Sunday, October 30, 2011

E-mail dari Amir Faizal.

Date: Tue, 25 Oct 2011 05:59:24 -0700
  • From: amir.XXXX@yahoo.com
    Subject: Mendulang Emas
    To: zam_sut@hotmail.com

    Assalammualaikum saudara zam,
    Saya ada terbaca blog saudara mengenai aktiviti mendulang emas. Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya, nama saya Amir Faisal, tuan boleh check FB sy (www.facebook.com/XXXX), saya beri taklimat mengenai asas perlaburan emas dan kepentingannya dalam erti kata lain saya juga menjual dan membeli emas terpakai dr client saya. Bagaimana caranya untuk saya hubingi saudara sekiranya saya berminat untuk membeli hasil tersebut? Bersama ini saya sertakan no hanphone saya sekiranya tuan berminat boleh la hubungi atau sms saya 012333XXXX untuk perbincangan lanjut mengenai harga dan bagaimana boleh kita berurusan. Terima Kasih.

    Amir Faisal

    To amir.XXXX@yahoo.com
    Waalaikumsalam.

    Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kerana  terbaca blog saya yang entah apa-apa itu.

    Kalau saudara berminat nak beli emas, baik terus sahaja ke kampung halaman saya di Sungai Koyan, Raub, Pahang.  Tak jauh dari Kuala Lumpur.  Drive dalam 2 jam boleh sampai. Kalau saudara drive laju-laju macam pelesit, 1 jam 15 minit pun boleh sampai. Kalau dah sampai, boleh terus bertanya dengan anak-anak muda di sana.  Mereka banyak melepak di kedai kopi belah malam setelah penat mencari emas di siang hari.  Pasal harga, saya tak tahu sangat sebab bukannya saya yang pergi mencari emas.  Saya kerja di Labuan sekarang.  Sekali sekala je balik kampung, itu pun kalau dapat tiket Air Asia yang murah.

    Mudah-mudahan saudara berjaya dalam perniagaan.  Kalau nak makan ketam fresh-fresh, marilah datang ke Labuan.  Lagi satu, di sini saya juga ingin menegur mengenai kesalahan ejaan dalam email saudara. Perkataan "hubingi" belum pernah saya dengar.  Saya rasa saudara maksudkan "hubungi".  Lain kali, sila semak dulu sebelum tekan button send.  Maaflah dengan teguran itu tadi, saya bukanlah berniat menjadi malaikat dalam bidang bahasa, cuma buat makluman saudara, sekarang ini sedang berlangsung Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan.  YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang rasmi itu hari kehkehkeh.

    Sekian, terima kasih. 

    ++++

    Amir Faizal terbaca entry aku yang ini.

No comments:

Post a Comment