Friday, April 15, 2011

Notebook Rosak dan Maybank Yang Babi

Lama aku tak update blog.  Punca utama notebook Samsung aku rosak.  Jenis tekan-tekan keyboard tak nak keluar huruf, jadah apa nak tulis tekan-tekan tak mahu keluar...nombor je yang ok.  Hantar kedai nak repair, 400 hendaknya!! Celaka!!! Duit pulak tengah tak berapa nak boleh harap skrg ni.  Ada hal-hal lain yg lebih penting untuk dibelanjakan...

Cakap pasal duit, semalam aku pegi Maybank.  Duit dalam akaun tinggal ringgit-ringgit je.  Memang dah tak boleh nak keluar guna kad ATM. Dengan berat hati aku terpaksa keluarkan duit ASB.  Nak keluar duit ASB, kena melalui kaunter.  Aku pun ambil nombor giliran.  Dapat nombor 2025, aku tengok angka di kaunter 2009.  Ada 2 kaunter je yg bukak.  Maknanya kena tunggu 16 orang.  Takpe, aku sabar.  Duit dalam kocek ada 1.30 posen...hish.

Lebih setengah jam tunggu, turn aku pun sampai.  Aku senyum ke awek kaunter sambil hulur buku ASB.
"Maaf la bang, hari ni urusan ASB tak boleh nak buat, ada 2 staff je hari ni..." awek kaunter cakap sambil tolak buku ASB aku.

"Babiiii...." aku menyumpah dalam hati.  Aku ambil buku ASB dengan muka kelat sambil jalan laju-laju. 

Nota kaki:
Aku tulis entry ni guna laptop Mat Nor.  Itu hari Kedah banjir, rumah dia tenggelam sampai bumbung, kesian...nasib baik laptop dia kat Shah Alam masa tu...

6 comments:

  1. Sblum nipn lap top isteri akupn rosak tp yg tak bestnyer kena bayar RM400 kalu naak repair. Mmg rasa tak berbaloi kaalu dah rosak lap top.

    ReplyDelete
  2. laptop mmg pakat klu rosak beli baru je skang ni

    ReplyDelete
  3. no wonder dah lama senyap..ingat dah resign...syukran..hidup lagi....hehe...laptop kita pun br je rosak last mth..tanya kat kedai, mau rm500++...pastu ada member rekomen ada org rtm pandai betulkan...alhamdulilah..kene rm200 je plus dgn upah...hanya tukar sparepart..and sihat till now...
    ~mokkun~

    ReplyDelete
  4. Lama tak nulis, patutlah. Jangan-jangan Ubi, benludin kena kes yg sama...

    ReplyDelete
  5. ha..ha...ha...laptop dalaman wa yag lembab sekarang...ha..ha..

    ReplyDelete
  6. la tak tau la pulak Maybank tu Babi... ingatkan Rimau jer....
    :-aLCapone-

    ReplyDelete