Tadi balik kerja aku pegi pos box umah aku check surat. Macam biasa takde surat untuk aku. Ada surat untuk Mohd. Yazid bin Sukami je. Aku punya tahap marah kat makhluk bernama Mohd Yazid bin Sukami memang dah tak mampu dibendung. Kami tak tinggal serumah. Aku tak kenal dia. Dan aku yakin dia juga tak kenal aku. Yang buat rasa marah aku makin menaik, apahal surat-surat dia asyik sampai ke rumah aku??? Aku duduk rumah aku sekarang ni dah masuk 4 tahun. Aku terima bil Astro dan Digi je sebulan sekali. Nak harapkan surat dari makwe makwe memang tak boleh nak harap. Masalahnya sekarang, surat untuk Mohd Yazid bin Sukami ni selalu ada dalam pos box rumah aku. Seminggu dalam 4-5 keping. Korang bayangkan dah 4 tahun...52 minggu x 4 tahun x 5 pucuk surat = 1040 keping. Apa jadah aku nak buat dgn surat-surat dia tu??
Aku buat keputusan bukak beberapa keping surat2 dia. Ceh, semua surat mintak hutang. Celaka. Ada surat dari MARA, surat hutang kredit kad HSBC, UOB dan Citibank. Hutang kad kredit je dah nak sampai RM50,000.00. Aku malas nak bukak surat2 yg lain. Kalau aku rajin, mesti aku jumpa surat hutang TEKUN, PTPTN, Koperasi ntah mana-mana, hutang beli kereta, hutang along, hutang ceti, hutang makwe makwe, hutang saudara mara dan dari peminjam-peminjam wang yang lain.
Aku terbayang watak Mohd Yazid bin Sukami. Dari no kad pengenalan, dia ni baya-baya aku je. Aku syak orangnya mesti sangat pandai bergaya pasal ada kad kredit banyak. Sesuai dengan gelaran orang sekarang, jejaka metroseksual...serupa gampang gelaran!! Pegi kerja lengan baju takde lipat-lipat, baju kemeja body fit, seluar slack kain lembut ikut kaki, kasut bertumit tajam di depan bila bejalan bunyik keletuk keletak. Pakai tie dari siang membawak ke malam. Pikul beg lap top ke sana ke mari. Dan tidak ketinggalan rambut pacak ada kaler kuning kuning...andaian aku berdasarkan jumlah kad kredit yg beliau ada dan jumlah hutangnya sekali. Aku jugak syak, disebabkan malas bayar hutang...dia lari duduk tempat lain. Maka surat-surat tuntut hutang yg banyak ni tertanggung di atas batu jemala patik. Dah jadi satu kerja pulak aku nak pegi buang surat-surat ni...celaka!!
Aku heran, kenapa la pegi berutang banyak-banyak. Nasib baik aku selalu nasihat diri aku sendiri jangan suka berhutang. Nasib baik jugak aku nak dengar nasihat. Kesan dari asyik mendengar nasihat dari diri sendiri, aku tak berhutang. Seingat aku, aku takde hutang wang ringgit dengan sesiapa. Hutang budi banyak la, itu pun tak payah bayar pasal hutang budi dibawa mati...kan kan?? Kesan buruk akibat tak nak berhutang itu, aku takde harta...kehkehkeh...leceh juga sebenarnya...
Berbalik kepada Mohd Yazid bin Sukami, aku harap beliau segera selesaikan hutang-hutang beliau. Bukan apa, aku dah malas nak melayan surat-surat dia ni. Banyak lagi kerja-kerja lain aku nak buat. Nak tulis blog, nak main fb, nak tengok tv, nak baca buku, nak usha awek, nak minum teh, nak makan nasik, nak isap rokok, nak iron baju...bab iron baju pun satu hal juga. Sape la gatal-gatal pegi cipta seterika...kalau takde seterika, semua orang pegi keje pakai baju kedut. Ni kalau baju aku sorang yg berkedut, mula la timbul cakap-cakap belakang nanti. Nak mengumpat je tahunya heh!!!
jaga2 kau takut along silap org...ha..ha..ha
ReplyDeletepenyewa sebelum lu barangkali..
ReplyDelete(jawa peranakan)
zam ali, salam
ReplyDeleteMohd.yazid nih kes berat
jumpa dokter pasti takde ubat
jangan sampai kamu tak larat
aku nih, 40 tahun jamin suku sakat
depa cari dapat
aku buat sembahyang hajat.
Terima kasih kerana sudi jadi pengunjung saya.
pak hashim, steady lepih!!!
ReplyDeletebest ni
ReplyDeletecuba kau pergi facebook dia kat http://www.facebook.com/beruang.madu
ReplyDelete