide.  Guide RM150 sehari.  Jgn nak tunjuk terer redah sendiri sendiri.  Sesat baru padan muka.  Nak sampai ke Air Terjun Maliau ni mula-mula aku naik 4x4 dari Tawau, 190km ke Kem Agathis.  Kem Agathis pintu masuk dari sebelah selatan kawasan hutan simpan kelas 1 yang luasnya 588.4 km persegi ni.. Kem ini diberi nama Agathis pasal banyak pokok Agathis.  Pokoknya besar dan tinggi macam pokok Menggaris/Tualang.  Tapi warna batangnya coklat.   Kem Agathis kemudahan asas mcm toilet, air, letrik no hal.  Letrik pakai solar, tapi jangan nak buat pasal merengek nak tgk AF kat sini.  Kena terajang dgn guide nanti.   Malam tido makanan kena simpan elok-elok.  Kalau tidak kena rembat dgn beruang atau musang. 

Esoknya start trekking ke Camel Trophy Hut yang dibina pada tahun 1993 oleh peserta Camel Trophy. Jarak dalam 12km dari Kem Agathis. Tapi nak sampai Camel Trophy Hut, macam celaka dia punya trek.  Naik bukit mencanak tegaknya.  Mula trekking pagi, petang baru sampai.  Kalau ada semangat pahlawan je boleh lepas.  Kalau kodi, jgn harap. Ada 8 tangga bomba yang diikat tegak hampir 90 darjah.  Dengan beg atas belakang, gayat campur penat. Kalau tak fit jgn buat hal.  Duduk rumah diam-diam tengok tv je la.  Kat sini, dah tanah tinggi.  Dalam 1400m dr aras laut.  Baju sejuk or sleeping bag jgn lupa. Pondok/Hut ada 2 tingkat, belah bawah ada dapur dan tempat makan.  Kat atas ada bilik-bilik tempat tido.  Kalau setakat 20 org, aku rasa muat.  Dulu aku pegi dalam 15 org campur guide dan porter.

Yang best kat Camel Trophy Hut ni, ada menara tinjau atas pokok sebelah pondok.  Pokok Agathis.  80m tingginya.  Pagi-pagi aku dah panjat.  Tengok matahari naik dgn burung-burung.  Kalau gayat tak payah naik.  Kena guna tangga yang tempat pijaknya ngam ngam separuh tapak kaki je.  Kecut juga telur nak sampai ke atas.  Lepas panjat dan sarapan lebih kurang, terus sambung trekking.  Lupa nak bagi tau, makanan bawak sendiri.  Jangan berangan nak nasik ayam.  Bawak la roti-roti ke, mee segera ke, biskut ke, coklat ke.  Kalau larat pikul la sendiri.  Kalau tak larat kasi porter bawak.  Sediakan duit je.  Berat dia timbang kilo.  Sekilo dia charge berapa aku tak ingat.  Pegi surf internet sendiri.

Destinasi seterusnya, Kem Lobah.  Dari Camel Trophy Hut ke Kem Lobah trek dia ok sikit.  Dah kurang naik bukit. Kawasan tanah tinggi.  Pokok pun dah renek-renek je.  Diptrokap atau pokok kayu balak dah memang takde.  Kat area ni kita dah start jumpa bermacam jenis periuk kera dan senduduk.  Kebanyakannya endemik Maliau Basin je.  cari tempat lain memang tak jumpa.  Aku jumpa periuk kera yg besar-besar betis, ada jugak yg besar lidi. Mula-mula ingat lumut, perati betul-betul periuk kera.  Bunga senduduk macam- macam kaler.  Merah, putih, kuning dan ntah mende-mende semua ada. Lepas treking dalam 7-8 jam, sampai la kem Lobah.  Tapi kalau yg jenis menonong jalan tak berenti tak mau tengok keliling, 5-6 jam boleh sampai.  Siapa yg suka nature & adventure, meh datang Maliau Basin.  Kem Lobah sempoi.  Waktu aku pegi dulu, ada atap kanvas je.  Pastu dia ada mcm pelantar.  Baring la situ ramai-ramai.  Malam sejuk tak ingat.  Waktu ni sleeping bag, glove semua aku bawak.  Nak buat aktiviti outdoor, prepareration kena cukup.  Letih macam mana makan kena layan.  Tak makan, trekking barai.

Kem Lobah kem terakhir kalau nak ke air terjun Maliau.  Dari kem Lobah ke air terjun, dalam 3-4 jam jugak.  Turun bukit.  Kuda-kuda kena kuat.  Kat area ni kalau nasib baik, dari jauh kita dah boleh bau bunga reflessia.  Busuk mcm gampang.  Bau bangkai.  Taktik nak bagi lalat datang pasal reflessia karnivor.  Dia bukan ada klorofil buat makanan sendiri.  Endemik jugak.  Tak jumpa kat tempat lain.  Refflesia adlinii sempena nama Tengku Adlin org kuat Yayasan Sabah.  Spesis pakma terkecil.

Lepas dah penat treking sampai terjelir lidah, baru la sampai air terjun Maliau.  Dia ada 7 tingkat kalau tak silap.  2 mmg besar gila.  Tinggi 70-80m lebar hampir 100 meter.  Boleh lalu belakang air terjun.  Dah rasa macam cerita Last of The Mohican.  Lepas lepak-lepak lebih kurang.  Balik semula ke Kem Lobah.  Tidur semalam lagi.  Esok sambung trekking nak balik.  Ikut trek lain pulak.  Dari Kem Lobah ke Kem Ginseng.  On the way memang byk pokok herba dan air terjun.  Antaranya air terjun Takub Akob.  Glamer jugak air terjun ni.  Maliau banyak air terjun sebenarnya.   Berpunca dari mendapan atau gelinciran lapisan bumi yg membentuk besen sebesar lebih dari 300km persegi.  So di sekeliling besen tu, byk la air terjun....kalau tak percaya pegi google.  Jangan nak tuduh aku tipu.

Tidur Kem Ginseng semalam, pastu sambung balik ke Kem Agathis.  Berapa hari tu.? Dia punya tebarai jgn cerita.  Itu baru sikit.  kalau lajak lagi ke utara, ada tasik Ligununsut, satu satunya tasik air tawar kat Sabah. Pastu ada gunung ntah apa nama, aku dah lupa.

Kali kedua aku sampai, tahun 2006. Ikut kajian Universiti Malaysia Sabah (UMS).  10 hari berkhemah di Kem Ginseng.  Nyaris aku nak bertumbuk dengan researcher Jepun.  Cibai juga researcher Jepun. Aku dijemput buat liputan penyelidikan, aku ambil la video apa yg patut.  Dia cekak leher aku pasal aku nak pegi ambil gambar beruang liar.  Bukan aku nak tembak beruang tu.  Sudahnya org UMS yg mintak maaf dengan aku.  Celaka punya Jepun, nasib baik Abg Deris kawan aku tu tak tikam dia...heh!!



4 comments:

  1. jepun memang begitu bro..atuk gua pun pernah cerita pasal perangai jepun ni..dulu2 dia paksa org minum air sabun..lepas tu pijak perut org yang minum air sabun tu..

    gua memang tak suka jepun.. tapi gua suka awek jepun dan anime hentai jepun..
    (jawa peranakan)

    ReplyDelete
  2. xkan satu gmbar jer kot.. letak la lg gmbo bbyk

    ReplyDelete
  3. Saya hanya sampai bahagian pintu hadapan Maliau Basin saja,kami kesuntukkan masa untuk menginap di situ...Pasti seronok timba pengalaman di situ.

    ReplyDelete
  4. kami baru semalam baru balik dari maliau basin..kami p maliau waterfall ulang alik..x singgah lobah..lobah camp dah tiada..kami ulang alik dari simpang ke maliau then terus ke ginseng..lagi hardcore...

    ReplyDelete