Friday, April 26, 2013

Everyone Has Two Sides, Good and Evil.

 
Semalam, dekat pukul 6 petang aku pegi jemput Alia balik sekolah.  Dalam perjalanan, aku berselisih dengan 3-4 orang mat rempit.  Dorang bawak moto sambil buat pacak (willy tayar depan).  Bila sampai dekat aku hon kuat dan panjang.  Kelam kabut mat rempit tu, sampai nak jatuh moto.  Muhahahahah aku gelak jahat dalam kereta.  Mat rempit tu pandang aku tak puas hati.  Aku terus jalan sambil pandang side mirror.  Kalau dorang patah balik kejar, memang aku nekad nak langgar je.  Setakat 3-4 orang mat rempit belasan tahun, aku boleh makan rasanya.

Tadi, aku hantar Alia pegi sekolah, dalam pukul 12 tengahari.  On the way balik, aku nampak seorang ibu muda bersama 3 orang anak jalan kaki keluar dari Klinik Kesihatan Labuan.  Seorang anaknya dia dukung dan 2 orang lagi berjalan sambil pegang baju ibu muda.  Aku patah balik.

"Nak pegi mana?" aku tanya
"Terminal bas" jawab ibu muda.

Perghh lebih 3 kilometer tu bai!! Pukul 12 tengahari nak jalan kaki sambil bawak anak kecik 3 orang.

"Meh la saya hantar".

Everyone Has Two Sides, Good and Evil.

Wednesday, April 17, 2013

Melaka Maju 2010 vs Tapak Warisan Dunia


Aku suka pegi Melaka, terutama area Banda Hilir.  Jonker Street membawak ke A-Famosa, steady betul kawasan tu.  Gabungan bangunan-bangunan lama dan tinggalan kota serta kubu Portugis dan Belanda, Bukit St. Paul dan Sungai Melaka yang mengalir antaranya.  Cantik.

Tapi aku kecewa bila kawasan Bandar Hilir dimajukan dengan benda yang entah apa-apa.  Woii orang Melaka, yang pegi buat shopping mall dengan hotel tinggi-tinggi kat area Banda Hilir tu pasal apa?  Habis Padang Pahlawan dah naik shopping mall.

Dulu, pintu kota A-Famosa mengadap laut, Bukit St. Paul jadi kawasan tinjau keluar masuk kapal-kapal yang datang ke Melaka.  Sekarang, kalau kau pegi situ, kau nampak bangunan-bangunan je la...Menara Taming Sari, Mahkota Parade, Hotel Holiday Inn, Hotel Hatten dan kawasan laut yang kena tambak.

Shopping mall dan hotel buat la kat area lain.  Buat kat Ayer Keroh ke, kat area MITC tu ke.  Aku perati, yang penuhkan shopping mall tu, mat rempit tempatan je.  Dorang pegi tengok wayang lepas tu lepak McD.  Kalau buat di area Ayer Keroh pun dorang pegi. 

Pelancong dari luar tak kuasa nak melepak di shopping mall.  Shopping mall kat tempat dorang lagi hebat.  Dorang datang Banda Hilir sebab nak tengok Tapak Warisan Dunia.  Kawasan Banda Hilir diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2008.  Sebabnya, kawasan tersebut kaya dengan nilai-nilai budaya dan tamadun manusia. 

Budaya melepak di shopping mall, UNESCO tak ambil kira.

Bersantai sambil minum mengadap sungai Melaka memang steady. 



Aku harap kerajaan negeri Melaka janganlah bangunkan lagi area Banda Hilir tu.  Cukup-cukup la.  Tak cool sebenarnya ada shopping mall banyak.  Kalau nak shopping mall, baik aku lepak KL.  Benda simple macam tu pun tak reti pikir.  Heh!!

Wednesday, April 10, 2013

Cerita Balik Kerja...

Aku keluar opis 5.45 petang.  Aku sampai rumah 5.50.  Itu pun sebab aku duduk dalam kereta dulu tunggu enjin panas.  Kalau start terus jalan, 5.46 aku dah sampai rumah.

Kalau duduk Lembah Kelang, jangan kau harap.

Monday, April 1, 2013

Berborak dengan mak.

Itu hari mak aku datang.

"Bila nak pilihan raya ni" mak aku tanya waktu tengah tengok tv.
"Entah la mak...dah tak sabar nak mengundi ke?" aku tanya mak.
"Kali ni nak pangkah PAS la..." mak aku tambah.

Selama ni aku ingatkan mak pure BN.  Entah apa yang mengubah pendirian mak aku tak tahu.  Sebagai anak yang baik, aku tak bangkang.

+++

Dalam perkembangan lain, aku amat berharap PRU 13 diadakan cepat.  Dah tak sanggup membaca dan melihat macam-macam benda keji yang ditayang di tv, surat khabar, blog, fb dan apa saja medium media yg lain.

Kalau dulu bukak fb aku boleh gelak-gelak tengok status dan gambar kawan-kawan, tapi sekarang penuh dengan benda politik.  Cilaka.