Dalam kitab purba Hindu dan Budha seperti Ramayana, Purana dan Raguwamsa, pendeta-pendeta Hindu memanggil Semenanjung Malaysia sebagai semenanjung emas (Suvarnabhumi) iaitu merujuk satu kawasan di Nusantara bagi mendapatkan bekalan emas ketika Tamadun Aryan memerintah di India.
Di dalam naskah Buddha yang paling tertua, Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.
Satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini sebagai ‘the fabulous Land of Gold’- Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha, Jataka.
Mengikut Sejarah Siam, Raja Suryavarman II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12.
Malaysia bukannya negara pengeksport emas terbesar, malah kita bukan dikalangan 30 negara terbesar memiliki emas. Menurut kajian sebuah institut mineral yang berpangkalan di Amerika, Malaysia berada di tangga ke-39 dunia mempunyai rezab emas yang belum digali.
Perlombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa kawasan sahaja, ia dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang, Jeli, Kelantan sehingga Gunung Ledang di Johor. Lombong terbesar yang masih aktif di Malaysia adalah di Penjom, Kuala Lipis, Pahang. Ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Tempat lain yang masih aktif adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang di Pahang. Selain itu masih ada 5 lagi lombong di Jeli dan 6 lombong sekitar kawasan Raub dan Kuala Lipis di Pahang.
Hanya terdapat dua jenis emas di Malaysia iaitu Au-Cu-Ag-Zn di Jalur tengah dan Au-Cu di Jalur Timur. Ia biasanya berada di lereng-lereng bukit di kawasan tadahan sungai. Sungai yang biasa dikaitkan dengan emas adalah sungai Jelai dan Koyan di Pahang.
++++
Fakta di atas aku ceduk dari internet. Cerita pasal emas di Kuala Lipis dan Raub memang dah lama aku dengar. Sejak dari kecik. Tapi selama ni aku tak ambil port. Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangnn ni cerita pasal emas kembali menaik kat kampung aku - Sungai Koyan. Sejak adanya operasi lombong emas sebuah syarikat yang berpengkalan di Kanada. Selinsing Gold Mine namanya. Nak tahu lebih-lebih baca sini http://www.monumentmining.com/
Sekarang ni kalau aku balik kampung, aku perati anak muda semakin ramai. Tak macam 10 tahun lepas. Makin ramai pemuda-pemuda Sungai Koyan balik bekerja di Sungai Koyan. Kebanyakan dari mereka bekerja di lombong emas.
Jun, anak jiran selang 2 rumah dari rumah aku pun dah balik. Sejak dia abis sekolah vokay tahun 1990 dulu dia dah merantau ke Pasir Gudang, Johor. Jadi juru kimpal profesional di Pelabuhan Pasir Gudang. Aku tau gaji dia lebat. Pasal dia ada moto besar dan tak pakai kereta buatan tempatan. Tapi sekarang dia dah balik kerja di lombong.
Aman, anak jiran belakang rumah pun dah balik kerja di lombong.
"Duduk KL gaji 4 ribu pun tak cukup, baik kerja lombong...gaji pun ok, kepala tak sakit nak harung jammed hari-hari..." kata Aman yang sebelum ni jadi site supervisor dengan satu company construction yang well known.
Cuti hari pekerja yang baru lepas, aku balik kampung. Petang Ahad aku boring kat rumah tak tahu nak buat apa. Dalam pukul 5.30 aku pegi rumah Shahril. Member sejak sekolah rendah. Belakang rumah dia ada sungai. Dulu memang biasa aku mandi sungai tu. Sampai rumah dia aku terus beri salam. Tak ada yang menyahut. Kereta ada. Aku jengah belakang rumah. Nampak kelibat 4-5 orang kat tepi sungai. Aku terus ke belakang.
Berbaju biru tu namanya Lan. Jiran depan rumah Shahril. Umur dalam pertengahan 20an. Aku tak geng sangat dengan dia. Pasal umur lari dah jauh. Aku geng dengan abang dia Sham. Muda 2 tahun, tapi Sham tak balik.
Aku : Waa...syok la sekarang ni emas tengah mahal, RM160 1 gram...
Lan : Itu harga pasaran...jual dengan orang tengah dia ambil RM120 je 1 gram...
Aku : Paling banyak satu hari engkau pernah dapat berapa banyak?
Lan : 45 gram...pecah batu kat area Felcra kat Kuala Medang sana...
Lan jawab acuh tak acuh tangan sibuk mendulang...cilakak...balik KL rasa nak hantar surat resign....
Jangan bising-bising sangat mendulang,
ReplyDeletenanti tau dek orang,
tersentak nanti, tak dapat cari makan,
Taulah penguatkuasa lagaknya macam setan!
hehe udah belakang rumah sendiri...kena parang penguatkuasa nanti...
ReplyDeletefuyooo.. 45g x RM120 =RM5,400.00 sehari
ReplyDeletekalau sebulan... hehehe... ambik part time jer.. cuti seminggu.. kasi pulun, pastu ko kawin ler zam...
cincin tak payah beli...buat sendiri...terbaik!!!
ReplyDeletebiar btul nih?bakang umah aku pun ada sungai!
ReplyDeleteaku rasa paling untung kalau jadi orang tengah.... jom zam kita JV kumpul modal jadi orang tengah nak tak....?
ReplyDelete:-aLCapone-
cilakak tu yang paling aku suke baca....cilakak
ReplyDeletedulu aku ada gak cube mendulang kt sg A***. baru nk nak best, big boss plk sound!
ReplyDeleteInteresting..nanti nak buat camni...yg kayu2 tu buat sendri la ek? btol..kalo ade emas kat tanah sendri, diam2 sudah jgn huha huha sana sini nanti org tau abis!!~
ReplyDeletebleh jer, pemilik tanah kenakan lah caj bayran sbg fee mendulang. lagi ramai kaya lg bagus. bila tuan tanah kena kan caj bayaran, maka kita sudah kongsiu ntung. mendulang belum pasti lagi dapat, entah sikit, banyak atau x dpt langsungt. atau tuan tanah kenakan caj 20% atas setiap gram, ok kan?
ReplyDeletebro macam menarik jer. Kat mana lokasi nyer. Kalau boleh nak tanya. Minat nak Mendulang:)
ReplyDeleteCayalah mamat...kau ibarat jantan gaharu! @yoi
ReplyDeleteaku memang nak balik kuala lipis. boleh buat kerja hujung minggu ni
ReplyDeletehehehe...aku pon pernah cari emas juga di pahang nie ada juga aku cari emas di kelantan..tapi cari emas tak lah banyak
ReplyDeletebro...boleh aku ikut ker lipis sekali?
ReplyDeletehehehe...aku pon pernah cari emas juga di pahang nie ada juga aku cari emas di kelantan..tapi cari emas tak lah banyak
ReplyDelete