Ada dua pantang dalam arena tengok tv di rumah aku sekarang. Gusti dan cerita hantu. Memang jangan harap aku nak tengok dan bagi anak-anak tengok. Tambah hati ini tak bekenan bila dua beradik mula bertanyakan perihal hantu kepada aku. Aku dengan yakin menegaskan TIADA HANTU!!! YANG ADA HANYA SETAN!!
Bukan apa, aku tak nak mereka membesar dengan perkara karut marut seperti aku dulu. Ikutkan pengetahuan tentang hantu setan, panjang lebar boleh aku ceritakan…tapi fikiran mereka yang masih mulus tak mahu aku cemar dengan ilmu sebegitu.
Aku membesar dengan siri cerita hantu Bercakap dengan Jin tulisan Tamar Jalis dan siri cerita hantu Tok Awang Ngah. Berseli seminggu sekali dgn cerita-cerita separa lucah Wahid Kasran dalam Utusan Mingguan..cilaka betul. Petua dan pantang larang toksah cerita, macam-macam ada. Tempat tu keras, hutan ni berpenunggu, di sana ada puaka, org itu ada saka, polan tu bela hantu raya, org itu bela toyol, wak itu boleh jadi rimau, makcik itu hari-hari mau…
Hantu susu, hantu paku, hantu tetek, hantu kum-kum, hantu galah, langsuir, penanggal, pontianak, polong. pelesit…lancar aku menyebutnya…cuba suruh sebut 99 nama Tuhan (Asma Al-Husna)…merangkak…Tak cukup dengan nama, sifat hantu juga mampu aku deskripsi…hantu itu panjang, yang itu cantik..hok itu pendek…yang bergolek..yang boleh terbang, yang melayang…cuba suruh sebut 20 sifat Tuhan…er er Ujud…er Kidam er er Baqa’…Mu’alafatuhu..
Dan yang lebih aku kesal, aku lebih takut ditegur oleh Sang Kelembai (boleh jadi batu ikut kata Mastika) dari takutkan teguran Tuhan melalui Quran dan Hadis…dan aku amat yakin, berani sumpah makan satay 6 cucuk, yang aku tak akan ajar 2 beradik itu jampi serapah kalau nak buang air dalam hutan/semak:
“Tok, Nenek…mintak izin…anak cucu tumpang kencing!!!” ntah dari mana jampi bodoh itu muncul. Dangkal akal buat ia jadi tabiat aku bila nak kencing dalam semak waktu kecik dulu sebab takut punai bengkak!!!
Kepada kawan-kawan penggiat media, baik cetak mahupun elektronik…aku mintak tolong hentikan cerita-cerita hantu…Forum Perdana seminggu sekali…cerita hantu hari-hari!!! Takut ramai yang percaya hantu dari Tuhan…
++++
ini entry dalam fb aku dulu...semakin galak cerita hantu sekarang, baik di tv atau pawagam. ke laut ke laut...
tak silap aku masa kat SEMESTA dulu2, ko duduk satu dorm dgn TOYOL kan.... Apa nama betul TOYOL dari kedah tu....?
ReplyDelete:-aLCapone-
haha Toyol tu nama AZIRUL FAHMI SOID...
ReplyDelete