Thursday, November 24, 2011

Teluk Ha Long



New7Wonders of Nature (2007-2011) adalah inisiatif untuk mewujudkan senarai 7 keajaiban semula jadi dunia yang baru.  Mula pada tahun 2007, ia berasaskan undian orang ramai seluruh dunia.  Diketuai oleh Bernard Weber berketurunan Kanada-Swiss dibawah Yayasan New7Wonders.  Yayasan New7Wonders ditubuhkan di Switzerland dan ia dikawal oleh kerajaan.

Undian berakhir pada 11.11.2011 yang baru lepas telah menarik lebih 100 juta pengundi. Orang ramai memilih Hutan Amazon (Amerika Selatan), Air Terjun Iguazu (Brazil, Argentina), Pulau Komodo (Indonesia), Pulau Jeju (Korea Selatan), Table Mountain (Afrika Selatan), Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa (Filipina) dan Teluk Ha Long (Vietnam).

Aku pernah sampai Teluk Ha Long tahun 2010.  Cantik ya amat.  Ikut kata Wikipedia, ada kira-kira 2,000 buah pulau batu kapur di Teluk Ha Long, berumur lebih 500 juta tahun.  UNESCO juga iktiraf kawasan ini sebagai Tapak Warisan Dunia tahun 1994.

Masa aku pegi dulu musim panas, suhu antara 33-36C.  Panas jenis mata terpaksa bukak kecik je.  Dari Hanoi naik bas dalam 3 jam sampai ke Ha Long City.  Lepas tu naik kapal kayu.  Kapal ni yang akan bawa kita round Teluk Ha Long.  Lepas tu bermalam dalam kapal.


Harga pakej 2 hari 1 malam dari Hanoi, termasuk pengangkutan dan makan minum di atas kapal, ikut suka hati mak bapak tour operator.  Jenis kaki kencing.  Aku kena USD70 rasanya.  Aku tanya sorang mamat dari Argentina, dia kena USD120.  Aku malas nak tanya orang lain takut ada yang lebih murah dari aku.

Makanan dalam kapal takde pilihan.  Puas juga cari logo halal Jakim.  Sudahnya, apa yang dihidang dalam kapal aku tawakal.  Daging tolak tepi.  Seafood makan habis.


Telok Ha Long memang steady.  Pergilah.

Wednesday, November 23, 2011

Adik Anon Yang Marah-Marah...

Anonymous said...

bodoh kau ni zam ali...sifat melayu semulajadi ko pekat sialll...

Anonymous said...

memang bodoh zam ali bengap ni...suke melemahkan smangat org...macam haram la kau zam ali..hahahahaha..

zam ali said...

aku bukan lemahkan semangat dia...aku suruh dia main sampai terer...sampai betul2 punya terer!!!

Anonymous said...

tak payah sembang lebat brader.
lu kasi main telur lu lah k.
pesen dengki dengan orang.
bodoh punya orang tua.

zam ali said...

Wah marah sangat bunyinya orang muda ni kehkehkeh...orang muda memang cepat panas hati ye dok? Cuba la kenalkan diri..."baling batu sembunyi tangan" amatlah tidak bertelor perbuatan itu. Nanti kalau dah kenal boleh aku belanja makan sambil kita berborak panjang pasal bola sepak.


Anonymous said...

APa punya melayu lah zam ali nii...huh,aku suka tengok nazmi tu main...kau tu entah ape2 yang ade.....

Anonymous said...

Kalau kau terer sangat kau main laaa!! ...kalau kau main aku rasa kompom kau sesak nafas..ni aku budak 19 tAHUN beri nasihat kat kau yg dh tua..ingat solat,jgan nak dengki dgn org,..kuno punya orang tua lah...
Di atas adalah komen seorang Adik Anon yang amat marah dengan entry aku yang ini.


Mengikut kata Adik Anon tersebut, umurnya baru 19 tahun.  Kebetulan, aku ada beli majalah National Geographic bulan Oktober.  Tajuk depannya The New Science Of The Teenage Brains.  Beli masa nak naik bas balik cuti raya haji itu hari.  Mula-mula aku nak beli Majalah Mangga, boleh tengok tetek artis.  Tapi bila mengenangkan aku nak balik raya jumpa keluarga, aku batalkan niat keji tu. Di muka surat 37, David Dobbs ada menulis artikel bertajuk Teenage Brains:


" it shows in real life, where the period from roughly 15 to 25 brings peaks in all sorts 
of risky ventures and ugly outcomes."

"in scientific terms, teenagers can be a pain in the ass."

"This long, slow, back-to-front development wave, completed only in mid-20s,
appears to be a uniquely human adaptation.  It may be one of our most consequential.
It can seem a bit crazy that we humans don't wise up a bit earlier in life.  But if we
smartened up sooner, we'd end up dumber."

Mula-mula aku nak marah juga dengan komen-komen Adik Anon.  Tapi bila mengenangkan Adik Anon hanyalah seorang remaja berumur 19 tahun yang otaknya sedang ligat berkembang menuju kesempurnaan akal, aku tak jadi marah.   Semoga Adik Anon dan otaknya membesar dengan sihat...muah muah!!

++++

Artikel penuh Teenage Brains boleh baca di sini.

Monday, November 21, 2011

Lembah Danum & Pasukan Bolasepak Terkuat Di Dunia



Aku sampai ke Lembah Danum dah 3 kali rasanya.  Lembah Danum terletak kira-kira 87 km dari Lahad Datu.  Laluan 15 km pertama je jalan tar, selebihnya jalan berbatu.  Siapa yang pakai kereta sukan, atau kereta biasa tapi modified perasan macam kereta sukan, jangan nak mengada masuk. Berkeluasan 438 km persegi, ia merupakan kawasan yang diasingkan untuk pemeliharaan di bawah Pelan Pengurusan Kawasan Hutan Yayasan Sabah.  Sama macam Maliau Basin dan Imbak. Cerita pasal Maliau Basin aku pernah tulis dulu di sini

Tanpa banyak publisiti, Pusat Kajian Lembah Danum telah menjadi medan kerjasama penyelidikan hutan diantara saintis Malaysia dan negara-negara Barat.  Tumpuan serius badan yang disokong oleh Royal Soceity dalam usaha nak selamatkan bumi menerusi pengekalan kawasan hutan, macam-macam kajian pasal hutan dibuat di sini.  Biologi, ekologi, zoologi, geomorfologi, hidrologi, taksonomi, entomologi, perubatan, perhutanan, konservasi, perubahan iklim dan kajian entah apa-apa lagi pernah dan sedang dijalankan di sini.  Sehingga kini, hampir 400 daripada kajian tersebut sudah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa.

Pusat Kajian Lembah Danum telah diiktiraf sebagai pusat kajian hutan terbaik selepas Costa Rica dan Panama.  Selain peranannya sebagai pusat kajian, Lembah Danum juga jadi habitat haiwan terancam macam gajah, badak sumatra dan orang utan.


Kira-kira 10 km dari Pusat Kajian Lembah Danum, ada sebuah resort.  Borneo Rainforest Lodge namanya.  Walaupun duduk di tengah-tengah hutan, resort ni bertaraf 5 bintang.  Terbaru aku surf internet, pakej 3 hari 2 malam RM2,200 seorang termasuk pengangkutan dari Lahad Datu dan makan minum.  Amacam ada berani??




Borneo Rainforest Lodge memang steady.  Resortnya cantik bergabung ngam dengan hutan.  
Pagi-pagi bangun tidur, ada rusa liar makan rumput tepi sungai depan resort.  Macam-macam 
boleh buat di sini, mandi sungai dan menengok binatang antaranya.



Selain aktiviti menarik yang aku sebut tadi, pengalaman yang satu ni memang aku tak boleh 
lupa.  Pengalaman tengok bola.  Resort ni dalam bilik tak ada tv.  Nak tengok tv kena lepak 
di restoran.  


Sebagai penyokong tegar pasukan bolasepak terkuat di dunia, iaitu Liverpool, setiap 
perlawanan pasti aku tunggu.  Game Liverpool entah lawan siapa aku dah lupa, start dalam 
pukul 11 malam. Mula-mula adalah juga 2-3 orang tengok tv dengan aku.  Belum  sampai 
separuh masa, yang 2-3 orang tadi blah balik bilik.  Tinggallah aku sorang-sorang di restoran 
yang dah dimatikan lampunya. Cahaya dari tv dan lampu dari pelantar jalan kaki je yang ada. 
Disebabkan perlawanan malam itu menarik dan Liverpool tengah leading hasil jaringan Milan 
Baros, aku buat-buat berani.

Bila rehat separuh masa pertama, aku mula rasa lain macam.  Suasana jadi sunyi sepi.  
Bulu tengkok meremang. Rasa macam diperhatikan. Aku sibukkan diri tekan-tekan remote 
Astro.  Tapi rasa diperhatikan semakin menaik.  Cilaka betul.  Aku kuatkan semangat.  
Berjaya juga aku tengok sampai habis game Liverpool tu.  Sebagai team bola sepak terkuat 
di dunia, Liverpool menang 3-1 malam tu.  Milan Baros score 2 bijik.

Habis game, aku tutup tv dan pelan-pelan jalan kaki balik ke bilik. Masa tu dah nak pukul 
1 pagi rasanya. Bulu tengkok masih meremang.  Masa jalan kaki rasa macam ada yang 
mengikut.  Aku masuk bilik, berkumur lebih kurang, basuh muka dan terus baring.

Borneo Rainforest Lodge Accommodation - basic, but comfortable

Aku dah nak terlelap bila katil queen size yang aku baring bergoyang-goyang.  Katil rasa 
macam ditolak ke kiri dan ke kanan.  Sekata gerakannya.  Aku terlentang, membuka mata 
memandang ke bumbung.  Menghayati gerakan katil yang digoncang. 

"Jangan la kacau...aku nak tido ni..." perlahan aku cakap ke bumbung, merayu.

Aku tutup muka dengan bantal.  Katil masih lagi bergoyang-goyang.  Aku baca doa selang 
seli dengan sumpah seranah dalam hati.  Sudahnya tertidur jugak sampai ke pagi...heh!!

Sunday, November 20, 2011

Konvo


Tadi pagi, bakal-bakal graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) cawangan Labuan, berarak sambil pakai jubah konvo.  Acara itu mereka gelar Gown in Town.  Muka bakal-bakal graduan tu berseri-seri senyum riang.  Aku sekadar senyum nipis.  Teringat majlis konvo aku dulu.  Aku tak pergi...

Saturday, November 19, 2011

Petrol mahal...apa ada hal!!


Setelah aku muhasabah diri kejap tadi...dah nak masuk 4 bulan aku di Labuan, baru 3 kali isi minyak kereta.  Itu pun sekali isi 30 ringgit.  Timbul rasa menyesal mencarut marah-marah kerajaan masa harga minyak naik itu hari...kehkeh

Friday, November 11, 2011

Nasihat untuk Adik Muhd Nazmi Faiz Mansor...



Muhd Nazmi Faiz Mansor
Terlebih dahulu abang ucapkan tahniah kepada adik Nazmi kerana berjaya menjadi pemain bolasepak skuad bawah 23 tahun negara main di Sukan SEA yang sedang berlangsung.  Terharulah juga sikit-sikit bila baca suratkhabar yang adik Nazmi sanggup tangguh ambil SPM demi nak main bola untuk pasukan negara.

Adik mainlah bola bersunggung-sungguh sampai power giler babi.  Memandangkan adik main posisi midfield, mainlah sampai  boleh jadi macam Xavi, Innesta, Xavi Alonso, Samir Nasri, David Silva dan siapa jugalah bintang posisi tengah waktu kini.  Kalau abang sebut nama Chris Waddle atau Glenn Hoddle takut adik tak kenal pula nanti.  Atau, paling tidak jadi macam Park Ji Sung.  Boleh juga dapat gaji dalam 20-30 ribu pound sterling seminggu.

Tapi kalau adik main bola setakat nak jadi macam Shukor Adan, baik la adik berhenti main bola sekarang dan balik Malaysia cepat. Tak lama lagi SPM dah nak start.  Sempat juga lagi nak baca apa-apa yang patut.  Kalau tak boleh juga nak pegi dalam bidang pelajaran, ambil la kursus kemahiran.  Kursus gunting rambut ataupun kursus kimpalan contohnya.

Abang doakan Adik Nazmi berjaya dalam apa juga bidang pilihan.  Lagi satu abang nak pesan, main bola janganlah meyepak ikut arah telor, macam celaka abang menengoknya.

Chris Waddle
Shukur Adan

Glenn Hoddle



Thursday, November 10, 2011

Sukan Untuk Kesihatan...

Lama tak bersukan.
Semalam main futsal.
Sakit satu badan...
Entah mana datang sihatnya...