Tuesday, June 14, 2011

Rimas

Ada dua benda yang buat aku rimas. Lipas dan mesyuarat.  Rimas dengan lipas aku boleh handle.  Aku spray aerosol tak pun aku hentam dengan surat khabar gulung.  Rimas dengan mesyuarat memang aku tak tahu nak handle macam mana.  Celaka betul.

Seboleh mungkin aku mengelak pegi mesyuarat.  Sebabnya:

1.  Kena berpakaian kemas - pakai kot dengan tie memang champion rimas.  Aku ada satu je kot, itupun pinjam dengan Nur Azrin Azrul Azizi dah setahun lebih.  Entah-entah dia dah lupa.  Kalau dia lupa, aku harap dia halalkan.  Susah juga proses hisab di akhirat kelak.

2.  Aku jadi bukan diri sendiri tiap kali pegi mesyuarat terutama bila dengan pihak atau agensi lain.  Aku bertukar jadi seorang pemuda yang bersopan santun, tekun mendengar, tertib bercakap, kelihatan warak dan menunjuk guna ibu jari.  Memang ke laut!!!

3.  Menu sama tiap kali meeting.  Balik-balik karipap, bee hoon goreng, kuih seri muka, air teh o atau nescafe.  Aku ni dah la ada migrain tak boleh minum nescafe.  Selera rosak!!  Cuba la sekali-sekala bagi mee bandung Muar ke, char kue teaw Sunny Bayan Baru ke...

++++

Baru je kejap tadi aku berjaya mengelak pegi meeting dengan Kementerian Kesihatan.  Nasib baik lepas.  Aku dah siap-siap dengan soalan wabak e-coli yang melanda Eropah...nak nampak cerdik punya pasal, padahal meeting hal lain.  Ke laut ke laut...

7 comments:

  1. ahli MESYUARAT tingkap yang diketuk kepalanya dengan kipas LIPAS..
    (jawa peranakan)

    ReplyDelete
  2. uuuuu tak malu, takut bini...sayang bini ada atuan laa

    ReplyDelete
  3. tengok aku..aku panas, aku kipas.. dia panas, dia kipas..
    (jawa peranakan)

    ReplyDelete
  4. usul dalam meeting mintak tukar menu..

    ReplyDelete
  5. Mintak Lamb chop atau Beef steak pulak.

    ReplyDelete
  6. OK la tu ada makan free masa meeting....
    menu yg tak pernah miss masa meeting kat ofis aku ialah buah anggur.... buah anggur.... dan buah anggur.... sekali sekala cuba la tukar ker buah kelapa ker buah durian ker .....
    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  7. tahan la jugak ada meehoon..sini asal meeting fruit tart..popia basah..fruit tart..popia basah.. -klcc-

    ReplyDelete