Monday, April 25, 2011

Wardina Safiyah, Obesiti dan Nasik Lemak Kantin – Part 2

Ada cadangan agar ditempatkan seorang pakar pemakanan di sekolah sekolah. Antara tugas pakar pemakanan ni nanti ialah member nasihat kepada pengusaha-pengusaha kantin cara menyediakan menu yang sesuai untuk kesihatan murid. Selain itu, pakar ni nanti kena pantau tumbesaran murid-murid. Takde la terbeban di atas bahu guru.

Cadangan di atas tak salah. Bagi aku, masalah obesiti di kalangan budak-budak sekarang berkait rapat dengan cara hidup kita hari ni. Cara hidup kebanyakan kita yang perlu diubah. Bukan setakat pemakanan di sekolah.

Dulu, negara kita merupakan sebuah negara pertanian. Era 80an menyaksikan perubahan mendadak. Dari ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi industri diterajui mantan PM waktu itu, Tun Dr. Mahathir. Pelabur luar mula masuk. Bandar-bandar berkembang pesat. Generasi X mula berhijrah ke bandar. Peluang kerja sektor kolar putih dan kolar biru menjanjikan hidup yang lebih baik kononnya. Aku tak tahu apa benda kolar putih...kolar biru…yang aku tahu, kolar aku hitam, pasal berdaki.

Berhijrahlah secara beramai-ramai generasi X ke bandar, wujud kawasan-kawasan perumahan baru. Flat, pangsapuri, apartment, kondominium dan ntah apa jenis rumah lagi tumbuh menggila. Semua ini untuk menampung penghijrahan yang berlaku. Rata-rata penghijrah ini pekerja kolar putih dan kolar biru, yang pastinya kolar mereka hitam berdaki macam kolar aku.

Generasi X kebanyakannya membesar di kampung-kampung. Dari generasi X ini, lahirlah generasi Y…generasi alaf baru. Generasi yang lahir dan membesar di kawasan perumahan yang aku sebut tadi. Generasi yang sedang kecoh diperkatakan mengalami masalah obesiti.

Aku kasihan tengok generasi Y di bandar. Ruang untuk mereka bermain amat terhad. Waktu beriadah yang ada cuma waktu pendidikan jasmani di sekolah. Tak macam aku dulu, lepas balik sekolah aku boleh berlari-lari ke sana ke mari keliling kampong. Budak sekarang jangan buat hal. Kenderaan di bandar banyak sangat. Keselamatan tak terjamin. Itu belum ambil kira perogol, perompak, penyamun. Anak-anak ditegah dari keluar bermain. Duduklah mereka terperap di dalam rumah. Aktiviti indoor jadi pengisi masa lapang. Ditambah dengan padang permainan yang terhad.

Mak bapak pulak sibuk kerja. Ada masa time hujung minggu je. Bila ada masa free, mak bapak pulak tak bawak anak beriadah. Kebanyakannya aku perati, lebih suka bawak anak-anak ke shopping kompleks. Pegi tengok wayang, pegi window shopping. Makan kfc makan mcd. Memang la obesiti.

Anak-anak di Kampung Bantal, Ulu Tembeling sana, aku rasa takde alami masalah obesiti. Ini kerana, ruang untuk mereka bermain sangat luas dan selamat. Mereka masih riang bebas mandi sungai, meranduk semak, berlari di padang mengejar kerbau. Sekali-sekala mereka makan nasik lemak juga, baik di kantin sekolah mahupun di rumah.

Lagi satu, disebabkan kesibukan generasi X, mereka lebih bergantung kepada susu formula dalam membesarkan anak. Tak macam aku dulu, menetek sampai umur 6 tahun. Berhenti pasal masuk sekolah tadika. Campuran ntah apa-apa dalam susu formula menjadikan generasi Y yang montel-montel. Montel tidak semestinya sihat.

Aku harap lepas ni Wardina Safiyah boleh jadi model kempen susu badan pula...hah!!


3 comments:

  1. layannn betul baby tuuu.....
    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  2. aku rasa la kolar putih=gomen, kolar biru=swasta.. betul ke?
    -sheikh rell-

    ReplyDelete
  3. kolar putih keje opis, cikgu, kerani lawyer, bank...kolar biru lebih kepada teknikal/kemahiran

    ReplyDelete