Friday, October 12, 2012

Kisah Klasik Untuk Masa Depan...

A guy will always be a boy.

"Nanti papa dah tua Alia belikan la papa banglo.." kata aku kepada Alia.

"Alia boleh bagi papa duduk banglo, tapi papa duduk la sama orang-orang tua yang lain...hahahaha" balas Alia sambil ketawa entah apa yang lucu.

Klasik, aku nak ditempatkan di rumah orang-orang tua.  Bertuah punya budak.  Heh!!

Tuesday, October 9, 2012

Tabiat Sewaktu Mesyuarat

Aku perati, sekarang ni bila time mesyuarat, masing-masing letak gajet canggih atas meja.  Segala jenis henfon canggih jenis kuis-kuis pakai jari ada.  Pegawai dari golongan generasi Y yang banyak buat kelaku macam ni.  Aku perati, generasi X dan baby boomers yang IT imigran, kurang sikit buat perangai kuis-kuis henfon time meeting.

Dulu, time mesyuarat masing-masing akan silent modekan henfon dan simpan dalam kocek.  Kalau perempuan, simpan dalam handbag.  Ada yang lupa silent kan henfon, henfon berbunyi, kelam kabut off.  Orang keliling akan pandang serong.  Dulu la..dulu.

Sekarang, henfon memang sengaja dipamerkan.  Bercakaplah pengerusi mesyuarat di depan sorang-sorang, ahli-ahli lain sibuk kuis-kuis henfon.

+++

Tadi aku pergi mesyuarat.  Macam biasa ahli mesyuarat sibuk kuis-kuis henfon masing-masing.  Aku yang takde henfon kuis-kuis, kuis-kuis mee goreng masuk ke mulut.  Heh!!! Dah sejuk...tak sedap.

Monday, October 8, 2012

Into The Wild...

Duduk opis lama-lama buat sakit otak sama lemah badan.  Dah lama sangat rasanya aku tak melasakkan badan.  Bersukan pun jarang.  Aku suka trekking dalam hutan.  Walaupun dia punya penat tak tahu nak kata, tapi bila sampai destinasi...memang puas hati.


 
Maliau Basin, Sabah
Pacat .

Bengkak digigit pacat








Monday, October 1, 2012

Oppa Labuan Style Versi Haram


“Tarian Gangnam haram ye papa?” tanya Alia.

 Aku terdiam.  Aku hela nafas panjang.  Pejam mata.  Sekejap.  Pejam mata lama-lama, masuk ke longkang pulak kereta.

 Aku kenang balik ajaran arwah Ustazah Che Ah, Ustazah Shamsiah, isteri arwah Pak Iman Sabri, Ustazah Sapinah, Ustaz Maketar, Ustaz Abu Talib, Ustaz Amran. Diorang ni semua ustazah dan uztaz masa zaman aku sekolah, dari sekolah rendah sampailah ke tingkatan 6.

 Tak lupa juga aku kenang balik segala sesi taklim dan tazkirah zaman duduk asrama di Semesta dengan Arwah Abg Zamri, Fakrul, Fizi, Anta dan kawan-kawan yang terlibat dengan Al-Arqam dulu.

 Juga tak dilupa, aku juga kenang balik sesi ceramah agama di tv terpaksa tengok zaman budak-budak dulu pasal mak dan abah tak bagi tukar channel lain, dan terkini, sekali sekala layan Uztaz Don dan video-video ceramah di Youtube dan blog Ustaz Asri.

 Walaupun kadang-kadang aku terbarai juga dan bukan seorang yang berkelayakan membicarakan soal halal haram, soalan Alia aku kena jawab.  Mesti.

 Aku lepas nafas slow-slow.

“Bukan tarian Gangnam je haram…semua tarian haram sebenarnya!”  tegas aku cakap.
“Kenapa?” soal Alia lagi.
“Sebab menari tak tutup aurat, yang tengok pulak bukan muhrim…” aku tambah.
“Abis tu tak boleh la Alia menari..??” Alia bernada tak puas hati.
“Boleh, nanti Alia dah kawin, Alia menari la untuk suami Alia kehkeh…”

+++

 Sejak duduk Labuan, dah 3-4 kali Alia ikut show menari, dapat la 3-4 ratus…buat beli top-up sama baju raya itu hari.