Permohonan buat pasport antarabangsa Alia dan Lutfil tak lulus sebab aku takde surat hak penjagaan.
"Hak penjagaan anak-anak kami secara mutual understanding bersetuju untuk sama-sama menjaga" aku kata ke pegawai imigresen.
"Kena ada surat Hak Penjagaan Bersama dari mahkamah sebab anak encik masih di bawah 18 tahun" kata pegawai imigresen.
Aku bayangkan proses yang bakal dilalui untuk mendapatkan sekeping surat itu. Kena pergi court, daftar kes, tarikh tak tahu bila pulak dia nak panggil. Kena pergi court lagi untuk bicara...dan semuanya perlu dibuat di Kuala Lumpur...
+++
"Kenapa kerajaan nak masuk campur hal keluarga kita...kerajaan tak adil.." Lutfil bernada hampa.
Aku senyum kelat. Shit happened sometimes.
Thursday, October 25, 2012
Friday, October 19, 2012
Taboo Tahap Tak Patut
Baru-baru ini aku ada jumpa seorang pegawai pemasaran. Kami bincang macam mana nak meningkatkan pendapatan iklan dan langkah-langkah yang digunapakai selama ini. Pegawai pemasaran tu bagi tau yang selama ini kami tidak boleh menyiarkan iklan tuala wanita. Aku hairan. Kompeni tuala wanita yang biasanya dari syarikat besar macam Johnson & Johnson, Procter & Gamble, Uniliver dan lain-lain mempunyai bajet besar dalam pengiklanan. Rugi besar kalau kita tak ambil peluang itu. Sering juga aku nampak iklan tuala wanita di waktu puncak, yang harga iklannya tentulah mahal. Produk tuala wanita juga sering menaja program-program wanita di televisyen.
Mungkin produk tuala wanita sesuatu yang taboo pada pemikiran si pembuat dasar. Entah apa yang taboo aku pun tak tahu. Aku masih ingat, dari kecik mak dan kakak-kakak aku pernah kirim beli tuala wanita kalau pergi ke kedai. Sekarang ni, selalu je aku beli pantyliner atau tuala wanita untuk Alia.
Pada aku dasar yang diamalkan amatlah tidak patut dan merugikan. Pendapatan iklan menjadi keutamaan dan menjadi salah satu KPI kepada pengarah-pengarah. Tapi dasar yang dilaksanakan bertentangan dengan matlamat. Tak patut. Aku rasa si pembuat dasar masih menyokong penggunaan kain buruk sebagai "penyerap kekotoran".

Thursday, October 18, 2012
Menganga di seminar, wajah Keanu Reeves tiba-tiba menerpa.
Tadi aku pegi seminar. Business Empowering Series tajuknya. Anjuran TM, yang tukang cakap juga dari TM dan VADS, anak syarikat TM. Tukang cakap bercakap mengenai produk-produk baru berkaitan IT yang terdapat di pasaran. Antaranya Cloud Computing.
Sebagai seorang IT imigran dan tidak pernah belajar hal-hal IT secara formal, dan juga mungkin faktor umur, aku hadapi masalah nak digest apa yang tukang cakap cakapkan. Aku menganga bila tukang cakap menggunakan terma-terma teknikal bidang IT. Tambah buat aku menganga bila tukang cakap bagi tahu yang dalam Cloud Computing, semua infra adalah maya. Virtual. Tak wujud secara fizikal. Nak paham cerita Matrix lakonan Keanu Reeves pun aku terkial-kial, inikan pulak nak paham benda-benda IT dalam masa 2-3 jam.
Di akhir sesi cakap-cakap, ada lucky draw. Hadiah lumayan. Ada henfon kuis-kuis, ipod, external hard disk. Semua aku tak dapat. Memang tiada luck. Cilake betul. Menganga tambah besar. Teringat bait lagu Maxi Priest...
someguy have all the luck...
someguy have all the pain...
someguy have a little sunshine in their's life..
my life is always filled with rain...
+++
Balik opis aku google pasal Cloud Computing, ahhh virtual private network (VPN) ni dah ada sejak awal 90an. Lagi banyak yang aku baca, lagi banyak yang aku tak tahu rupanya...kehkeh.
Friday, October 12, 2012
Kisah Klasik Untuk Masa Depan...
A guy will always be a boy. |
"Nanti papa dah tua Alia belikan la papa banglo.." kata aku kepada Alia.
"Alia boleh bagi papa duduk banglo, tapi papa duduk la sama orang-orang tua yang lain...hahahaha" balas Alia sambil ketawa entah apa yang lucu.
Klasik, aku nak ditempatkan di rumah orang-orang tua. Bertuah punya budak. Heh!!
Tuesday, October 9, 2012
Tabiat Sewaktu Mesyuarat
Aku perati, sekarang ni bila time mesyuarat, masing-masing letak gajet canggih atas meja. Segala jenis henfon canggih jenis kuis-kuis pakai jari ada. Pegawai dari golongan generasi Y yang banyak buat kelaku macam ni. Aku perati, generasi X dan baby boomers yang IT imigran, kurang sikit buat perangai kuis-kuis henfon time meeting.
Dulu, time mesyuarat masing-masing akan silent modekan henfon dan simpan dalam kocek. Kalau perempuan, simpan dalam handbag. Ada yang lupa silent kan henfon, henfon berbunyi, kelam kabut off. Orang keliling akan pandang serong. Dulu la..dulu.
Sekarang, henfon memang sengaja dipamerkan. Bercakaplah pengerusi mesyuarat di depan sorang-sorang, ahli-ahli lain sibuk kuis-kuis henfon.
+++
Tadi aku pergi mesyuarat. Macam biasa ahli mesyuarat sibuk kuis-kuis henfon masing-masing. Aku yang takde henfon kuis-kuis, kuis-kuis mee goreng masuk ke mulut. Heh!!! Dah sejuk...tak sedap.

Monday, October 8, 2012
Into The Wild...
Duduk opis lama-lama buat sakit otak sama lemah badan. Dah lama sangat rasanya aku tak melasakkan badan. Bersukan pun jarang. Aku suka trekking dalam hutan. Walaupun dia punya penat tak tahu nak kata, tapi bila sampai destinasi...memang puas hati.
Maliau Basin, Sabah |
Pacat . |
Bengkak digigit pacat |
Monday, October 1, 2012
Oppa Labuan Style Versi Haram
“Tarian Gangnam haram ye papa?” tanya Alia.
“Bukan tarian Gangnam je haram…semua tarian haram sebenarnya!” tegas aku cakap.
“Kenapa?” soal Alia lagi.
“Sebab menari tak tutup aurat, yang tengok pulak bukan muhrim…” aku tambah.
“Abis tu tak boleh la Alia menari..??” Alia bernada tak puas hati.
“Boleh, nanti Alia dah kawin, Alia menari la untuk suami Alia kehkeh…”
+++
Subscribe to:
Posts (Atom)