Sunday, January 31, 2010

Rubik's Cube

Korang penah main menatang ni?  Namanya Rubik's Cube.  Rubik's Cube dicipta oleh Erno Rubik, seorang profesor bidang arkitek berbangsa  Hungary pada tahun 1974.  Puzzle mekanikal 3D  bersaiz 3"x3"x3" ini seterusnya dipaten dan dijual oleh Erno Rubik kepada Ideal Toy yg berpengkalan di New York pada tahun 1980.

Sampai sekarang, menatang Rubik's Cube ni sudah terjual lebih daripada 350 juta unit  dan menjadi permainan puzzle terlaris di dunia.  Dianggarkan 1/5 dari penduduk dunia pernah main menatang ni.

Masa aku sekolah rendah dulu, tengah tahun 80an, aku ada satu menatang ni.  Beli kat Emporium Jaya, Raub.  Puas aku merengek-rengek mintak kat abah belikan masa ikut dia pegi pekan Raub nak keluarkan duit pencen askar. 2 minggu je aku layan.  Lepas tu haram barai entah ke mana.  Tak pernahnya aku berjaya settlekan.  Paling hero aku mampu buat, 2 muka je yang kaler sama.  Lagi 4 muka masih kucar-kacir.  Alih-alih aku cabut kiub-kiub tu susun cantik-cantik pastu eksen dengan kawan aku dapat settlekan. Itu je helah licik yg mampu aku pikir.  

Itu cerita tahun 80an.  Baru-baru ni masa cuti sekolah aku ada pegi rumah abang aku.  Sekali aku nampak menatang Rubik's Cube ni ada.  Sambil-sambil nak tunggu makan, aku cuba2 la settlekan menatang yg tgh kucar kacir keadaannya.  Mcm gampang, satu muka je aku dapat buat.  Anak buah aku yang darjah 2 sengih-sengih pandang aku.  Aku yang pantang diperkotak-katikkan oleh budak-budak, jadi panas.

"Apa lu sengih-sengih?? Kalau lu terer, cuba kasi setel" ujar aku sambil campak Rubik's Cube ke muka anak sedara setelah aku kasi kucar-kacir hampir 2 minit.

Celaka, tak sampai 2 minit dia settlekan menatang Rubik's Cube ni.  Anak sedara aku tu ada 3 beradik.  Rekod yg sulung pegang, lelaki darjah 6.  Dia boleh kasi setel 46 saat je.  Yang nombor 2 pompuan darjah 5...pun handal, average bawah 1 minit...yg kecik tu je slow sikit, tapi sambil sengih-sengih boleh kasi settle 6 muka Rubik's Cube.  Aku  rasa tercabar, mana boleh aku kalah dengan budak-budak hingusan yang tuang air dalam cawan pun kadang-kadang tumpah.

"Alah...ingat boleh setelkan benda tu hebat? Lawan arm wrestling dgn pak anjang, korang tak pernah menang kan? kan?" ujar aku sambil angkat-angkat kening kat anak-anak buah...

Saturday, January 30, 2010

Ustazah Sapinah

Ini cerita masa aku tingkatan satu, tahun 1988.  Lama aku pendam kisah ni.

Cikgu kelas aku nama dia Sapinah, aku lupa dia punya binti.  Tapi itu tak penting.  Suami dia nama Maketar, pun aku lupa bin apa, itu juga tak penting.  Ustazah Sapinah mengajar Bahasa Arab, bahasa pertuturan 290 juta umat di Asia Barat dan Utara Afrika, tapi aku haram tak pandai cakap Arab.  Untuk apa subjek itu diajar di sebuah sekolah berasrama penuh dalam daerah Raub pun aku tak tahu.  Itu pun tak penting juga dalam cerita ni.

Satu hari lepas mengajar, sebelum tinggalkan kelas, "Zam, nanti anta masa rehat datang bilik guru jumpa ana." kata Ustazah.

"Naam, ustazah..."  Aku balas dengan Bahasa Arab ringkas.  Itu je pun yang aku tau. 

Otak aku mula pikir...apasal Ustazah suruh jumpa dia pulak ni? Aku ada buat salah ke?  Rasanya takde.  Baru 3-4 bulan masuk sekolah asrama, aku belum berani nak menggangster lagi.  Baru peringkat cuba-cuba nak menakal je. Nak kata aku ada masuk asrama pompuan, macam senior, aku belum buat...baru pasang niat dalam hati.  Takkan ustazah boleh tau niat aku.  Tapi mungkin juga, dia kan ustazah, hati sucinya mungkin boleh baca niat aku. 

Dada aku mula berdebar, time rehat rasa macam lambat nak tiba.  Subjek lain lepas itu aku tak boleh fokus.

Time rehat tiba.  Aku melangkah longlai ke bilik guru.  Otak pikir macam-macam. Sampai di bilik guru, Ustazah Sapinah ada di mejanya.  Gugup aku bertambah. 

"Assalamualaikum..." sapaku lembut.

"Waalaikumsalam, duduk la..." jawab Ustazah sambil tunjuk kerusi di depan mejanya.
"Ana tanya, anta jawab jujur tau..." kata Ustazah masa aku tengah cari posisi duduk yang sedap.

Perghhh...dada aku rasa nak rabak bila Ustazah cakap macam tu, tapi muka maintain manis.

"Keluarga anta orang susah ke?" terpacul soalan dari mulut Ustazah.

"Errr...biasa je Ustazah, tak senang tak susah..." aku jawab nada bingung.
Aku bagi jawapan paling logik yang mampu aku pikir.  Apa jadah soalan tu?? Debar mula menyusut.  Tapi soalan soalan susulan selepas itu buat aku tertanya-tanya. 

Ayah kerja apa? Mak kerja apa? Adik beradik berapa orang? Abang sulong kerja mana? kakak la...adik, semua ditanya, sampaikan abah aku bagi duit belanja berapa ringgit pun dia tanya.  Sebabkan dia ustazah, aku bagi jawapan jujur dan seikhlas mungkin.  Ikutkan akal licik aku, mahu je aku kelentong mana-mana yang patut.
"Kalau macam tu, anta ni takde la susah...tapi kenapa anta ambil upah menjahit???"
Choiii...gampang betul, entah kutu mana bukak cerita ni sampai ke Ustazah Sapinah. 

Mak aku pandai menjahit, secara otomatik aku pun dapat la tempias. Setakat nak jahit butang baju, benang tertetas, koyak kecil-kecilan, aku steady je jahit balik.  Bila nak masuk asrama, mak bekalkan aku benang dan jarum. Kalau ada pakaian aku yang koyak, boleh la aku jahit sendiri.  Tak payah tunggu balik kampung.  Lagipun, tak manis la budak hensem macam aku pakai baju koyak. Boleh menimbulkan cakap-cakap belakang nanti.
"Benang dengan jarum ana yang punya Ustazah, lepas tu bila kawan-kawan kat bilik mintak tolong jahit kain baju dorang yang terkoyak, ana charge la lebih kurang.  Lemak la diorang kalau service ana kasi free..."  Terang aku lebih kurang ke Ustazah.

Setelah puas hati dengan penjelasan itu, ustazah lepaskan aku pegi rehat.

Aku terharu.  Terharu ustazah ambik berat pasal aku...aku juga terharu pasal reputasi crook yang cuba aku bina tercalar dengan cerita ambil upah menjahit. Mafia mana ada ambil upah menjahit woi!!!  Rasa nak baling selipar je sape yang bukak cerita.  Tapi nasib baik akal pintar aku suruh diamkan je perkara ni.  Benda kecik tak kan sampai nak putus kawan, ye tak??

+++

Doakan Ustazah Sapinah sejahtera selalu.

Thursday, January 28, 2010

Birthday Present

Surat Beranak Tulis :  29 Jan 1975, Rabu 4.15 ptg.


Maknanya esok petang genap la 35 tahun...esok la birthday aku.  Hadiah birthday jgn cerita...kek 3 tingkat, kasut lampu lampu, kereta kontrol, lego, kasut roda, senapang ala-ala M16, sambutan di restoran makanan segera...semua aku tak pernah dapat. Satu hari aku tanya mak, untuk menuntut keadilan.


aku  : mak kenapa orang tak pernah dapat hadiah hari jadi?
mak : nak hadiah apa lagi? Hari-hari mak sembahyang doakan anak-anak mak sihat sejahtera, hidup gembira...jadi orang baik.  Kira hadiah la tu...


Amacam? Sejak tu, aku tak pernah mengharap hadiah harijadi, doa mak aku dah cukup champion utk jd King of Hadiah. Tapi...mana la tau kot kejap-kejap lagi ada kawan-kawan call nak belanja bercuti ke oversea main main salji, boleh la aku consider balik takhta King of Hadiah tu...heehe

Wednesday, January 27, 2010

Kepala Babi...


Macam2 cara digunakan nak menyakitkan hati.  Yang terbaru guna kepala babi.  Babi hutan pulak tu. Aku terfikir, punya la berusaha empunya diri yg buat angkara.  Si Polan itu sanggup pegi cari kepala babi hutan.  Padahal nak memcari babi hutan, susah.  Bila dah dapat, sanggup pulak dia berjaga...keluar pukul 3-4 pagi pegi letak kat masjid. 


Macam tu jugak la yg pegi bakar atau simbah cat kat gereja.  Pegi beli petrol, cari botol, buat molokov coctail...pegi beli cat.  Sanggup berusaha susah payah berjaga malam nak buat benda2 tak senonoh.  Demi nak menyakitkan hati orang lain...bongok.


Cuba lepas ni, usaha dan susah payah yang sama kita guna untuk buat karipap, pastu sedekah kat jiran2 xkira la jiran tu bangsa apa pun.  Buat karipap xde la susah mcm nak carik kepala babi hutan...xde la bahaya mcm buat bom.  Mesti jiran kita suka dapat karipap free.  Senang je sebenarnya nak hidup aman damai.  Guna karipap pun boleh.  Itu pun tak reti nak pikir...otak udang. 


2010

Masa untuk aku membelakang kirakan kerja.  Apa saja yang boleh mendatangkan duit aku nak buat.  Aku bukan nak hidup kaya raya, ada sikit duit buat aku pegi melancong dah cukup baik.  Jalan2 tengok tempat orang bikin aku tenang.  Bajet ciput, aku round Asean.  Bajet lebih, mahu jugak merasa main salji kat Mount Blanc, tengok Innuit tangkap anjing laut kat Alaska, tunggang ilama ke Macchu Picchu kat Peru, layan white water rafting kat Sg. Colorado, Grand Canyon, trekking ke Angel Fall, Venezuala...ah, macam2 lagi la.  Ada dalam 100-200 juta, nak jugak merasa naik roket jadi pelancong angkasa.  Nasib baik aku pakai cermin mata, kalau tidak aku dah apply jadi angkasawan itu hari.  Apa la sangat setakat nak makan roti canai dan main gasing kat angkasalepas. Berbelas tahun aku makan gaji, sebijik ferrari pun aku tak mampu beli...