Tuesday, October 9, 2012

Tabiat Sewaktu Mesyuarat

Aku perati, sekarang ni bila time mesyuarat, masing-masing letak gajet canggih atas meja.  Segala jenis henfon canggih jenis kuis-kuis pakai jari ada.  Pegawai dari golongan generasi Y yang banyak buat kelaku macam ni.  Aku perati, generasi X dan baby boomers yang IT imigran, kurang sikit buat perangai kuis-kuis henfon time meeting.

Dulu, time mesyuarat masing-masing akan silent modekan henfon dan simpan dalam kocek.  Kalau perempuan, simpan dalam handbag.  Ada yang lupa silent kan henfon, henfon berbunyi, kelam kabut off.  Orang keliling akan pandang serong.  Dulu la..dulu.

Sekarang, henfon memang sengaja dipamerkan.  Bercakaplah pengerusi mesyuarat di depan sorang-sorang, ahli-ahli lain sibuk kuis-kuis henfon.

+++

Tadi aku pergi mesyuarat.  Macam biasa ahli mesyuarat sibuk kuis-kuis henfon masing-masing.  Aku yang takde henfon kuis-kuis, kuis-kuis mee goreng masuk ke mulut.  Heh!!! Dah sejuk...tak sedap.

2 comments:

  1. Pengerusi mesyuarat dari geng baby boomers pun ikut kuis tablet masa aku tengah buat presentation.... aku balas dendam la balik kuis henpon bila time pengerusi bercakap.... Padan muka ko pengerusi.... macam tu la aku rasa bila ko tak boleh nak bagi arahan suruh ahli korum berenti kuis henpon/tablet... kuis mee goreng sudah la.....

    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  2. pengerusi sepatutnya kuis keluar bilik mesyuarat org yg asyik kuis kuis henfon...

    ReplyDelete