Thursday, November 24, 2011

Teluk Ha Long



New7Wonders of Nature (2007-2011) adalah inisiatif untuk mewujudkan senarai 7 keajaiban semula jadi dunia yang baru.  Mula pada tahun 2007, ia berasaskan undian orang ramai seluruh dunia.  Diketuai oleh Bernard Weber berketurunan Kanada-Swiss dibawah Yayasan New7Wonders.  Yayasan New7Wonders ditubuhkan di Switzerland dan ia dikawal oleh kerajaan.

Undian berakhir pada 11.11.2011 yang baru lepas telah menarik lebih 100 juta pengundi. Orang ramai memilih Hutan Amazon (Amerika Selatan), Air Terjun Iguazu (Brazil, Argentina), Pulau Komodo (Indonesia), Pulau Jeju (Korea Selatan), Table Mountain (Afrika Selatan), Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa (Filipina) dan Teluk Ha Long (Vietnam).

Aku pernah sampai Teluk Ha Long tahun 2010.  Cantik ya amat.  Ikut kata Wikipedia, ada kira-kira 2,000 buah pulau batu kapur di Teluk Ha Long, berumur lebih 500 juta tahun.  UNESCO juga iktiraf kawasan ini sebagai Tapak Warisan Dunia tahun 1994.

Masa aku pegi dulu musim panas, suhu antara 33-36C.  Panas jenis mata terpaksa bukak kecik je.  Dari Hanoi naik bas dalam 3 jam sampai ke Ha Long City.  Lepas tu naik kapal kayu.  Kapal ni yang akan bawa kita round Teluk Ha Long.  Lepas tu bermalam dalam kapal.


Harga pakej 2 hari 1 malam dari Hanoi, termasuk pengangkutan dan makan minum di atas kapal, ikut suka hati mak bapak tour operator.  Jenis kaki kencing.  Aku kena USD70 rasanya.  Aku tanya sorang mamat dari Argentina, dia kena USD120.  Aku malas nak tanya orang lain takut ada yang lebih murah dari aku.

Makanan dalam kapal takde pilihan.  Puas juga cari logo halal Jakim.  Sudahnya, apa yang dihidang dalam kapal aku tawakal.  Daging tolak tepi.  Seafood makan habis.


Telok Ha Long memang steady.  Pergilah.

3 comments:

  1. dalam perancangan next year..insyaAllah..kalau takde aral melintang.. :) - izan

    ReplyDelete
  2. aku taknak tengok gamba zam berenang!

    aritu ko cakap ade awek berenang topless!
    mau tengok! mau tengok! mau tengok!

    keh keh keh

    ReplyDelete
  3. nak tgk awek topless sila beli majalah Hustler...majalah mangga ada la juga sikit-sikit

    ReplyDelete