Sunday, October 30, 2011

E-mail dari Amir Faizal.

Date: Tue, 25 Oct 2011 05:59:24 -0700
  • From: amir.XXXX@yahoo.com
    Subject: Mendulang Emas
    To: zam_sut@hotmail.com

    Assalammualaikum saudara zam,
    Saya ada terbaca blog saudara mengenai aktiviti mendulang emas. Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya, nama saya Amir Faisal, tuan boleh check FB sy (www.facebook.com/XXXX), saya beri taklimat mengenai asas perlaburan emas dan kepentingannya dalam erti kata lain saya juga menjual dan membeli emas terpakai dr client saya. Bagaimana caranya untuk saya hubingi saudara sekiranya saya berminat untuk membeli hasil tersebut? Bersama ini saya sertakan no hanphone saya sekiranya tuan berminat boleh la hubungi atau sms saya 012333XXXX untuk perbincangan lanjut mengenai harga dan bagaimana boleh kita berurusan. Terima Kasih.

    Amir Faisal

    To amir.XXXX@yahoo.com
    Waalaikumsalam.

    Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kerana  terbaca blog saya yang entah apa-apa itu.

    Kalau saudara berminat nak beli emas, baik terus sahaja ke kampung halaman saya di Sungai Koyan, Raub, Pahang.  Tak jauh dari Kuala Lumpur.  Drive dalam 2 jam boleh sampai. Kalau saudara drive laju-laju macam pelesit, 1 jam 15 minit pun boleh sampai. Kalau dah sampai, boleh terus bertanya dengan anak-anak muda di sana.  Mereka banyak melepak di kedai kopi belah malam setelah penat mencari emas di siang hari.  Pasal harga, saya tak tahu sangat sebab bukannya saya yang pergi mencari emas.  Saya kerja di Labuan sekarang.  Sekali sekala je balik kampung, itu pun kalau dapat tiket Air Asia yang murah.

    Mudah-mudahan saudara berjaya dalam perniagaan.  Kalau nak makan ketam fresh-fresh, marilah datang ke Labuan.  Lagi satu, di sini saya juga ingin menegur mengenai kesalahan ejaan dalam email saudara. Perkataan "hubingi" belum pernah saya dengar.  Saya rasa saudara maksudkan "hubungi".  Lain kali, sila semak dulu sebelum tekan button send.  Maaflah dengan teguran itu tadi, saya bukanlah berniat menjadi malaikat dalam bidang bahasa, cuma buat makluman saudara, sekarang ini sedang berlangsung Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan.  YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang rasmi itu hari kehkehkeh.

    Sekian, terima kasih. 

    ++++

    Amir Faizal terbaca entry aku yang ini.

Friday, October 28, 2011

MTD tak jadi...(Part 2)

Aku tak boleh tido.  49 orang budak lelaki yang lain dah lama lelap.  Kepala pikir macam-macam.  Pikir apa lagi ujian yang bakal ditempohi esok hari.  Aku jugak pikir pasal abah.  Kesian dia.  Mesti dia sejuk dan banyak nyamuk. Malam sebelum tu ada la juga aku temankan dia.  


Kami sampai ke Kuantan hari dah petang.  Lepas pergi recce mana dewan periksa, kami cari tempat tido.  Abah kata kita kena cari tempat tido yang dekat-dekat, pasal esok aku kena ambil periksa pagi-pagi.  Depan kem askar Batu 12 Kuantan tu ada masjid.  Di situ la aku dan abah tido.  Karpet nipis, kain pelikat dan pelukan abah jadi perisai tahan sejuk.  Disebahkan aku lulus periksa siang tadi, maknanya abah kena tido di  masjid sorang-sorang lagi 2 malam.


Tido dekat dengan dewan periksa hanya alasan.  Aku tahu, abah takde duit nak tido di hotel.  Tahun-tahun pertengahan 80an, era gawat.  Harga kelapa sawit down giler babi.  Rata-rata pendapatan peneroka Felda kampung aku dalam 3-4 ratus je.  Dengan pendapatan sebanyak itu abah besarkan 7 orang anak.  Masa tu, abang aku  yang sulong balik dari Kanada belum dapat kerja tetap.  Dia jadi cikgu sementara kat sekolah menengah kampung aku ajar bahasa Inggeris.  Kakak nombor 2 tengah belajar kat MPSI (sekarang UPSI).  Nombor 3, abang aku baru daftar masuk UTM Skudai. Nombor 4 kakak tingkatan 3, seterusnya aku dan 2 orang adik lelaki yang masih kecik.  Kami belum mampu nak membantu.  Apa yang mampu kami buat, habiskan nasik yang mak masak...


++++


2 hari berikutnya aku tempoh dengan jaya.  Kehkeh setakat ujian kecergasan dan kesihatan, apa ada hal. Ada ujian berkawad, ujian lari keliling padang, ujian main bola, timbang bola takraw, ujian berenang pun ada.  Tapi yang paling tak tahan, ujian kesihatan.  Ada sorang doktor dan nurse.  Masuk bilik periksa sorang-sorang kena bogel.  Habis segala telur dorang check.  Walaupun aku baru 12 tahun, tapi malu la juga...cilaka betul.


Aku pendekkan cerita.  Dari 50 orang, disaring jadi 20 dari ujian kecergasan dan kesihatan.  Maknanya 30 orang kena tendang.  Aku berjaya masuk senarai 20.  Boleh tahan juga aku punya steady.  Dalam ramai-ramai budak lelaki umur 12 tahun dalam negari Pahang, aku masuk senarai 20.  20 orang ni kiranya wakil negari Pahang ke peringkat zon pula.


Ok, begini.
1.  Zon Utara - Perlis, Kedah, Penang, Perak
2.  Zon Tengah - Selangor, Kuala Lumpur
3.  Zon Selatan - Negeri Sembilan, Melaka, Johor
4.  Zon Timur - Pahang, Kelantan, Terengganu 
5.  Zon Sabah dan Serawak


Setiap tahun, MTD ambil dalam 100-120 orang pelajar tingkatan 1.  Seramai 20 orang dari setiap 5 Zon di atas.  Maknanya 20 orang X 5 Zon = 100.  Lagi 20 biasanya diambil dari kalangan anak-anak tentera yang cemerlang ujian penilaian darjah 5.  Senang cakap, orang dalam.


Jadinya aku kena lalui satu lagi proses ujian.  Kena bersaing dengan budak-budak zon Pantai Timur pulak.  60 orang semuanya, 20 dari Pahang, Kelantan dan Terengganu.


++++


Selang sebulan dari pengalaman tido masjid di Kuantan.  Aku ke Kelantan pula.  Ke Kem Kijang, dekat dengan Kota Bharu.  Kali ini sesi interview.  Siap beli kasut hitam berkilat, pakai tie bagai.  Turn aku sampai.
Ada 3 orang pakai baju askar smart-smart depan aku.  Muka masing-masing jenis takde senyum.  Lagu "Senyum Seindah Suria" memang takde dalam kamus hidup mereka barangkali.  Lagu "Senyumlah Cek Mek Molek" M Daud Kilau mungkin dorang suka, pasal lagu tu ada gatal-gatal sikit.  Pegawai askar kan banyak yang gatal-gatal kan? kan? kehkehkeh...


Soalan yang dorang tanya antaranya Dasar-dasar Kerajaan.  Apa nak buat sebagai ketua.  Nama Panglima Angkatan Tentera.  Semua aku tak tau nak jawab apa.  Satu je aku jawab betul, Nama Menteri Pertahanan waktu tu, itu pun aku sebut Abdullah Badawi je.


Ada ke patut tanya soalan macam tu kat budak umur 12 tahun.  Patut ke?  Memang patut aku tak dapat masuk MTD...kalau tidak ada chance aku jadi Panglima Angkatan Tentera...jahanam.

Thursday, October 27, 2011

MTD tak jadi...

1987.

Main kejar-kejar memang tengah memuncak time tu.  Giler best main kejar-kejar.  Aku baru umur 12 tahun. Selain main kejar-kejar dengan kawan-kawan keliling rumah, aku suka baca buku Bambino, Kuntum, Bujal, Gila-Gila sama komik lawan-lawan.  Masa ni komik Hong Kong belum datang.  Nanti kalau dah besar sikit baru aku nak baca suratkhabar Utusan sama majalah Maskulin. Majalah Mangga memang aku tak nak baca.  Aku nak tengok gambar je, pasal banyak gambar seksi-seksi tetek nampak separuh...lepas tu ada tajuk "Saya tidak seksi".  Bengap ntah makan apa la dorang ni.  Wartawan yang tulis sama artis tetek nampak separuh sama je otak udangnya.

Satu hari tengah aku tekun main kejar-kejar, abah aku panggil balik rumah.  Aku akur, tak nak jadi anak derhaka.

"Ni ada surat panggil pergi ujian masuk MTD tingkatan satu nanti" abah kata ke aku.
"MTD tu apa?" aku tanya abah balik...
"Maktab Tentera DiRaja" abah jawab.
"Ooooo..." aku mengoookan jawapan abah.

++++

Dewan di Kem Tentera Batu 12, Kuantan senyap sunyi walaupun hampir 300 orang budak lelaki umur 12 tahun ada di dalamnya.  Semua tengah kusyuk menjawap kertas ujian nak masuk MTD.  Ada soalan Maths, Sains dan Ujian Personaliti.  Ujian bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 12 tengahari.  Belah petang keputusan ujian akan diumumkan.  50 orang markah terbaik akan ke peringkat seterusnya.

Aku menjawab steady soalan-soalan yang diajukan oleh kertas soalan. Jenis jawab tak payah tiru kawan sebelah sebab yang duduk sebelah bukannya kawan.  Baru je jumpa dalam dewan periksa, nama pun tak tahu...

++++

Usai makan tengahari, aku dan abah kembali ke dewan periksa.  Nak tahu markah, siapa yang dapat meneruskan langkah ke MTD yang gah.

Bila semua dah ada dalam dewan, tukang jaga periksa yang tadi pagi pakai baju askar bagi taklimat.  Dia kata 50 nama yang kena panggil, akan ke peringkat ujian seterusnya.  Kena stay lagi 2 hari kat kem tu.

Aku pandang keliling.  Wajah-wajah budak lelaki sebaya aku penuh harapan nak ke tingkatan 1 di MTD.  Aku lanjutkan pandangan ke luar dewan, wajah wajah ibu bapa juga serupa.  Dari segenap ceruk bumi Pahang mereka datang.  Budak yang duduk sebelah aku dari Cameron Highland.  Dia kena turun ke Tapah, lepas tu ke KL dulu...dan baru ke Kuantan.  Waktu ni highway PLUS belum ujud. Ramai terpaksa menempoh ratusan kilometer demi nak ke MTD.  Aku tak terkecuali.

Tiba-tiba datang rasa malas nak sambung...cilaka betul.

Monday, October 24, 2011

Ramli kena marah lagi...

Ramli baru balik main bola...

Ramli  :  Ayah...tadi Ramli dapat score goal sebijik...
Ayah  :  Kepala hotak kau...anak-anak jiran sebelah score sampai 6 bijik tau!!!

Ramli terus menikus dan berazam nak jadi mak andam pula...

++++

Kahkahkah  melihat Manchester United dilaukkan oleh jirannya Manchester City amatlah mengujakan.  You Will Never Walk Alone...Liverpool memang power!!!

Thursday, October 20, 2011

KK, aku ok!!

Kota Kinabalu (KK), Selasa 18 Okt 2011
1130pm.

Usai melahap ketam bakar di pasar Philiphine, aku mencari rokok.  Lepas makan kena rokok baru la proses penghadaman normal bekerja.  Pisau lipat brand Smith&Wesson tersisip kemas di kocek depan Levi's 501.  Berjalan malam di KK yang ramai pendatang, kena selalu waspada.  Langkah aku hayun perlahan.  Menikmati suasana malam bandar KK, melihat riak warga yang bermacam rupa.  Sumandaknya juga agak daring fesyen mereka.

Sekitar Jalan Tun Fuad Stephan, berhampiran hotel Meridien...penjaja-penjaja rokok seludup berkeliaran.  Rokok seludup brand ERA RM2.50 berukar tangan.

"Hati-hati berjalan bang..." ramah peniaga rokok seludup.
"Bah..bah" aku cuba berbahasa Sabah.

Langkah aku hayun ke Kampung Air.  Melintas Jalan Tun Razak dan Jalan Pantai.  Peniaga pasar malam di Kampung Air sedang berkemas untuk pulang.  Berhampiran Maybank ramai tukang-tukang urut menawarkan perkhidmatan.  Mengurut kaki dan belakang.  Ramai juga yang berlenggeng sambil duduk berurut di tepi jalan.

Langkah malas tanpa hala tuju aku teruskan ke belakang Maybank.  Antara blok Maybank dan bangunan sebelah, ada lorong.  5-6 orang gadis remaja berkumpul di situ.  Aku melintasi mereka.

"Cari perempuan ke bang?" tanya gadis berbaju biru.  Aku sekadar senyum.
"Mari la bang..." tambah gadis berbaju kelabu, teteknya besar.
"40 je ringgit bang" yang berbaju pink lebih berani, tangan aku ditariknya.  Aku menoleh.  Muda-muda benar gadis-gadis gedik ini.  Mungkin dalam 16 ke 18 tahun.
"Takpe...takpe" aku menepis lembut tangan si gadis berbaju pink.
"Ala bang...mari la, kami ada bilik" tambah si baju kuning pula.
"Apa tunggu lagi bro...lu kan ada bilik.  Lu angkut 3-4 orang sekali gus pun takpe" kali ini setan pula berkata-kata.

++++

Bilik 112, Hotel Palace
1245am

Seperti malam-malam dulu, aku baring sorang di atas ranjang.  Telatah gadis-gadis gedik tadi kembali menerpa.

"Itu la...tagi gua suruh lu angkut bawak balik bilik lu tak dengar...kan dah menyesal" tiba-tiba setan menjelma.

Pantas aku capai pisau lipat Smith&Wesson dari atas meja kecik sebelah katil.  Bertubi-tubi setan aku tikam. Setan bertukar menjadi asap nipis dan terbang melayang masuk ke lubang jamban.  Tewas.  Aku tersenyum puas.

Heyy KK, aku masih ok!!!

Wednesday, October 19, 2011

Pujaan 10

1.  Jonah Lomu (All Black) - rekod 15 try Piala Dunia, larian laju serupa iblis.  Waktu World Cup 1995, berat badan dia 120kg tapi boleh lari 100 meter bawah 11 saat.  Side step dia memang power.

2.  Tana Umaga (All Black) - bekas kaptain All Black..posisi sayap.  Larian-larian dia memang power. 

3.  Sebastien Chabal aka The Caveman (Peranchis) - posisi lock yang mendapat pendapatan paling lumayan melalui iklan komersil...model minyak wangi pun ada...cilaka betul.
4.  Johnny Wilkinson (England) -  Posisi fly half or centre, tendangan padu.  Baik drop kick ataupun penalti.  Walaupun bersaiz agak comel, terkenal juga dengan tackle-tackle cemerlang.

George Gregan George Gregan of Suntory Sungoliath runs the ball during the Japan Rugby Top League match between Japan IBM Bigblue and Suntory Sungoliath at Prince Chichibu Memorial Rugby Stadium on October 13, 2008 in Tokyo, Japan.  (Photo by Koichi Kamoshida/Getty Images) *** Local Caption *** George Gregan
5.  George Greegan (Australia) - lahir di Zambia, rekod terbanyak wakil Australia.  Posisi halfback.  Licik.

6.  Percy Montgomery (Afrika Selatan) - pemegang rekod mewakili dan mata terbanyak untuk Afrika Selatan.

7.  Bryan Habana (Afrika Selatan) - pemain terbaik World Cup 2007, menyamai rekod 8 try yang dibuat Jonah Lomu pada 1999.  Posisi wing.

8.  Waisale Serevi (Fiji) - Posisi fly half/scrum half.  Lebih dikenali dalam ragbi 7 sebelah walaupun wakil Fiji untuk ragbi 15 sebelah dari 1989-2003, mengumpul 379 mata.

9. Paul Sackey (England) - Posisi wing.  Barasal dari Ghana.  Juga mewakili England dalam ragbi 7 sebelah.  Cemerlang pada Rugby World Cup 2007.

10.  Morgan Parra (Peranchis) -  Adik Parra ni muda lagi, baru 23 tahun.  Tapi sejak dua menjak ni makin menyerlah.  Main posisi scrum half dan juga penendang utama team Peranchis.

Ok, tu je 10 player ragbi yang aku paling minat.  Ramai yang dah bersara.

Rugby World Cup 2011 dah final Ahad nanti.  All Black lawan Peranchis.  Kalau ikut kertas, All Black power...tapi aku sokong Peranchis.  Team Malaysia aku tak sokong pasal player dia sekor pun aku tak kenal...kehkeh...ke laut!!!

Tuesday, October 11, 2011

Harapan Menggunung

Dulu masa sekolah-sekolah aku bukanlah orang yang aktif berpengakap.  Aktiviti berkhemah pun amat jarang aku nak ikut.  Tapi sejak masuk ke alam bekerja, aktiviti outdoor mula jadi minat.  Menggunung salah satunya.  Memang aku akui menggunung ni satu aktiviti yang penat.  Macam cilaka dia punya penat.  Masa mendaki, abis segala sumpah seranah keluar.  Tapi bila dah berjaya sampai ke puncak gunung...dah balik rumah, mula rasa rindu nak menggunung lagi. 

Gunung Kinabalu - Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.


 
Rakan-rakan menggunung di Kinabalu
Aku ke Kinabalu rasanya tahun 2006.  Terus terang cakap, aku tak sampai puncak.  Walaupun puncak tertinggi hanya beberapa puluh meter depan aku.  Aku menyerah kalah.  Serangan AMS (altitude mountain sickness) memang lain macam.  Perut rasa memulas dan kepala pening giler babi.  Lepas muntah, aku terus surrender.  Ralat juga rasa pasal dah dekat sangat dengan puncak tertinggi Kinabalu - Low's Peak (4095.2m)
Budak-budak opis aku sekarang, ada ura-ura nak ke Kinabalu tahun depan.  Aku nak join.  Kali ni aku nak make sure aku sampai ke puncak...Insyaallah.

Gunung Tahan - Ketinggian (2187 m), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang.  Aku sampai sini tahun 2004 rasanya.  Pendakian dari Merapoh merupakan jalan terdekat.  Itupun 5 hari 4 malam baru sampai.  Selain tu, boleh mendaki dari Kuala Tahan atau pun dari belah Kelantan, tapi jauh la. 


 
Fail:TahanJoo.GIF
Puncak Tahan yang kena tahan nak sampai ke puncak

Walaupun tak tinggi macam Kinabalu, jarak perjalanan yang terpaksa ditempoh buat Gunung Tahan sukar didaki.  Kena cross beberapa sungai, kena berpaut, bergayut, turun lurah dan macam-macam.  Pendek kata memang penat dan kotor baju.


Aku di puncak Tahan
Gunung Jerai - Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya 1,217 meter.  Aku menggunung kat sini tahun 2006 rasanya.

Sebenarnya, ada jalan raya sampai ke puncak Jerai.  Ada menara komunikasi kat atas tu.  Tapi tak thrill la naik gunung guna jalan raya.  Aku guna laluan dari Yan, lalu trek air Terjun Puteri Mandi. 3 hari 2 malam baru sampai puncak.  Dalam banyak-banyak gunung yang aku daki, laluan ni aku rasa paling jerih, tapi cantik sungguh pemandangannya.  Air terjunnya dan bentuk muka bumi sepanjang laluan cantik betul.  Serius aku kagum.

 
Gunung Jerai
 
 
Air Terjun Puteri Mandi, aku bermalam tepi air terjun ni dulu.
 


















Gunung Trusmadi - terletak di Tambunan, Sabah merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian 2,462 meter.  Aku menggunung di Trusmadi tahun 2005 rasanya.  Antara keunikan Trusmadi ialah floranya.  Salah satu spesis nephentis atau periuk kera di sini dikatakan terbesar di dunia.  Selain itu ada satu kawasan yang dipenuhi lumut, sebijik macam hutan dalam cerita Lord of the Ring...waktu aku lalu kawasan tu, suram dan berkabus...creepy.  4 hari 3 malam juga aku menggunung di sini.                                                                                                       
Puncak Trusmadi

Gunung Api - Gunung Api, dikenali sebagai Pinnacles yang terletak di dalam tapak warisan UNESCO Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak. Ia dikenali sebagai Pinnacles kerana menarik lancar bermata cukur batu kapur kars formasi, yang terhasil daripada hakisan air sepanjang abad-abad lalu. Gunung itu sendiri tidak sangat tinggi kebanyakan pembentukan kemuncak yang lebih menakjubkan hampir ke puncak tetapi tidak perlu untuk sampai ke sidang kemuncak itu sendiri. Bagaimanapun ia boleh yang agak sukar naik gunung untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan. Mendaki curam di pelbagai tempat dan diselang dengan jurang yang disebabkan oleh hakisan struktur batu kapur gunung. Park Rangers telah memperoleh tangga logam, disusun rata, menyambungkan bahagian atas tiang batu kapur untuk berunding jurang tersebut. Pelawat perlu bersedia untuk pergi pada merangkak semasa berjalan di atas tangga itu. Mana-mana pelawat ke Taman Negara Mulu sendiri harus cuba untuk menghabiskan beberapa hari lagi kagum dengan tertanya-tanya ini dan menikmati rasa sebenar pencapaian dan pengembaraan apabila mencapai destinasi.  (Macam bangang ayat  guna Google translate).  Aku sampai sini tahun 2005 rasanya

 
Rakan menggunung, Bob
  
Ceracak batu kapur, ikon Taman Negrara Mulu

Gunung Sibayak, Sumatera Utara - Menghadap ke kota Brastagi di Sumatra Utara. Orang Batak Karo menyebut gunung Sibayak dengan sebutuan "gunung Raja". Gunung Sibayak merupakan gunung berapi dan meletus terakhir tahun 1881. Gunung ini berada di sekitar 50 kilometer barat daya Kota Medan. Tingginya 2,212 meter.  Aku sampai sini tahun 2008 rasanya.

Wap-wap sulfur masih menyembur keluar dari puncak Sibayak.  Bau telur tembelang.



Berhampiran kawah Sibayak


Boleh tahan sejuk



Nanti kalau rajin aku tulis pasal menggua pulak.  Boleh tahan banyak gua-gua yang aku dah pegi.  Aku harap aku terus sihat dan panjang umur nak teroka bumi Allah ni...

Friday, October 7, 2011

Malaysia 0 - 5 Australia...Padan Muka!!!

Aku tengok sampai terlelap.  Punya la boring.  Tak menarik langsung permainan Malaysia.  Serupa gampang.  Nasib baik kena 5 bijik je.  Australia tak turunkankan ramai player utama dia yang main kat Eropah.  Kalau Lucas Neil, Tim Cahill, Herry Kewell turun, mungkin lebih teruk Malaysia kena belasah.  Arrghh...aku malas nak mengumpat team Malaysia lebih-lebih.  Baca je la artikel bawah ni yang aku cedok dari Soccernet.

++++

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan fenomena iklan Ramli TM, kisah seorang anak muda Malaysia yang mencipta nama sebagai pemain bolasepak di Manchester United. Tentang bagaimana Ramli yang ketika kecil berjaya skor gol diherdik bapanya kerana tidak skor banyak A dalam peperiksaan seperti anak jiran sebelah, tetapi akhirnya muncul sebagai pemain bolasepak profesional Manchester United bila dewasa, mencetus rasa bangga di kalangan rakyat Malaysia dan bapanya sendiri.
Fenomena Ramli TM muncul di waktu peminat bolasepak Malaysia sendiri dibuai angan-angan mahu melihat pemain tempatan beraksi di England. Pada masa yang sama juga kita sedang kecoh tentang bagaimana adanya rakyat Malaysia yang membeli kelab bolasepak di England atau bagaimana syarikat konglomerat Malaysia menjadi penaja kelab bolasepak di England.

Tidak ada salahnya, kalau TM mahu berfantasi tentang Ramli yang bermain di Manchester United, atau Tony Fernandes melabur duit poket sendiri membeli Queens Park Rangers, Genting jadi penaja jersi Aston Villa, Vincent Tan jadi pemilik Cardiff City dan Mister Potato bersekutu dengan Manchester United. Ini semua pilihan peribadi dan dibuat atas timbang rasa perniagaan. Tidak ada sebab Mister Potato, yang kilangnya di Melaka mahu jadi penaja untuk pasukan bolasepak Melaka yang hidup segan mati tak mahu.

Jadi bila TM keluar duit buat iklan Ramli ke Manchester United, kita tidak boleh salahkan TM. Tidak lama dulu TM sudah keluarkan jutaan ringgit menaja liga bolasepak tempatan yang majoriti rakyat Malaysia tidak ambil peduli. Adalah lebih bijak dan waras dari segi perniagaan untuk TM buat iklan syok sendiri yang membuai angan-angan Mat Jenin rakyat Malaysia, walaupun impak positif iklan ini kepada bolasepak Malaysia langsung tidak ada jika dibandingkan dengan penajaan liga tempatan oleh TM dulu.

Yang bersalah rata-rata ialah rakyat Malaysia sendiri. Kita kuat sangat berangan dan mudah berada di awangan. Baru saja Malaysia bergelar juara bolasepak Sukan SEA dan Piala AFF kita sudah berfikir yang bukan-bukan. Kecoh bercakap tentang si polan ke Jerman, si anu ke England. Tentang kononnya berpuluh kelab bolasepak Eropah kini mengintip pemain Malaysia. Tidak cukup dengan itu, kita tumpang bangga bila ada orang-orang kaya di kalangan kita melabur duit membeli kelab bolasepak luar negara. Dan tanpa segan silu, kita meroyan mahukan orang-orang kaya ini membawa pemain tempatan kita bermain untuk kelab mereka. Semua atas dasar kredit dan bukan merit.

Bolasepak Malaysia memang dah lama sakit, bermula dari tingkat atas Wisma FAM merebak sampai ke akar umbi. Rupa-rupanya peminat bolasepak Malaysia juga tak ketinggalan sakit. Sakit yang mula-mula disangkakan sekadar memenuhkan restoran mamak setiap malam minggu demi bolasepak orang lain, tetapi rupanya jauh lebih teruk dari itu. Kita sekarang sedang sakit jiwa. Sakit jiwa mahukan pemain tempatan kita yang tidak sehebat mana bermain bolasepak orang lain, sakit jiwa mahukan orang-orang kaya di kalangan kita terus melabur duit majukan kelab bolasepak orang lain bukannya kelab bolasepak kita sendiri (apa nak buat, bukannya kita benar-benar ada kelab bolasepak yang sejati pun).

Jadi juara Sukan SEA atau Piala AFF layaknya adalah sekadar juara kampung, Juara di kalangan negara Asia Tenggara yang bolasepak mereka sendiri pun hanya taraf melukut tepi gantang di benua Asia (baru Asia, belum taraf seantero dunia ya!). Ya pemain macam Safee Sali hebat tetapi hanya di Asia Tenggara, bukan hebat di Asia. Dan keghairahan kita mahukan pemain macam Safee Sali serta ramai lagi bermain di Eropah untuk apa? Adakah kita berfikir dengan cara ini bolasepak kita boleh maju?

Kita kena muhasabah diri. Kurangkan angan-angan Mat Jenin tentang munculnya anak muda seperti Ramli, yang entah datang dari mana (turun dari langit agaknya) dan bermain di Manchester United. Dalam senario bolasepak Malaysia seperti sekarang menunggu lahirnya insan seperti Ramli ialah seperti menunggu kucing bertanduk. Tak ada gunanya berangan tentang anak muda Malaysia bermain bola di padang yang lebih hijau di sebarang laut kalau di padang bola kita sendiri kita gagal hendak mengubahnya.

Tanya diri sendiri, agak-agak 20 tahun dulu tauke-tauke Mitsubishi, Nissan, Toyota atau Yamaha menghabiskan duit mereka untuk kelab bolasepak England atau kelab bolasepak kilang masing-masing?

Tanya diri sendiri, agak-agak 20 tahun dulu pernahkah Samsung atau LG menghabiskan duit buat iklan tentang anak muda bernama Park yang bermain untuk kelab bolasepak di Eropah?

Tanya diri sendiri, agak-agak 20 tahun adakah peminat bolasepak Jepun atau Korea sibuk berangan dan berkempen mahu menghantar pemain bolasepak mereka yang ketika itu tidaklah sehebat mana pun ke Eropah?

Habis apa agaknya yang Jepun dan Korea buat 20 tahun dulu, sebelum hari ini mereka boleh berbangga mempunyai ramai anak muda mereka bertaburan di kelab-kelab Eropah sana?

Dari sini kita kena sedar satu perkara asas. Bolasepak sebuah negara bukan dimajukan dengan menghantar satu atau dua pemain bermain di liga bolasepak negara lain yang lebih maju. Ia juga tidak dimajukan dengan mempunyai rakyat tempatan yang kaya-raya dan membeli kelab bolasepak luar. Jauh sekali ia dapat dimajukan dengan mempunyai syarikat seperti TM, Mister Potato, Genting atau Tune jadi penaja liga bolasepak negara lain.

Kita kena ikut resam bolasepak negara seperti Jepun dan Korea, atau Australia dan Amerika Syarikat. Mereka ini semua 20 tahun dulu mempunyai liga bolasepak yang hidup segan mati tak mahu. Tetapi atas kesedaran sendiri mereka rombak liga mereka, tubuhkan kelab bolasepak yang benar-benar kelab bolasepak sejati dan mulakan program pembangunan akar umbi secara menyeluruh. Hasilnya hari ini, biarpun bukan bertaraf kuasa bolasepak dunia, tetapi 4 negara ini adalah peserta tetap Piala Dunia.

Janganlah kita jadi Mat Jenin, apa pun tiada tapi angannya lebih. Jangan juga kita jadi rabun dekat, bola seberang laut kita nampak tapi apa yang di depan mata kita butakan begitu saja.