Wednesday, May 5, 2010

siri lawak fizi : layan durian

Kitorang baru balik dari Lata Tembakah, Terengganu.  On the way ada durian tepi jalan.  Hon lebih kurang, sorang pakcik umur dalam 60an keluar dengan berkain pelikat gulung tinggi baju tak pakai.

Gua     : selonggok berapa ni pokcik??
Pakcik : 25 riya (25 ringgit)

Gua hulur duit tak banyak kerenah.  Gua capai parang jenis nak lahap cepat-cepat pasal gua mmg suka durian.  Pakcik tu terus membebel-bebel nak bercerita kisah duriannya.  Bijik butir bual pakcik tu haram gua tak paham pasal loghat T'ganu pekat giler.

Fizi      :  pakcik...pakcik pegi tido la...

Gampang Fizi, kurang ajar lu.  Gua makan durian sambil air mata mengalir tahan ketawa.

2 comments:

  1. hahaha! ini budak memang kurang ajar zam!

    ReplyDelete