Tuesday, January 31, 2012

Siakap Stim Menjadi Penyelamat

Siakap Stim, sekadar gambar hiasan.

Gadis  :  Tak menyesal ke kau lepaskan dia begitu saja?
Teruna :  Aku menggambarkan pasangan yang boleh teman aku selalu...sentiasa ada bila aku perlu...

+++

Aku ingat dialog di atas hanya ada dalam drama atau telenovela alih bahasa.  Rupanya di kedai makan kat Labuan ni pun aku dapat dengar.  Aku yang tengah makan rasa nak terjeluak.  Tapi bila mengenangkan yang bukan selalu makan siakap stim dan harganya boleh tahan mahal, aku tahan rasa nak terjeluak itu.  Berair jugalah bijik mata menahan rasa loya...heh!!

Saturday, January 28, 2012

Happy Birthday Goblog

Goblog dah 2 tahun semalam.  Umur baya-baya ni biasanya comel.  Aku harap Goblog akan terus comel.  Happy birthday Goblog.  Esok birthday aku pulak.  Aku harap aku pun comel juga...kehkeh!!

Thursday, January 26, 2012

Siri ITM Di Hatiku : Encik Miskun Yang Nakal.

Aku daftar masuk ITM Shah Alam Januari 1996. Lepas minggu orientasi di Kolej Delima, aku di tempatkan di Kolej Perindu. Kolej Perindu lebih dikenali sebagai Zoo. Puncanya, kolej ini semua lelaki dan pantang nampak perempuan. Bila nampak perempuan, penghuni kolej Perindu bertukar menjadi siamang, kongkang, monyet, kera dan beruk mat yeh pun ada. Jenis menjerit tak tentu hala. Terkejut beruk lah juga aku bila pertama kali masuk kolej Perindu. Riuh dia bukan main.

Kolej perindu menghimpunkan bermacam rupa anak muda dari seluruh negara. Skinhead, black metal, punk rockers, rappers, grunge, mat tabligh, belia 4B, ahli persilatan, mat rempit. Yang berwajah petak, kepala botak, lengan bertatoo, berbadan sasa, yang lenggok menggoda pun ada. Memang macam-macam rupa dan perangai.

Ini cerita hari pertama di Kolej Perindu. Lepas abis minggu orientasi di Kolej Delima, aku di tempatkan di Kolej Perindu 3. Bilik tingkat bawah, hujung dan agak terpencil.  Memang sesuai sangat untuk tidur bangun lambat sampai tak pergi ke kelas.  Nanti kalau rajin aku cerita lain. 

Lepas kemas-kemas seperti memasang cadar, menghanger baju, memasang sarung bantal, menyusun perkakas bilik mandi dan menyusun sepatu di bawah katil aku pun berasa lapar.  Maklumlah waktu lunch dah tiba.  Mengikut kata teman sebilik, kalau nak makan di dewan makan, kena ada kad makan.  Kad makan perlu diambil di pejabat pengurusan Kolej Perindu.  Ooohh pihak MARA amatlah pemurah orangnya, dengan hanya membayar yuran dalam RM200 ringgit lebih sikit satu semester, pelajar dapat belajar disamping diberi makan percuma 3 kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam.

"Pegawai yang incas kad makan nama Miskun, pegilah cepat...sempat lagi ni" kata teman sebilik sambil tunjuk jam dah pukul 12 lebih.

Aku pun bergegas ke Pejabat Pengurusan Kolej Perindu.  Keadaan di pejabat agak lengang, mungkin sebab dah nak sampai waktu makan tengahari.  Mata aku terus tertarik kepada seorang lelaki berambut afro, berkumis nipis dan tegap pendek.

"Assalamualaikum encik" aku memulakan agenda nak mintak kad makan sambil buat muka semanis mungkin.
"Waalaikumsalam...nak apa ni?" encik rambut afro jawab stail malas nak layan.
"Saya nak jumpa Encik Miskun...nak mintak kad makan" pantas aku jawab.
"Encik Miskun takde, dia dah keluar...datang lepas lunch nanti" tegas jawapan encik rambut afro.
"Terima kasih.." aku bernada hampa.

Aku pusing badan nak keluar dari pejabat.  Sebelum beredar sempat aku pandang name tagged di dada belah kiri encik rambut afro.  Jelas tertera MISKUN.

Aku keluar, aku tendang pasu bunga besar depan pejabat tu.  Bersepai 3 bijik.  Cilaka, nama sendiri pun nak tipu!!!  Tengahari tu aku makan di Perindu Inn, jenis bayar punya...heh!!

+++

Nota kaki:
- aku tendang pasu bunga besar depan pejabat tu.  Bersepai 3 bijik - aku tipu.
- Perindu Inn - medan makan di belakang Kolej Perindu.

Wednesday, January 18, 2012

Asal Kau Faham, Aku Okey

Ini nak kata sajak ke lirik lagu lantak la.  Cuma satu harapan aku, jangan jatuh ke tangan Eddie Hamid, mendayu-dayu jadinya nanti...tapi kalau Eddie Hamid nak jugak, aku charge 50K, royalti kira lain kehkeh..

Asal Kau Faham, Aku Okey...


aku lelaki biasa biasa
makan nasik dan pulut mangga
cuba nak ada super power
biar kau suka riang ria


kau memang istimewa
walau kita jarang jumpa
harap nanti kita bersama
di dunia dan di syurga


kawan-kawan kata mandi bunga
aku cuma ketawa-ketawa


ada yang suruh jumpa bomoh
aku kata mereka bodoh


sabarlah sabarlah
aku setia di sini
sabarlah sabarlah
datang juga harinya nanti


nanti jumpa kita karaoke
asal kau faham, aku okey
asal kau faham, aku okey yea yea yea...

Saturday, January 14, 2012

Kenangan Menusuk Kalbu Sewaktu Berjoging

Pagi tadi lepas hantar Lutfil pegi sekolah, aku ajak Alia joging.  Hari masih awal.  Baru pukul 7 pagi.  Aku masuk kerja 8.30.   Alia pulak sekolah sesi petang.  Kami berjoging dari rumah sampai ke Memorial Perang Labuan.  Lepas tu Alia ajak tengok kawasan perkuburan Kristian.  Tak pernah tengok, katanya.

"Boleh tengok ke?" tanya Alia.
"Takde signboard DILARANG MASUK pun, boleh la" jawab aku.

Kami meninjau-ninjau beberapa kubur. Puas tengok kubur, aku ajak balik.

"Jom lumba lari"  kata Alia.
"Ok, sampai pokok besar sana" aku cakap sambil tunjuk pokok, jaraknya dalam 80 meter dari tempat kami berdiri.

1, 2, 3 zasss aku pecut.  Seperti yang aku ramal, jauh Alia kena tinggal.

"Lajunya papa lari!! Papa atlit ke dulu?" Alia bernada heran.

Aku pandang Alia sambil tersenyum nipis.  Tiba-tiba suasana bertukar jadi hitam putih dan ada effect air berkocak...(flashback la konon)

++++

Jarak 300 meter aku harung dengan jaya.  Pagar hampir setinggi pinggang bukan penghalang.  Selekoh 100 meter terakhir, aku masih di depan.  Pagar ke 9 juga aku berjaya diatasi.  Pagar terakhir yang tinggal.     Kalau aku berjaya, akulah juara.  Juara negeri Pahang acara 400 meter lompat pagar kategori bawah 20 tahun.  Pasti pencapaian diluar jangka.  Saat semua tertumpu pada peserta dari Temerloh dan Kuantan yang berlari di lorong 3 dan 4.  Rupanya aku yang berlari di lorong 8 di depan.  Wakil daerah Kuala Lipis...

Awal 90an, menengok acara lari lompat pagar di daerah Kuala Lipis, ibarat menengok Liverpool datang main bola kat Bukit Jalil.  Punya la payah.  Acara lari berpagar memang tak dipertandingkan di peringkat daerah Kuala Lipis.

"Kamu masuk acara 400 meter lompat pagar la Zam.  100 dan 200 meter Kuantan kuat, ada Azmi Ibrahim!!  Lagi satu, saya rasa kamu sesuai acara lompat kijang.  Lari ganti-ganti 100 dan 400 meter pun masuk juga"  kata cikgu Osman, jurulatih olahraga daerah Kuala Lipis.  Arggghh Azmi Ibrahim pun budak Kuala Lipis juga, cuma dia bersekolah di Kuantan.

Sebagai murid yang baik dan bersopan, aku tak lawan cakap Cikgu Osman. Walaupun aku johan daerah Kuala Lipis acara 100, 200 dan 400 meter, malah aku mencatat rekod baru 100 meter dengan masa 11 saat ngam-ngam dengan catatan tangan. Tapi aku diarahkan masuk 400 meter lompat pagar dan lompat kijang.  Sepanjang hayat aku tak pernah melompat pagar dan melompat kijang.

Tempoh latihan yang tak sampai sebulan, aku pelajari sungguh-sungguh teknik lompat pagar dan lompat kijang.  Hanya 2 orang masuk acara lompat pagar.  Aku dan Syamrul.  Tapi Syamrul acara 110 meter.  Berlatih la kami berdua tekun tak banyak kerenah tapi belah malam curi-curi hisap rokok.

...Hanya tinggal pagar terakhir. Kalungan pingat emas dah terbayang-bayang.  Tinggal lebih kurang 30 meter dari garisan penamat.  Pagar terakhir makin hampir. Kurang 1 meter dari pagar, aku lompat.  Kaki depan lepas bergaya...tapi kaki belakang tersadung pula!!  Cilaka!!

Aku jatuh, berguling.  Tapi tangkas aku bangun semula dan teruskan berlari.  Dapat nombor 4.  Di garisan penamat air mata berderai.  Dia punya rasa cilaka memang tahap tak patut.  Last air mata keluar masa sunat darjah 5.

Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) 1994 memang aku tak boleh lupa.  400 meter lompat pagar memang kecewa gila babi.  Lompat kijang aku nombor 4 dalam Pahang (14.24 meter).  Acara berganti-ganti 400 dan 100 meter, team Kuala Lipis nombor 2.

++++

Suasa kembali berwarna.

"Papa Atlit ke dulu?" Alia tanya kali kedua.
"Taklah...papa bukan apa-apa, papa cuba semua..."

Monday, January 9, 2012

Syukur 21

Fail:Syukur21 01.jpg


Filem Syukur 21 merupakan filem pertama terbitan Metrowealth.  Aku ingat lagi masa pergi interview kat Metrowealth.  Awal 2000.  Opis Metrowealth kat USJ, dekat dengan Giant.  Masa aku interview, opis dia belum siap.  Masa tengah interview, ada orang tengah cat dinding dan bertukang.  Memang steady.  Ada 2 orang lelaki interview aku.  David Teo dan Edie Pak.

Selang beberapa hari Edie Pak call aku.  

"Awak ditawarkan jadi Assistant Production Manager...kena report duty next week.  Dalam bulan Mac sampai Mei kena ke Indonesia untuk pre produksi dan shooting filem Syukur 21" lebih kurang begitu ayat Edie Pak selaku pengarah bersama filem Syukur 21 bagi tau kat aku.

Dipendekkan cerita, aku tolak tawaran bekerja dengan Metrowelth tu.  Pasal bulan 5 Lutfil akan lahir.  Apa giler anak nak lahir aku shooting filem kat Indonesia.

Tapi bila pikir-pikir balik, kalau aku terima offer kerja tu dulu, mesti sekarang ni aku dah jadi pengarah filem. David Teo kan selalu bagi chance kat orang muda...Farid Kamil, Yana Samsudin, Hashim Rejab.

Tuesday, January 3, 2012

Semesra History X : Sekolah Dah Start.


Hari ni sesi persekolahan 2012 start. Aku teringat zaman aku naik form 1 dulu, tahun 1988. Ntah macam mana dapat masuk Sek. Men. Sains Raub aka SEMESRA. (Semesra tukar nama ke Semesta tahun 1989).  Mungkin pasal result Penilaian Darjah 5 aku best. Padahal aku rasa biasa-biasa je. Time tu aku masih mengharapkan orang tua yg buat keputusan dalam hidup aku, maklumlah masih mumaiyiz. Ikut aje la bila disuruh pergi. Nak masuk MTD or MRSM tak dapat..kehkeh.

Fist day daftar masuk asrama dia punya tahap debar tak boleh nak cakap…sikit lagi nak sama dengan debar masa nak sunat tahun 85…gila babi gelabah. Maklumlah, first time nak berjauhan dengan family. Sebelum ni paling lama berpisah dengan mak, time aku ikut rombongan pegi Melaka masa darjah 6, itu pun 3 hari 2 malam je.

Selesai daftar aku ditempatkan di Blok A (Kejora). Waktu tu nama blok ikut nama planet, Kejora, Zuhal, Musytari dan Marikh.  Bilik pulak ikut tingkatan, jadinya bilik aku tu semua budak-budak tingkatan 1 la…20 orang jumlahnya. Selesai mak abah masing-masing balik…maka bermulalah sesi suai kenal antara kami.

Line up bilik tingkatan 1 Kejora 1988 terdiri daripada :

1. Aku
2. Mohd Hazry aka Mat Jimbo (Rawang)
3. Mohd Aizul B. Ahmad aka MABA (Temerloh)
4. Safian Yunus aka Pyan (Damansara)
5. Mohd Fairiz Jaafar (Bentong)
6. Saiful Affendy Sayuti aka Sep (Gombak)
7. Azrin Affendy aka Panjang (Bentong)
8. Isma Saiful Saufi (Kuang)
9. Tan Tze Kea (KL)
10. Mohd Syuhairi Abd. Rashid aka Pulai (Temerloh)
11. Hamizan Abu Hassan aka Daiman (Jengka)
12. Azman aka Chenor (Chenor)
13. Haikal (KL)
14. Mohd Asri Arshad aka Wak Kardem (Teluk Panglima Garang)
15. Mohd Riduan Ali (Jengka)
16. Samsul Kamar Samsudin aka Sam (Raub)
17. Zulkarnain Mohd Zain aka Zulzain (Bentong)
18. Mohd Fadzil Abd Hamid (Kajang)
19. Fansua (Kuantan)
20. Mohd Faizul Ahmad aka Cipot (Ipoh)
21. Azirul Fahmi Mohd Soid aka Toyol (Alor Star)
22. Fazrul Azwan (Tronoh)

Lepas asrama blok C (Musytari) terbakar, 2 orang ni pulak join masuk bilik aku.

23. Riduan Nor Shariff aka Apek (Banting)
24. Adnan Osman aka Tua (Jerantut)

Sepatutnya ada 20 orang aje 1 bilik…ada yang cabut awal, macam Mat Jimbo, Fansua dan Fairiz. Aku dah tak ingat turutannya.  Aku syak tekanan perasaan berjauhan dengan family, makan tak sedap…lauk dewan makan macam haram, rindu suasana kampung masing-masing,  masalah pijat, wabak kurs, tak tahan tengok senior mandi bogel dan sebagainya menjadi punca mereka ini meninggalkan SEMESRA seawal tingkatan 1.

Tapi yang paling aku ingat masa daftar masuk asrama, bapak Fansua.  Memang stylo, rambut panjang, pakai bush jaket lagi.  Hantar anak masuk asrama pakai biasa-biasa dah la.  Time dia nak repair locker Fansua (locker semua terbarai), dia bukak jaket…sekali ada pistol kat pinggang…aku terus menikus duduk diam-diam atas katil. Gila ada pistol...abah aku paling kuat bawak parang je, tu pun time dia pegi ladang sawit. Apa jadah dia nak bawak time hantar anak masuk asrama...

Tapi Fansua tak lama, lepas kes dia nak bunuh diri cinta tak dibalas, dia terus tukar sekolah. Cilakak betul, baru tingkatan 1 dah bercinta sampai nak bunuh diri…parut sunat pun belum kering!!! Bersusah payah aku pujuk dia jangan terjun dari tingkat 2 asrama tu...alah, kalau terjun pun bukan mati...setakat patah tulang rusuk sebatang dua je.
Lepas tu daftar masuk kelas, aku dapat masuk 1 Sains 4. Semua sekali ada 5 kelas tingkatan 1. Antara line up 1 Sains 4.

1. Aku (Koyan)
2. Saiful Affendy Sayuti aka Sep (Gombak)
3. Mohd Syuhairi Abd. Rashid aka Pulai (Temerloh)
4. Hamizan Abu Hassan aka Daiman (Jengka)
5. Adnan Osman aka Tua (Jerantut)
6. Arwah Tun Murshidin Shah Abd Rahim aka Idin (Kuantan)
7. Norizlan Ismail aka Lan (Selayang)
8. Kamalanathan a/l Muthukrishan aka Nathan (PJ)
9. Kamal Kamaruddin aka Unta (PJ)
10. Rizal Mat Juri aka Ilet (Kajang)
11. Safizal Zabir aka Beduk (Kajang)
12. Dzulkarnain Hardy aka Buaya (PJ)
13. Romy Nasifi Asngari aka Romy (Sabak Bernam)
14. Rahmat Mahput (Kepong)
15. Mohd Ariff Zakaria (Jerantut)
16. Khairudin Shah Aman Shah aka Kudin (KL)
17. Mohd Fadzil Abd Hamid (Kajang)
18. Noren Azman (KL)
19. Siti Hajar Ismail (Klang)
20. Idawati (Kuala Lipis)
21. Nurhema (Cheras)
22. Salina Limat (Rompin)
23. Aslinda Aris (KL)
24. Syilvia Vincent (KL)
25. Erniwati (Klang)
26. Haslinda (KL)
27. Siti Salwani (KL)
28. Kamarul Asri (Jengka)

Alah…dah tak ingat sape lagi…kalau tak silap ada 30 or 32 orang dalam kelas aku. Ntah dari mana kerajaan dapat idea kumpul budak ramai-ramai duduk asrama, lepas tu bagi makan benda tak senonoh. Ikan jaket tu kalau bagi kucing…biru muka kucing nak menelannya.

Sekarang dah 2012, dah 24 thn rupanya waktu itu berlalu…masing-masing dah beranak pinak, dah berkerjaya dan berjaya. Semoga persahabatan terus kekal…nakal yang dulu-dulu tu, kira halal la ye...heh!

++++

Ini entry lama dalam fb...tengah malas nak menulis sekarang ni.  Esok kena ke KK lagi...dah malas nak ke sana...heh!