Wednesday, July 31, 2013

Selamat Hari Raya


 

 
Lebih kurang lagi seminggu nak raya. 
 
Raya kali ni lain sikit rasanya.  Kalau dulu, paling-paling belikan baju raya untuk Alia dan Lutfil.  Tapi kali ni lain sikit.  Dah ada isteri.  Itu hari isteri bagi kain baju melayu warna hijau.  Secara auto, kami sekeluarga akan pakai jersi warna hijau pagi raya nanti. 
 
Semalam aku pegi check di kedai jahit, baju melayu hijau aku belum siap.  Hari Khamis baru siap.  Hari Sabtu aku dah nak balik Semenanjung.  Kalau tak siap juga, aku bakar kedai jahit tu.  Lantak la batal puasa pun. (Orang kata kalau marah sangat boleh batal puasa).
 
Insya Allah, aku sekeluarga akan beraya di Sungai Koyan.  Nun di daerah Kuala Lipis, Pahang.  Dengar cerita adik-beradik aku semua nak balik.  Meriah la rumah mak abah.  7 beradik, 7 menantu dan 18 cucu.  Confirm aku tido di ruang tamu.

Isteri ada juga ajak beraya ke kampung neneknya, di Singapura.  Kampung la sangat!!  Kalau tak ada aral, raya ke 4 atau ke 5 baru pegi.  Cuma, aku risau budak-budak di Singapura tak nak duit raya seringgit-seringgit.  Kalu dorang mintak duit raya guna Sing Dollar, aku akan buat-buat bersiul pandang tempat lain.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Monday, July 22, 2013

Perkara-perkara cilaka di param.

Masuk hari ke 13 puasa, aku dah pegi pasar ramadan (param) 4-5 kali.  Jenis tak berapa nak rajin memasak.  Makanan di param diharap mampu buat buka selera time berbuka.  Tapi, harapan jauh meleset.  Para peniaga di param sebenarnya penganut fahaman kapitalis yang tegar.  Mereka lebih mementingkan untung daripada menyelitkan sikit-sikit konsep amal jariah terutama di bulan Ramadan.

Kuih lopis basi, kebab daging tapi takde daging harga RM4.50, ikan keli panjang sejengkal masak sambal 2 ekor RM10 ringgit antara perkara-perkara cilaka yang aku hadap sepanjang 13 hari berpuasa.  Kuih karipap memang aku tak nak beli sebab dah tau inti angin.

Menipu dalam perniagaan berdosa la woii.  Jangan la jadikan bulan Ramadan ni tempat kau nak mencari untung dan boleh beraya sakan time Syawal nanti.

Penat aku berpuasa sepanjang hari, sudahnya time beli makanan nak berbuka, aku sumpah seranah.  Itu belum kira tengok awek seksi di param.  Baik yang datang membeli mahupun yang meniaga.  Pakaian tu biar la senonoh sikit kakak-kakak, adik manis sekalian.  Kesian orang mata keranjang macam aku, pahala puasa tinggal kosong.  Heh!!

Monday, July 1, 2013

Mari Menyokong Hoki...

Aku minat juga dengan hoki.  Dulu susah nak tengok sukan hoki di tv.  Dalam pada susah, aku masih ingat juga hero-hero hoki Malaysia.  Malaysia pernah sampai semi final World Cup 1975.  Poon Fook Loke, Colin Sta Maria, Steven Van Huisen, Tai Beng Hai antara hero-hero lama sukan hoki yang aku ingat.  Lepas tu muncul Nor Saiful Zaini, NorAzlan Bakar, Mirnawan Nawawi, S. Kuhan, Kevin Raj dan macam-macam.

Dalam pada kurang publisiti, dari tahun 70an sampai sekarang, ranking Malaysia dalam sukan hoki maintain nombor belas-belas dan pernah duduk nombor 8 dunia.  Kalau tak silap, ranking terbaru, Malaysia duduk nombor 12.

Yang buat aku hairan, team bola yang duduk ranking 158 tu jugak yang ramai dok sokong.  Selagi team bola Malaysia buat perangai "situasi tak bahaya, tapi suka tendang bola ke atas kuat-kuat, nasib-nasib bola tu dapat kat rakan sepasukan, lepas tu bole score", selagi tu aku takkan sokong bola sepak Malaysia.  Zaman moden ni, team power mana ada main bola keeper tendang bola ke atas kuat-kuat lagi dah. Semua gerakan mula dari bawah.  Team bangang je suka tendang bola kuat-kuat tak tentu hala.

Berbalik ke sukan hoki, walaupun peruntukan kecik, team remaja Malaysia jadi johan Asia tahun 2012.
Team yang jadi johan Piala Remaja Asia 2012.
Faizal Saari (penyerang).  Bagi aku dia ni power...antara penyerang terbaik yang pernah kita ada.

Tak macam bola, menang Asean pun kecoh nak mampus.  Menang di Asia Tenggara, serupa la macam India menang bola sepak Zon Asia Selatan.  Ada kau heran, India johan Asia Selatan??  Serupa tu jugak la bila orang India tau kita johan bolasepak Asia Tenggara.  Sikit pun orang India tak heran, orang Sepanyol apatah lagi!!

Sekarang ni team bola bawah 23 negara tengah berlatih berbulan-bulan di Slovakia.  Misi utama nak menang sukan SEA di Myanmar hujung tahun nanti.  Bangang!!  Lepas tu pegawai FAM pergi ramai-ramai.  Perangai macam setan.  Nak main di Myanmar, belatih la kat Myanmar.  Baru la boleh sesuaikan diri dengan cuaca, padang, makanan, persekitaran.  Benda-benda simple macam tu pun orang FAM tak reti pikir. 

Aku malas nak membebel panjang, marilah ramai-ramai kita menyokong pasukan hoki negara.  Sekarang dorang tengah main Liga Hoki Dunia di Johor Bahru.  Hari tu seri dengan Pakistan 4-4, semalam menang dengan Afrika Selatan 6-4.  Esok dorang lawan England.

Buat para gadis dan makwe-makwe, silalah jadikan pemain hoki negara sebagai hero pujaan.  Abang-abang pemain hoki kita pun hot juga!!  Berhenti la memuja Apek...dia dah berbini kehkeh.


Chua Boon Huat... hot kan??
Roslan Jamaluddin, keeper...korang lambat, Hanis Zalikha dah kebas...
Tengku Ahmad Tajuddin.