Tuesday, April 10, 2012

Kucing

Aku sibuk sikit sekarang ni.  Sibuk kerja opis dengan sibuk membela kucing.  Aku bukan la adore sangat dengan kucing.  Tapi dengan kucing yang sekor ni, aku jadi lain.  Dia kencing berak dalam rumah pun aku biarkan.  Bergilir aku, Alia dan Lutfil mengemop lantai.  Sampaikan makan minum kucing tu pun bersuap.
















Aku jumpa kucing ni Jumaat malam yang baru sudah.  Kena langgar.  Kaki belakang dia dua-dua belah tak boleh pakai.  Yang berbungkus merah tu siap terkeluar tulang.  Kesian betul.  Tambah kesian, di Labuan takde klinik haiwan.  Yang ada Jabatan Veterinar.  Itu pun hari Sabtu dan Ahad tutup.  Kucing ni tanggung azab la Sabtu dan Ahad.




Alia bagi nama Garfield.  Semalam, Isnin aku hantar Garfield ke Jabatan Veterinar.  Orang di Veterinar kata dia dah masukkan besi.  Aku harap dia akan ok lepas ni.  Kesian tengok dia mengesot guna 2 kaki depan.

Disebabkan Garfield tergolong dalam golongan kurang upaya, aku redha kalau dia berak dan kencing merata.  Kalau sihat buat perangai macam tu, memang nak kena rembat dengan penyapu


4 comments:

  1. golongan OKU.. kesian.. harap Garfield cepat la ok

    ReplyDelete
  2. penyayang rupanyer Mohd.Zam Ali neh...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dan hanya Allah yg dpt membalas usaha ikhlas tuan anak beranak kerana membela kesihatan "Garfield" - nzky

    ReplyDelete