Dulu masa budak-budak aku kuat main. Aku selalu main dengan kawan-kawan aku. Kalau hari cuti sekolah bukan main lagi aku punya main. Pagi main, tengahari main, petang main...kalau boleh malam pun nak main. Aku dan kawan-kawan main benda-benda ni. Ini euforia kami:
kejar-kejar, baling selipar, teng-teng, galah panjang, ceper (tudung botol), tangkap belalang, tangkap pepatung guna getah nangka pastu cucuk ekor dia dgn rumput kasi nampak mcm helikopter, main kumbang tanduk, lawan spider, lawan kemuncup, lawan baling lalang sape jauh, galah panjang, lastik burung, nyorok-nyorok, mandi sungai, menimba ikan, sauk udang sungai, panjat pokok, layang-layang buat sendiri, lari-lari ke sana ke mari, tendang pokok pisang sampai tumbang konon terer kungfu, main ninja-ninja buat bintang pakai tutup botol, sumpit kawan guna straw & kacang hijau, main sep sep, main lompat getah...ahh macam-macam lagi...
Ya...itu senarai euforia aku. Euforia anak melayu yg tidak mampu. Semua yg aku main dulu tak pakai modal. Pakai imaginasi dan kreativiti. Hasilnya aku jadi budak sihat dan cerdas. Antibodi tip top. Tak macam budak-budak sekarang, kena hujan 5 titik dah selsema, main panas 5 minit dah demam...heh!!
1st benda kena buat nak masuk sini, mintak permit dgn Yayasan Sabah. Jgn nak pandir masuk tak ada permit. Kena tembak nanti. Permit pun kena bayar juga...RM10 rasanya. Lepas tu kena ada guide. Guide RM150 sehari. Jgn nak tunjuk terer redah sendiri sendiri. Sesat baru padan muka. Nak sampai ke Air Terjun Maliau ni mula-mula aku naik 4x4 dari Tawau, 190km ke Kem Agathis. Kem Agathis pintu masuk dari sebelah selatan kawasan hutan simpan kelas 1 yang luasnya 588.4 km persegi ni.. Kem ini diberi nama Agathis pasal banyak pokok Agathis. Pokoknya besar dan tinggi macam pokok Menggaris/Tualang. Tapi warna batangnya coklat. Kem Agathis kemudahan asas mcm toilet, air, letrik no hal. Letrik pakai solar, tapi jangan nak buat pasal merengek nak tgk AF kat sini. Kena terajang dgn guide nanti. Malam tido makanan kena simpan elok-elok. Kalau tidak kena rembat dgn beruang atau musang.
Esoknya start trekking ke Camel Trophy Hut yang dibina pada tahun 1993 oleh peserta Camel Trophy. Jarak dalam 12km dari Kem Agathis. Tapi nak sampai Camel Trophy Hut, macam celaka dia punya trek. Naik bukit mencanak tegaknya. Mula trekking pagi, petang baru sampai. Kalau ada semangat pahlawan je boleh lepas. Kalau kodi, jgn harap. Ada 8 tangga bomba yang diikat tegak hampir 90 darjah. Dengan beg atas belakang, gayat campur penat. Kalau tak fit jgn buat hal. Duduk rumah diam-diam tengok tv je la. Kat sini, dah tanah tinggi. Dalam 1400m dr aras laut. Baju sejuk or sleeping bag jgn lupa. Pondok/Hut ada 2 tingkat, belah bawah ada dapur dan tempat makan. Kat atas ada bilik-bilik tempat tido. Kalau setakat 20 org, aku rasa muat. Dulu aku pegi dalam 15 org campur guide dan porter.
Yang best kat Camel Trophy Hut ni, ada menara tinjau atas pokok sebelah pondok. Pokok Agathis. 80m tingginya. Pagi-pagi aku dah panjat. Tengok matahari naik dgn burung-burung. Kalau gayat tak payah naik. Kena guna tangga yang tempat pijaknya ngam ngam separuh tapak kaki je. Kecut juga telur nak sampai ke atas. Lepas panjat dan sarapan lebih kurang, terus sambung trekking. Lupa nak bagi tau, makanan bawak sendiri. Jangan berangan nak nasik ayam. Bawak la roti-roti ke, mee segera ke, biskut ke, coklat ke. Kalau larat pikul la sendiri. Kalau tak larat kasi porter bawak. Sediakan duit je. Berat dia timbang kilo. Sekilo dia charge berapa aku tak ingat. Pegi surf internet sendiri.
Destinasi seterusnya, Kem Lobah. Dari Camel Trophy Hut ke Kem Lobah trek dia ok sikit. Dah kurang naik bukit. Kawasan tanah tinggi. Pokok pun dah renek-renek je. Diptrokap atau pokok kayu balak dah memang takde. Kat area ni kita dah start jumpa bermacam jenis periuk kera dan senduduk. Kebanyakannya endemik Maliau Basin je. cari tempat lain memang tak jumpa. Aku jumpa periuk kera yg besar-besar betis, ada jugak yg besar lidi. Mula-mula ingat lumut, perati betul-betul periuk kera. Bunga senduduk macam- macam kaler. Merah, putih, kuning dan ntah mende-mende semua ada. Lepas treking dalam 7-8 jam, sampai la kem Lobah. Tapi kalau yg jenis menonong jalan tak berenti tak mau tengok keliling, 5-6 jam boleh sampai. Siapa yg suka nature & adventure, meh datang Maliau Basin. Kem Lobah sempoi. Waktu aku pegi dulu, ada atap kanvas je. Pastu dia ada mcm pelantar. Baring la situ ramai-ramai. Malam sejuk tak ingat. Waktu ni sleeping bag, glove semua aku bawak. Nak buat aktiviti outdoor, prepareration kena cukup. Letih macam mana makan kena layan. Tak makan, trekking barai.
Kem Lobah kem terakhir kalau nak ke air terjun Maliau. Dari kem Lobah ke air terjun, dalam 3-4 jam jugak. Turun bukit. Kuda-kuda kena kuat. Kat area ni kalau nasib baik, dari jauh kita dah boleh bau bunga reflessia. Busuk mcm gampang. Bau bangkai. Taktik nak bagi lalat datang pasal reflessia karnivor. Dia bukan ada klorofil buat makanan sendiri. Endemik jugak. Tak jumpa kat tempat lain. Refflesia adlinii sempena nama Tengku Adlin org kuat Yayasan Sabah. Spesis pakma terkecil.
Lepas dah penat treking sampai terjelir lidah, baru la sampai air terjun Maliau. Dia ada 7 tingkat kalau tak silap. 2 mmg besar gila. Tinggi 70-80m lebar hampir 100 meter. Boleh lalu belakang air terjun. Dah rasa macam cerita Last of The Mohican.Lepas lepak-lepak lebih kurang. Balik semula ke Kem Lobah. Tidur semalam lagi. Esok sambung trekking nak balik. Ikut trek lain pulak. Dari Kem Lobah ke Kem Ginseng. On the way memang byk pokok herba dan air terjun. Antaranya air terjun Takub Akob. Glamer jugak air terjun ni. Maliau banyak air terjun sebenarnya. Berpunca dari mendapan atau gelinciran lapisan bumi yg membentuk besen sebesar lebih dari 300km persegi. So di sekeliling besen tu, byk la air terjun....kalau tak percaya pegi google. Jangan nak tuduh aku tipu.
Tidur Kem Ginseng semalam, pastu sambung balik ke Kem Agathis. Berapa hari tu.? Dia punya tebarai jgn cerita. Itu baru sikit. kalau lajak lagi ke utara, ada tasik Ligununsut, satu satunya tasik air tawar kat Sabah. Pastu ada gunung ntah apa nama, aku dah lupa.
Kali kedua aku sampai, tahun 2006. Ikut kajian Universiti Malaysia Sabah (UMS). 10 hari berkhemah di Kem Ginseng. Nyaris aku nak bertumbuk dengan researcher Jepun. Cibai juga researcher Jepun. Aku dijemput buat liputan penyelidikan, aku ambil la video apa yg patut. Dia cekak leher aku pasal aku nak pegi ambil gambar beruang liar. Bukan aku nak tembak beruang tu. Sudahnya org UMS yg mintak maaf dengan aku. Celaka punya Jepun, nasib baik Abg Deris kawan aku tu tak tikam dia...heh!!
Tadi aku pegi MPH Mid Valley. Aku beli lagi 3 novel baru. Sampai rumah baru aku perasan, majalah National Geographic itu hari beli balik Hong Kong pun blum abis baca. Pengembaraan Ibni Bathuthah pun baru baca suku. Bila masa aku nak baca? Ahh esok pencen aku abiskan la...ye tak??
Itu hari masa aku jalan-jalan kat Kowloon Park, Hong Kong, aku tengok ramai orang belatih seni bela diri. Terus aku teringat Wong Fei Hung. Selama ini aku hanya kenal Wong Fei Hung sebagai hero Kung fu yang steady dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dilakonkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Siapa sebenarnya Wong Fei Hung? Mengikut satu artikel yg kawan aku email, Wong Fei Hung adalah seorang Ulama', tabib, dan Ahli Beladiri legenda yang namanya diabadikan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah Negara China . Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arabkan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).
Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini dikemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung. Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering membantu orang-orang lemah dan tertindas. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati Keluarga Wong. Pesakit klinik keluarga Wong umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu dengan ikhlas.
Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang korup dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merobohkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei Hung mula mengasah bakat bela dirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayang yang legenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734. Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang dikenali sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggeris,Jepun) pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi tabib dan ahli beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi. Beliau berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana beliau seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya membelasah lebih dari 30 orang samseng di pelabuhan.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia muda. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
Pada 1924 Wong Fei Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum tertindas yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei Hung meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia.
Aku rasa macam nak belajar kung fu la pulak...mana kelas kung fu yang best kat KL ni hah??
Aku dah lama tak tengok burung bayan liar. Dulu masa kecik burung bayan ni memang jadi kegilaan budak-budak kampung aku. yang aku suka pasal burung ni, dia macam kakak tua. Cuma saiz je kecik. Selain bayan, puling dan serindit pun aku suka jugak. Saiz bayan dan puling lebih kurang, serindit kecik sikit.
Dulu kalau time cuti sekolah budak kampung aku ramai yang sibuk menjebak burung-burung ni. Jebak buat pakai batang bemban/buluh. Letak umpan kelapa sawit. Letak tinggi-tinggi atas pokok sawit. Burung ni cukup suka kelapa sawit. Guna jebak burung tak rosak berbanding lastik dan guna getah. Tapi nak buat jebak punya la leceh...
Bila aku start sekolah menengah, populasi burung bayan, puling dan serindit dah amat kurang kat kampung aku. 10-15 tahun kebelakangan ni, sekali sekala aku balik kampung mmg aku tak penah dengar bunyi dan nampak kelibat burung ni, atau aku yg balik time bukan musim dia...serius aku rindu suasana musim burung bayan waktu aku kecik dulu.
Baru-baru ni aku pegi Hong Kong. Aku pegi la jalan-jalan kat Kowloon Park. Kira macam taman bunga la. taman ni betul-betul kat tengah bandar. Di tengah2 kesibukan bandar Kowloon (9 naga) Aku jalan-jalan sambil tengok orang belatih kung fu. Giler ramai org berkung fu kat taman. Qi Gong, tai chi, wushu, kun tau...yang tangan kosong, yang guna pedang, yang guna kayu. yang berjogging jgn cerita la. Taman kat Malaysia penuh mat rempit beromen je...
Tengah aku syok tengok-tengok, aku dengar bunyik yang dah lama aku tak dengar kat atas pokok. Pelan-pelan aku pegi dekat pokok tu. Sekawan burung bayan tengah makan makan. Aku macam tak pecaya je dapat jumpa burung bayan liar kat sini. Tapi peluang aku dapat tegok tak lama. Tiba-tiba burung burung tu terbang. Terbang di celah-celah pencakar langit Hong Kong. Balik kampung nanti aku nak try cari la....
Abah aku penah cakap yang PM sekarang ni dua pupu aku...keh keh keh...agak agak kalau aku mintak sama PM 2-3 juta buat modal pekena kasino kat Macau dapat tak??
Last week aku pegi Penang. Ada keje kat sana. Khamis malam jumaat aku pegi komtar dalam pkl 8.. Beli barang buat kerja. Lepas beli barang lebih kurang, pekena sup Hamid depan Hotel Malaysia. Tengah sedap-sedap hirup sup, aku perasan poket seluar aku dah lama tak gedik-gedik. Aku raba- raba poket seluar. Cilaka...takde. Henfon takde. Aku pegi cari kat kereta. Takde juga. Aku pinjam henfon kawan. Aku dail nombor henfon aku...
Trut Trut...ada bunyik, hati kembali berbunga. Ada chance jumpa.
"Hello" henfon nombor aku diangkat. Hati aku tambah sedap. Suara pompuan loghat Penang yang angkat.
"Hello assalamualaikum..." aku memulakan perbualan.
"Waalaikumsalam" suara pompuan loghat Penang jawab.
"Cik...saya rasa henfon saya yang cik guna tu..." terus aku tanya.
"Tadi dalam pukui 9 jumpa di Komtar...dok tepi jalan" pompuan loghat Penang balas.
"Macam mana saya nak ambil balik henfon saya tu?" aku tanya sambil jilat-jilat bibir kesan sup...dada kembali lapang.
"Tapi, encik...saya tak mau pulang la henfon ni. Henfon saya pun baru hilang...saya mau la henfon ni!!"
Macam celaka kan??? Aku malas tulis dah perbualan aku lepas tu. Buat penat je. Bukan boleh dapat balik henfon aku tu. Macam tu punya orang pun ada...jujur tapi buat aku sakit hati. Member-member aku call pun dia jawab dengan jawapan yg sama. Sudahnya aku call Digi blok simcard. Esoknya aku pegi Digi centre ambik simcard baru dan beli henfon baru. Gampang betul!!!
Jumaat lepas, aku bawak Alia & Lutfil jalan-jalan Mid Valley. Nak belikan kasut Lutfil. Aku bawak pegi Studio R. Semua dia tak bekenan. Sekali lalu depan kedai Converse. Terus dia ajak singgah. Terus Lutfil tunjuk kasut Converse All Star hight cut kaler itam. Tanpa kompromi. Memang itu yg dia berkenan. Aku dulu masa darjah 4, nak mintak kasut Power kat abah bukan main aku pikir 2-3 kali...makan ais krim pun aku lap kat baju je...budak2 sekarang bukan main lagi bergayanya...heh
Aku baru habis baca novel ni. Aku beli masa bawak Alia & Lutfil jalan-jalan Mid Valley Jumaat lepas. Kisah Ikal salah seorang anggota Laskar Pelangi melanjutkan pelajaran di Univercity Sorbonne, Perancis. Pengalaman beliau menjelajah Eropah sewaktu cuti. Nak tau lebih lebih, pegi baca sendiri. Lemak la korang aku nak cerita semua. Survey tahun 2000 kata, rakyat Malaysia baca 2 muka surat buku je setahun...heh!!