Monday, May 30, 2011

Sesumpah













Ini sesumpah...



















Ini bersumpah...

Dapat tak??

Friday, May 27, 2011

I Got The Power

Aku tengah kusyuk.  Serius punya kusyuk.  Tiba-tiba berkumandang lagu 'I Got The Power' nyanyian Snap.  Terus aku rasa nak shuffle dan dan tu jugak. Lagu I Got The Power, memang power tahun 90an dulu.  Zaman rap.  Nasib baik aku cepat tersedar.  Aku tengah sembahyang Jumaat.  Kalau aku shuffle jugak tadi, sia-sia je aku pegi ke masjid.

Lain kali, time sembahyang tutup la phone. Guna silent mode ke. Takkan benda simple macam tu pun nak kena aku ajar. Bengap.

Wednesday, May 25, 2011

Fingers Licking Good

Penah makan KFC kan? Sedap kan? Aku pernah keje KFC.  Sebelum aku kerja kat Hotel Shangri La.  Aku kena kerja kat KFC tapak Pesta Pulau Pinang, kat Sungai Nibong.  Perghh...punya la ramai orang pegi pesta.  Aku syak masyarakat kita ni memang suka berpoya-poya.  

Tugas aku cuci ayam.  Sebelum goreng kena cuci dulu. Dari masuk kerja membawak ke balik kena cuci ayam.  Kecut jari jemari.  Apa gila asyik cuci ayam 8 jam sehari.  Pakai uniform cantik-cantik siap topi kena duduk dapur.  Tak class. Aku kerja 4 hari je.  

Fingers Licking Good kepala toya Colonel Sanders!!! 

Monday, May 23, 2011

Kerja Yang Babi

Dalam banyak-banyak kerja yang pernah aku buat, kerja yang satu ni memang babi.  Kerja Steward.  Bukan Steward Pramugara, Steward kat hotel.  Cuci dapur.  Tahun 1994 time tunggu result STPM aku kerja kat Hotel Shangri La Penang.  Sebelah Komtar.

Steward ni kira ranking paling low dalam carta organisasi hotel.  Gaji aku dah lupa berapa.  Antara tugas steward ialah basuh pinggan, bersihkan segala perkakasan berkaitan makan - sudu, garfu, dulang, pinggan mangkuk apa saje lah. Semua kena bersih berkilat sebelum dihidang ke customer.  Aku boleh handle semua tu.  Setakat cuci benda-benda tu apa lah sangat.

Kat hotel tu pulak ada banyak dapur.   Ada dapur western food, dapur chinese food, dapur buat kek...dapur hisap dadah je yang takde.  Minggu pertama kerja aku kena kat dapur western food.  Takde masalah.  Semua benda aku cuci.  Masuk minggu ke 2 supervisor tugaskan aku di dapur chinese food pulak.  Memang babi.  Bukan main banyak babi ada kat dapur tu.  kepala babi, peha babi, daging babi, perut babi, usus babi semua ada.  hari pertama minggu ke 2 aku kerja separuh hari je.   Esoknya aku pergi interview kerja kilang pulak.  Tak kuasa aku nak mengadap babi...hah!!

Wednesday, May 11, 2011

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Lutfil :  Siapa nama Agung?
Aku  :  Err...er...Sultan Mizan Zainal Abidin...
Lutfil :  Mana Kesetiaan Kepada Raja dan Negara???

Aku terus pegi dapur masak nasik...budak budak bukan boleh layan sangat.  Soalan entah apa-apa...

Tuesday, May 3, 2011

Masa Itu Emas...Ada Masa, Cari Emas...

Dalam kitab purba Hindu dan Budha seperti Ramayana, Purana dan Raguwamsa, pendeta-pendeta Hindu memanggil Semenanjung Malaysia sebagai semenanjung emas (Suvarnabhumi) iaitu merujuk satu kawasan di Nusantara bagi mendapatkan bekalan emas ketika Tamadun Aryan memerintah di India.
Di dalam naskah Buddha yang paling tertua, Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.

Satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini sebagai ‘the fabulous Land of Gold’- Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha, Jataka.

Mengikut Sejarah Siam, Raja Suryavarman II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12.

Malaysia bukannya negara pengeksport emas terbesar, malah kita bukan dikalangan 30 negara terbesar memiliki emas.  Menurut kajian sebuah institut mineral yang berpangkalan di Amerika, Malaysia berada di tangga ke-39 dunia mempunyai rezab emas yang belum digali.

Perlombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa kawasan sahaja, ia dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang, Jeli, Kelantan sehingga Gunung Ledang di Johor. Lombong terbesar yang masih aktif di Malaysia adalah di Penjom, Kuala Lipis, Pahang. Ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Tempat lain yang masih aktif adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang di Pahang. Selain itu masih ada 5 lagi lombong di Jeli dan 6 lombong sekitar kawasan Raub dan Kuala Lipis di Pahang.

Hanya terdapat dua jenis emas di Malaysia iaitu Au-Cu-Ag-Zn di Jalur tengah dan Au-Cu di Jalur Timur. Ia biasanya berada di lereng-lereng bukit di kawasan tadahan sungai. Sungai yang biasa dikaitkan dengan emas adalah sungai Jelai dan Koyan di Pahang.

++++

Fakta di atas aku ceduk dari internet.  Cerita pasal emas di Kuala Lipis dan Raub memang dah lama aku dengar.  Sejak dari kecik.  Tapi selama ni aku tak ambil port. Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangnn ni cerita pasal emas kembali menaik kat kampung aku - Sungai Koyan.  Sejak adanya operasi lombong emas sebuah syarikat yang berpengkalan di Kanada.  Selinsing Gold Mine namanya.  Nak tahu lebih-lebih baca sini http://www.monumentmining.com/ 

Sekarang ni kalau aku balik kampung, aku perati anak muda semakin ramai.  Tak macam 10 tahun lepas.  Makin ramai pemuda-pemuda Sungai Koyan balik bekerja di Sungai Koyan. Kebanyakan dari mereka bekerja di lombong emas.

Jun, anak jiran selang 2 rumah dari rumah aku pun dah balik.  Sejak dia abis sekolah vokay tahun 1990 dulu dia dah merantau ke Pasir Gudang, Johor.  Jadi juru kimpal profesional di Pelabuhan Pasir Gudang.  Aku tau gaji dia lebat.  Pasal dia ada moto besar dan tak pakai kereta buatan tempatan.  Tapi sekarang dia dah balik kerja di lombong. 

Aman, anak jiran belakang rumah pun dah balik kerja di lombong. 
 "Duduk KL gaji 4 ribu pun tak cukup, baik kerja lombong...gaji pun ok, kepala tak sakit nak harung jammed hari-hari..." kata Aman yang sebelum ni jadi site supervisor dengan satu company construction yang well known. 

Cuti hari pekerja yang baru lepas, aku balik kampung.  Petang Ahad aku boring kat rumah tak tahu nak buat apa.  Dalam pukul 5.30 aku pegi rumah Shahril.  Member sejak sekolah rendah.  Belakang rumah dia ada sungai.  Dulu memang biasa aku mandi sungai tu.  Sampai rumah dia aku terus beri salam.  Tak ada yang menyahut.  Kereta ada.  Aku jengah belakang rumah.  Nampak kelibat 4-5 orang kat tepi sungai.  Aku terus ke belakang.

















Berbaju biru tu namanya Lan.  Jiran depan rumah Shahril.  Umur dalam pertengahan 20an.  Aku tak geng sangat dengan dia.  Pasal umur lari dah jauh.  Aku geng dengan abang dia Sham.  Muda 2 tahun, tapi Sham tak balik.

Aku :  Waa...syok la sekarang ni emas tengah mahal, RM160 1 gram...
Lan  :  Itu harga pasaran...jual dengan orang tengah dia ambil RM120 je 1 gram...
Aku :  Paling banyak satu hari engkau pernah dapat berapa banyak?
Lan  :  45 gram...pecah batu kat area Felcra kat Kuala Medang sana...

Lan jawab acuh tak acuh tangan sibuk mendulang...cilakak...balik KL rasa nak hantar surat resign....