Saturday, March 1, 2014

Semalam Yang Hangat

Semalam bukan main panas.  Dia punya panas sampai buat aku berlenggeng.  Nasib baik badan sedap macam brader-brader main gym.  Disebabkan panas, aku jadi susah nak tido walaupun kipas dah pusing laju speed lima.  Bilik aku tu bukannya tak ada aircond.  Saje aku malas nak on aircond. Sejak tarif baru letrik ni, macam cilaka dia punya mahal.  Tahun lepas, bil letrik sebulan dalam RM70-80. Januari hari tu punya bil sampai RM140. Padahal aku bedua dengan Alia je ada kat rumah.  Siang aku ke opis, Alia pegi sekolah.  Belah malam je rumah ada orang.  Iron baju aku malas, washing machine on 2-3 hari sekali.  Itu pun ada kutu kata tarif baru elektrik tak membebankan rakyat.  Gila.

Bila payah nak tido, mula la pikir macam-macam.  Dari hal-hal negara membawak ke perancangan masa depan.  Nasib anak isteri di kemudian hari.  Dosa-dosa silam.  Hal-hal pejabat dan paling tak boleh blah, hal Sharnaaz Ahmad sama Fauzi Nawawi pun aku terpikir sama.  Bodoh betul.

Malam tadi pulak tak ada cerita yang menarik di tv.  Habis semua channel Astro aku singgah.  Semua cerita ulang-ulang.  Bil Astro naik ikut suka hati. Patut la Ananda Krishnan kaya raya.  Bertambah panas bila pikir benda-benda macam ni.

Setelah mati akal tak tahu nak buat apa, aku main Candy Crush sampai habis nyawa.  Tapi panas masih tak reda.  Aku pikir dalam-dalam.  Patut la, bilik aku tu sepotong ayat Quran pun tak ada.  Tidur pulak jenis yang jarang baca doa.  Ayat 3 Kul jauh sekali.  Aku perlu segera kembali kepadanyaNya.  Umur pun dah banyak.

+++

Dalam pukul sebelas lebih semalam, henfon berbunyi pendek.  Isteri mesej kat whatsapp.

"Terseksa tengok school of lawak ni" lepas tu ada emoticon muka geram.
"Sape suruh tengok...?" aku jawab ringkas.

Hal-hal lawak ni tak boleh diajar.  Dia datang sendiri.  Bakat.  Tahu??

1 comment: