Wednesday, April 20, 2011

Wardina Safiyah, Obesiti dan Nasik Lemak Kantin

File:Ws1.jpg

Sejak Wardina Safiyah muncul sebagai selebriti, beliau tak pernah gagal menggamit tumpuan mata aku.  Baik kemunculannya di tv atau media cetak.  Dari zaman dia pakai skrit pendek sampailah sekarang dia dah pakai tudung dan beranak 2.  Pasti aku berenti sekejap kalau nampak muka dia.  Ntah apa yang menarik aku pun tak tahu.  Yang terbaru aku nampak muka dia kat iklan susu Anmum.  Dalam iklan tu ada cakap budak-budak tak perlukan gula tambahan. Pengeluar susu tepung akan guna perkataan glukosa la, sukrosa la, pepejal sirap jagung la dan macam-macam lagi.  Semua tu sebenarnya nama lain bagi gula.  Apa jadah bagi budak kecik sampai 13 sudu gula satu hari.  Patut la budak-budak sekarang ramai yang gemuk-gemuk.  Obesiti, perkataan kalau nak nampak cerdik.

Dulu masa aku kecik, jarang sangat aku jumpa dengan budak-budak gemuk.  Masalah obesiti di kalangan budak-budak tak jadi agenda nasional time tu.  Jadi masalah sekitar rumah je, itu pun pasal kawan-kawan ejek masa main.  Kalau dapat ejek sampai lengit, lain macam dia punya seronok.  Tapi sekarang isu obesiti dah jadi masalah negara.  Dah ramai sangat budak-budak yang obes sekarang ni.  Umur baru 10 tahun dah ada kencing manis...apa cerita???

Disebabkan obesiti di kalangan budak-budak dah jadi masalah negara, maka ia perlu ditangani.  Ada sesuatu yang perlu "ditangankan".  Perlu dijadikan scapegoat...kehkehkeh.  Maka nasik lemak yang disalahkan.  Nasi lemak kantin dikatakan jadi punca kepada masalah ini.  Kandungan nasik lemak tak elok untuk tumbesaran kata cerdik pandir.  Nasik lemak perlu dihalang dari dijual di kantin-kantin sekolah.  

Aku tak setuju kalau nasik lemak diharamkan dijual di kantin sekolah.  Tak kantin sekolah laa kalau takde nasik lemak.  Apa punya bangang.  Belum pernah ada kantin sekolah takde nasik lemak.  Kandungan lemak dalam nasik lemak dikatakan penyumbang obesiti di kalangan kanak-kanak.  Aku sekali lagi tak setuju.  Peniaga-peniaga kantin, sama saje dengan peniaga yang lain.  Sistem kapitalis telah mengajar mereka untuk mencari untung.  Untuk mendapat keuntungan maksima, maka peniaga ini akan kurangkan santan dalam nasik lemak.  Ikan bilis pun letak sikit je, kacang goreng ada la 5 ketul. Nasik lemak yang mak bapak budak-budak  masak sendiri baru la berlemak...pasal nak buat makan sendiri.  Lagi pun bukannya hari-hari budak-budak makan nasik lemak.  Mesti dorang tukar-tukar menu.  Sekali-sekala nak jugak rasa karipap inti angin, nasik ayam, mee kari, mee hoon goreng.  Ada hari tak belanja langsung pasal tertinggal duit belanja, tak pun saja nak simpan duit nak buat beli mainan time balik sekolah nanti. 

* nanti aku sambung lain...heh!!

6 comments:

  1. kantin sekolah kat nebraska takde nasi lemak..
    (jawa peranakan)

    ReplyDelete
  2. correction,
    wardina anak 3 dah mat..

    ReplyDelete
  3. bongok gile idea ni..
    idop nasik lemak!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Anak aku siang2 dah chup anak wardina no. 2 (Azra) utk jadi girlfriend. Cis kecik2 umur baru 5tahun dah pandai cinta monyet dgn classmate.
    :-aLCapone -

    ReplyDelete
  5. Selama lebih 70 tahun hidup makan nasi, hampir 1/3 nasi lemak. Selebihnya adalah teh tarik roti canai, nasi minyak, nasi kerabu, nasi dagang dll. Tak obes pun sekadar darah naik dan jantung sakit.

    Apa punya pedeohlah orang-orang menteri tu...

    ReplyDelete
  6. Sebut pasal susu formula yang terlebih gula nie, saya terbaca artikel terbaru di majalah online Marketing Interactive - http://www.marketing-interactive.com/news/26444 Ministry of Health telah melangkah untuk mengambil tindakan terhadap Fonterra (pemilik brand Anmum) kerana menyebarkan kenyataan palsu..Dakwaan yang dibuat Anmum sememangnya memesongkan! Saya sangat merasa kecewa ngan Fonterra kerana memperjudikan kesihatan anak-anak kita dan memberi maklumat yang palsu sama sekali, sekaligus cuba menindas syarikat2 yang lain..Memang selfish betul Anmum!

    ReplyDelete