Saturday, January 14, 2012

Kenangan Menusuk Kalbu Sewaktu Berjoging

Pagi tadi lepas hantar Lutfil pegi sekolah, aku ajak Alia joging.  Hari masih awal.  Baru pukul 7 pagi.  Aku masuk kerja 8.30.   Alia pulak sekolah sesi petang.  Kami berjoging dari rumah sampai ke Memorial Perang Labuan.  Lepas tu Alia ajak tengok kawasan perkuburan Kristian.  Tak pernah tengok, katanya.

"Boleh tengok ke?" tanya Alia.
"Takde signboard DILARANG MASUK pun, boleh la" jawab aku.

Kami meninjau-ninjau beberapa kubur. Puas tengok kubur, aku ajak balik.

"Jom lumba lari"  kata Alia.
"Ok, sampai pokok besar sana" aku cakap sambil tunjuk pokok, jaraknya dalam 80 meter dari tempat kami berdiri.

1, 2, 3 zasss aku pecut.  Seperti yang aku ramal, jauh Alia kena tinggal.

"Lajunya papa lari!! Papa atlit ke dulu?" Alia bernada heran.

Aku pandang Alia sambil tersenyum nipis.  Tiba-tiba suasana bertukar jadi hitam putih dan ada effect air berkocak...(flashback la konon)

++++

Jarak 300 meter aku harung dengan jaya.  Pagar hampir setinggi pinggang bukan penghalang.  Selekoh 100 meter terakhir, aku masih di depan.  Pagar ke 9 juga aku berjaya diatasi.  Pagar terakhir yang tinggal.     Kalau aku berjaya, akulah juara.  Juara negeri Pahang acara 400 meter lompat pagar kategori bawah 20 tahun.  Pasti pencapaian diluar jangka.  Saat semua tertumpu pada peserta dari Temerloh dan Kuantan yang berlari di lorong 3 dan 4.  Rupanya aku yang berlari di lorong 8 di depan.  Wakil daerah Kuala Lipis...

Awal 90an, menengok acara lari lompat pagar di daerah Kuala Lipis, ibarat menengok Liverpool datang main bola kat Bukit Jalil.  Punya la payah.  Acara lari berpagar memang tak dipertandingkan di peringkat daerah Kuala Lipis.

"Kamu masuk acara 400 meter lompat pagar la Zam.  100 dan 200 meter Kuantan kuat, ada Azmi Ibrahim!!  Lagi satu, saya rasa kamu sesuai acara lompat kijang.  Lari ganti-ganti 100 dan 400 meter pun masuk juga"  kata cikgu Osman, jurulatih olahraga daerah Kuala Lipis.  Arggghh Azmi Ibrahim pun budak Kuala Lipis juga, cuma dia bersekolah di Kuantan.

Sebagai murid yang baik dan bersopan, aku tak lawan cakap Cikgu Osman. Walaupun aku johan daerah Kuala Lipis acara 100, 200 dan 400 meter, malah aku mencatat rekod baru 100 meter dengan masa 11 saat ngam-ngam dengan catatan tangan. Tapi aku diarahkan masuk 400 meter lompat pagar dan lompat kijang.  Sepanjang hayat aku tak pernah melompat pagar dan melompat kijang.

Tempoh latihan yang tak sampai sebulan, aku pelajari sungguh-sungguh teknik lompat pagar dan lompat kijang.  Hanya 2 orang masuk acara lompat pagar.  Aku dan Syamrul.  Tapi Syamrul acara 110 meter.  Berlatih la kami berdua tekun tak banyak kerenah tapi belah malam curi-curi hisap rokok.

...Hanya tinggal pagar terakhir. Kalungan pingat emas dah terbayang-bayang.  Tinggal lebih kurang 30 meter dari garisan penamat.  Pagar terakhir makin hampir. Kurang 1 meter dari pagar, aku lompat.  Kaki depan lepas bergaya...tapi kaki belakang tersadung pula!!  Cilaka!!

Aku jatuh, berguling.  Tapi tangkas aku bangun semula dan teruskan berlari.  Dapat nombor 4.  Di garisan penamat air mata berderai.  Dia punya rasa cilaka memang tahap tak patut.  Last air mata keluar masa sunat darjah 5.

Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) 1994 memang aku tak boleh lupa.  400 meter lompat pagar memang kecewa gila babi.  Lompat kijang aku nombor 4 dalam Pahang (14.24 meter).  Acara berganti-ganti 400 dan 100 meter, team Kuala Lipis nombor 2.

++++

Suasa kembali berwarna.

"Papa Atlit ke dulu?" Alia tanya kali kedua.
"Taklah...papa bukan apa-apa, papa cuba semua..."

2 comments:

  1. PAPA.. I LOVE YOU..
    (jawa peranakan)

    ReplyDelete
  2. Pergh, gila sadis citer ko, bro.. Tahniah kerana habiskan acara walaupun jatuh berguling2.

    Training, training juga.. Tapi bakat selalunya genetik.. Semoga ko berjaya menghasilkan juara generasi kemudian dalam keluarga ko, bro!

    ReplyDelete