Aku dah lama tak tengok burung bayan liar. Dulu masa kecik burung bayan ni memang jadi kegilaan budak-budak kampung aku. yang aku suka pasal burung ni, dia macam kakak tua. Cuma saiz je kecik. Selain bayan, puling dan serindit pun aku suka jugak. Saiz bayan dan puling lebih kurang, serindit kecik sikit.
Dulu kalau time cuti sekolah budak kampung aku ramai yang sibuk menjebak burung-burung ni. Jebak buat pakai batang bemban/buluh. Letak umpan kelapa sawit. Letak tinggi-tinggi atas pokok sawit. Burung ni cukup suka kelapa sawit. Guna jebak burung tak rosak berbanding lastik dan guna getah. Tapi nak buat jebak punya la leceh...
Bila aku start sekolah menengah, populasi burung bayan, puling dan serindit dah amat kurang kat kampung aku. 10-15 tahun kebelakangan ni, sekali sekala aku balik kampung mmg aku tak penah dengar bunyi dan nampak kelibat burung ni, atau aku yg balik time bukan musim dia...serius aku rindu suasana musim burung bayan waktu aku kecik dulu.
Baru-baru ni aku pegi Hong Kong. Aku pegi la jalan-jalan kat Kowloon Park. Kira macam taman bunga la. taman ni betul-betul kat tengah bandar. Di tengah2 kesibukan bandar Kowloon (9 naga) Aku jalan-jalan sambil tengok orang belatih kung fu. Giler ramai org berkung fu kat taman. Qi Gong, tai chi, wushu, kun tau...yang tangan kosong, yang guna pedang, yang guna kayu. yang berjogging jgn cerita la. Taman kat Malaysia penuh mat rempit beromen je...
Tengah aku syok tengok-tengok, aku dengar bunyik yang dah lama aku tak dengar kat atas pokok. Pelan-pelan aku pegi dekat pokok tu. Sekawan burung bayan tengah makan makan. Aku macam tak pecaya je dapat jumpa burung bayan liar kat sini. Tapi peluang aku dapat tegok tak lama. Tiba-tiba burung burung tu terbang. Terbang di celah-celah pencakar langit Hong Kong. Balik kampung nanti aku nak try cari la....
Bayan,serindit,nuri memang dalam keluarga Parrot atau kakak tua.gamoknya burung bayan serindit kita da pupus kut...atau lari kat hongkong dah...wa masih ada skill buat jebak bemban rasanya...ha..ha..
ReplyDeletegua minat burung punai..
ReplyDelete(jawa peranakan)
punei kamu...
ReplyDeleteTEKA TEKI
ReplyDeleteSOALAN : Apa Akan Jadi Jika Kita Melepaskan Burung Bayan Yang Kita Pelihara?
JAWAPAN : Bayan Lepas..
(jawa peranakan)
pergh.. skang ni aku tak rasa ada lagi burung bayan serindit sumer ni.. lau dulu, aku jebak burung tekukur jawa.. kalau lastik2 ni, aku tibai burung2 besar jer cam kuang raya, kerak nasi... skang ni tak tahu laa ada ke tak lagi
ReplyDeleteburung barau xtry... tp bayan jantan r cantek.. y dh besor,,perrghh...mmg lawa...tp skrg 2 lh,, dh nk dkt pupus an... tp bayan,puling, n barau aq minat....Hahax,,
ReplyDeleteKat Taiping ada burung bayan ni.
ReplyDeletesakit habis kena gigit dengan bayan..biru jari kite
ReplyDeleteAda yg nk jual tak bayan?
DeleteBurung Bayan ni kat area Taiping banyak.
ReplyDeleteAda tak sape2 yg nk jual burung bayan.ni..col/msg: 0129829020 tq
ReplyDelete