Monday, April 26, 2010

mataking & ketam kelapa

Ni satu lagi lokasi menarik kat Sabah,  Pulau Mataking.  Termasuk dalam Taman Laut Tun Sakaran di Laut Sulu.  Aku sampai pulau ni tahun 2005.  Dari Semporna naik bot laju nak sampai ke sini dalam 1 jam.  The Reef Dive Resort satu-satunya operator resort kat pulau ni.  Serius pulau Mataking cantik, dia punya pantai...pergh memang cun tak ingat.  Kalau nak banding dgn pantai Port Dickson...heh, jauh panggang dari api!!!  Belum turun bot aku dah rasa nak terjun laut...dgn airnya yg jernih nampak semua batu karang.  Selam scuba jadi aktiviti utama kat pulau ni...nak lepak-lepak pun orait juga.  Pulaunya bukan besar, dari Pulau Mataking Besar ke Pulau Mataking Kecil boleh jalan kaki je time air surut.  Cerita banyak tak guna.  Tengok gambar gambar ni.   Ada duit lebih pegi la sendiri.  Tak payah mengada nak pegi Maldive, Barbados...Great Barrier Reef...kat Malaysia pun geram geram pulaunya....

Jeti Pulau Mataking.











Belakang resort tu, yg hutan tu sebenarnya pokok bakau...       





























Lagi satu yg uniknya kat Mataking...dalam hutan-hutan kat belakang resort tu ada ketam kelapa, birgus latro.  Spesis antropod terbesar ni boleh ditemui di pulau-pulau dan pantai kawasan Indo-Pasifik.  Menatang ni nokturnal...aktif malam je.  Kalau nak tengok rajin-rajin la merayau time malam kat Pulau Mataking.  Torch light jangan lupa.  Baik-baik nak tengok ketam kelapa. Dia boleh membesar sampai 6 kaki panjang.  Sepit dia pun kuat, boleh kopek kelapa steady je.  Nak tahu lebih-lebih pegi google sendiri. 

3 comments:

  1. gua paling suka "TOP OF THE REEF YA"..
    (jawa peranakan)

    ReplyDelete
  2. bodoh punya slang...rasa nak rembat je muka mamat tu...

    ReplyDelete
  3. Zam..cantik sungguh..ada rezeki..panjang umur..nak visit sana lah...

    ReplyDelete