Friday, June 22, 2012

A Barefoot Dream



This film base upon a true story, Kim Won-kang (Park Hie-soon) is a former soccer prospect whose life did not turn out quite as he had hoped. He heads to East Timor, where he thinks there will be plenty of opportunities for him. One day, he sees a group of street kids playing ball with bare feet. Thinking he can score by selling soccer shoes, he opens a sports equipment store, but realizes none of the kids can afford those fancy shoes or jerseys. Again, despaired, he is about to close up the store. Then, he decides to teach the kids how to play ball. Penniless and still without shoes, they decide to compete at the International Youth Soccer Championship in Japan.




Aku baru beli dvd cerita ini walaupun release tahun 2010.  Nak review panjang-panjang pun aku tak tahu nak komen apa.  Tapi yang pasti pelakonnya tak nampak berlakon dan takde nak bermake up beriya macam drama melayu, potong bawang kat dapur pun bukan main pakai bedak.  Lagi satu yang penting pada aku, cakap serupa mulut.  Jenis odio on location takde macam kebanyakan filem melayu, rekod suara kemudian.  Sudahnya, cakap tak serupa mulut. Lip sync lari. Bangang.





Selain A Barefoot Dream, aku beli dvd Bunohan.  Tak pandai aku nak komen.  Masa tengok, takde rasa nak bangun kencing ke televisyen maknanya ok la tu.  Masih ada sinar untuk filem Melayu.  "Aku Masih Dara" tajuk filem paling keji untuk alaf ini!!! Babi!!!  


+++

Lip synclip-synclip-synch (short for lip synchronization) is a technical term for matching lip movements with sung or spoken vocals. The term can refer to any of a number of different techniques and processes, in the context of live performances and recordings.
 In film production, lip synching is often part of the post-production phase.

Tuesday, June 19, 2012

Komik

Seawal tahun 80an komik hadir dalam hidup aku.  Membesar dengan membaca komik mendidik macam Bujal dan Bambino, seterusnya ke komik yang humor.   Zaman itu, Gila-Gila dan Gelihati memang tengah top. Kadang-kadang ada juga aku beli komik Batu Api, tapi lawak dia aku tak boleh nak pegi sangat.

Gila-Gila dengan kartunis Ujang, Gelihati dengan Gayour.  Cerita-cerita Ujang memang lain macam dia punya steady.  Aku Budak Minang, Aca, Atuk, Intelligent Blues Club (I.B.C) memang paling menang time itu.  Cerita dan lukisan Ujang memang menangkap bagi aku.  Aku boleh perati setiap detail lukisan dia.  Kalau bumbung rumah mesti ada selipar jepun tersangkut, kalau scene kampung ada ayam pakai spec hitam.  Benda-benda kecik itu pun dah mampu buat aku ketawa, belum kira dialog watak-wataknya lagi. 2-3 tahun lepas, masa pesta Buku Antarabangsa KL, aku pegi booth Creative Enterprise, habis aku borong siri Aku Budak Minang, Aca, Atuk, Intelligent Blues Club (I.B.C) dan novel Jibam, semua karya Ujang.  Sekarang entah dimana duduknya...pindah-pindah punya pasal.

Sementara di pihak Gelihati, bagi aku kartunis Gayour jadi tunggak.  Lukisan rock-rock dia memang power.  Kebetulan, tahun 80an scene rock memang tengah menaik.

Memang tiap-tiap bulan mesti membeli komik.  Kena mood abah baik, boleh beli 2 komik sekaligus.

Januari 1994, scene komik Malaysia gempar dengan kemunculan komik Ujang "Majalah Lawak Antarabangsa" terbitan Kharisma Publications dan seterusnya MOY Publications.  Kartunis Ujang keluar dari Gila-Gila dan buat komik Ujang.  Lain macam dia punya meletup.  Lawak komik Ujang memang lain, tak kering gusi dibuatnya.  Basah je gusi.


Komik Ujang "Majalah Lawak Antarabangsa" jadikan watak Din Beramboi sebagai maskot.  Din Beramboi hanya dikomersilkan oleh komik Ujang pada Januari 1994, tapi sejak dari darjah 4 tahun 1985 kalau tak silap aku dah tahu siapa Din Beramboi.  Jiran dekat rumah bagi aku dengar kaset.

Jiran  :  kau dengar kaset ni...lawak.
Aku  :  Kaset ape tu?
Jiran  :  Ini budak UM main-main interview orang gila...

Bila tahun 94, Din Beramboi jadi maskot majalah Ujang, terus aku teringat kaset yang jiran aku suruh dengar masa sekolah rendah.  Sejak itu majalah Ujang jadi perkara wajib beli setiap bulan.  Ditambah dengan kemasukan kartunis Gayour, Aie, Leen Mafia dan arwah kartunis Qoyyum.  

Leen Mafia jiran aku, anak Arwah Pakcik Saad sementara arwah Qoyyum budak Batu Talam, dekat dengan kampung aku.  Kena support la budak kampung sendiri ye dak.  Aie pula mula melukis untuk siri Abe dan seterusnya Aku Hidup Dalam Blues...power power.


Cara berfikir aku sekarang, rasanya banyak dipengaruhi dari bacaan komik sewaktu membesar dulu.  Aku sering mencari sudut lucu dari masalah yang datang melanda.  Hidup sementara, nak serius-serius sangat buat apa...ye dak??

+++

Baru-baru ni aku terbelek komik Ujang.  Kalau dulu rasa cilaka kalau tak beli, tapi sekarang rasa cilaka kalau beli.  Dia punya tak lawak dah macam tengok Maharaja Lawak.  Tolong kembalikan komik Ujang yang dulu!!!  Aku rindu!!!

Saturday, June 9, 2012

Char kue teow 7.0

Tadi goreng char kue teow. 1st time.  Selalu makan di pojok simpang dekat rumah.

Aku    :  Berapa markah per 10?
Lutfil  : 7...

Ok la tu.  Babai char kue teow pojok.
Char kue teow paling power sebenarnya "Sunny Char Kue Teow" Bayan Baru, Penang.  Steady betul.          

Tuesday, June 5, 2012

Cerita Dari Kampung

Aku baru balik dari kampung.  Seminggu juga aku kat kampung.  Jarang-jarang balik. Macam-macam cerita ada.

1.  Adik aku yang bongsu kawin.  Alhamdulillah settle semua.  Semoga gembira selalu.

Peace!!
 2.  Di kampung tengah sibuk cerita saham Felda.  Abah aku tak sign. 800 unit saham je Felda nak bagi. Ingatkan 8 lot, paling tidak.  Bukan free, kena beli.  Punca tak nak sign pasal 800 x RM4.55 sen (seunit saham) = RM3,640. RM3,640 kena pinjam.  Tak boleh guna duit sendiri.  Pinjam di Maybank atau CIMB.  Pedulik la kalau abah ada duit tunai berjuta pun.  RM3,640 tetap kena pinjam, kata pegawai Felda yang datang rumah suruh sign tu.    Disebabkan taknak pinjam, abah tak sign.   Setakat RM3,640 bukannya tak mampu...heh!!!

3.  Ada budak main rugbi di Koyan sekarang.  Sempat juga aku join 4 hari main "rugbi sentuh".  Aku harap ada budak Koyan yang mampu main untuk Malaysia satu hari nanti.  Takde la nak mengharapkan orang Fiji.  Korang tahu tak ni ada 3 orang Fiji main rugbi untuk Malaysia??  Dah import pun masih duduk Divisyen 2 Asia...kalah dengan Thailand...hakkk tuiii!!  Tapi yang paling bangang, team bola Malaysia.  Dengan Filipina pun tak boleh score.  Aku tengok sekejap je. Daripada aku berdosa maki hamun depan tv, baik la aku lepak mengeteh di kedai Ipin.

4.  Ada budak Koyan kena tangkap pasal bawak keluar emas dari lombong Selinsing Gold Mine.  Dengar cerita dekat 10 orang yang kena tangkap.  Nilai emas yang dorang bawak keluar RM1 juta lebih.  Aku harap ramai lagi yang akan ikut jejak dorang.  Daripada mengkayakan orang Kanada tokey lombong tu, baik la dicuri je.  Kerajaan negeri pun satu, buat perjanjian dengan company luar pembahagian 70-30, 30% keuntungan je kerajaan negeri punya.    Ikut kata sumber2 yang boleh dipercayai, tahun pertama beroperasi, lombong tu dah balik modal...sekarang ni makan untung je.  Dah bertan-tan emas dorang bawak keluar. Aku harap sangat kerajaan negeri atau company tempatan boleh take over lombong emas tu.  Dulu masa zaman bijih timah, orang luar juga yang untung.

Ok, tu je...nanti la raya aku balik kampung lagi.