Friday, March 12, 2010

Tragedi hilang henfon yang macam celaka...

Last week aku pegi Penang.  Ada keje kat sana. Khamis malam jumaat aku pegi komtar dalam pkl 8..  Beli barang buat kerja.  Lepas beli barang lebih kurang, pekena sup Hamid depan Hotel Malaysia.  Tengah sedap-sedap hirup sup, aku perasan poket seluar aku dah lama tak gedik-gedik.  Aku raba- raba poket seluar.  Cilaka...takde.  Henfon takde.  Aku pegi cari kat kereta.  Takde juga.  Aku pinjam henfon kawan.  Aku dail nombor henfon aku...

Trut Trut...ada bunyik, hati kembali berbunga. Ada chance jumpa.
"Hello"  henfon nombor aku diangkat.  Hati aku tambah sedap.  Suara pompuan loghat Penang yang angkat.
"Hello assalamualaikum..." aku memulakan perbualan.
"Waalaikumsalam" suara pompuan loghat Penang jawab.
"Cik...saya rasa henfon saya yang cik guna tu..." terus aku tanya.
"Tadi dalam pukui 9 jumpa di Komtar...dok tepi jalan" pompuan loghat Penang balas.
"Macam mana saya nak ambil balik henfon saya tu?" aku tanya sambil jilat-jilat bibir kesan sup...dada kembali lapang.
"Tapi, encik...saya tak mau pulang la henfon ni.  Henfon saya pun baru hilang...saya mau la henfon ni!!"

Macam celaka kan??? Aku malas tulis dah perbualan aku lepas tu.  Buat penat je.  Bukan boleh dapat balik henfon aku tu.  Macam tu punya orang pun ada...jujur tapi buat aku sakit hati.  Member-member aku call pun dia jawab dengan jawapan yg sama.  Sudahnya aku call Digi blok simcard.  Esoknya aku pegi Digi centre ambik simcard baru dan beli henfon baru.  Gampang betul!!!

3 comments:

  1. Sabo..sabo..Kat kedai Gunting rambut Nalaya Koyan 3, ada jual kot..

    ReplyDelete
  2. Bro lu pakai no lama lagi ke?
    wa anto msg ada dapat ka...
    Teringin nak makan sup lidah loghat Utara..ahakkahakk

    ReplyDelete
  3. honesty is the best policy..
    (jawa peranakan)

    ReplyDelete