Friday, March 30, 2012

Pung pang pung pang PRU-13

KSU kata,  Soldadu perang kerajaan pung pang pung pang
                   Kementerian telah diberi mandat sekali lagi pung pang pung pang

Menteri kata,  Bantu kerajaan capai majoriti 2/3 pung pang pung pang
                      Semua jentera perlu digerakkan pung pang pung pang

PM kata, hanya BN yang mampu pung pang pung pang
               Sama-sama jayakan tranformasi kerajaan pung pang pung pang

2 hari suntuk pung pang pung pang pasal pilihanraya boleh tahan juga dia punya rasa.  Cakap banyak pun tak guna sebenarnya kalau aku kat Labuan nak balik mengundi di Koyan nun di Kuala Lipis sana apa cerita ni?  Tiket kapal terbang nak kira mcm mana? Tak mengundi lagi la nampaknya...heh!!

+++

PRU 1-10 aku belum layak mengundi.
PRU 11 aku kerja...dari subuh sapiie membawak ke tengah malam buat siaran mengundi...
PRU 12 aku kerja juga...PWTC, sempat la juga tengok Shahrizat menangis sambil dipujuk Pak Lah...
PRU 13 kalau dapat tiket free baru le mengundi...kehkeh

Thursday, March 22, 2012

Dari Kampung Petang ke Kampung Pagi.

Kampung Petang terletak di Hulu Terengganu.  Tepatnya, di dalam Tasik Kenyir.  Ya, dalam tasik.  Kampung ni dah tenggelam.  Tasik Kenyir yang ujud dengan siapnya Empangan Janakuasa Sultan Mahmud pada 1985, telah menenggelamkan  Kampung Petang.

Kampung Pagi pulak terletak di Ulu Tembeling, Pahang.  Kalau dari Kuala Tahan, (pintu masuk Taman Negara) kena naik bot dalam 7-8 jam sampai la ke Kampung Pagi.  Bergantung keadaan air.  Musim air tinggi, cepat la sikit, kalau air cetek, jadi lambat pasal kena menolak bot.  Kampung Pagi, kampung terakhir di Sungai Tembeling.

Mengikut cerita orang dulu-dulu, masa Mat Kilau lari dari ditangkap pihak British di Pahang, dia lari ke Terengganu.  Dari Jerantut beliau ke Kuala Tahan dan terus ke Kampung Pagi ikut laluan sungai.  Seterusnya beliau berjalan kaki meredah hutan ke Kampung Petang di Terengganu.

Kampung Pagi mendapat nama kerana, dulu-dulu orang dari Pahang nak ke Terengganu jalan kaki bertolak dari kampung tu pagi-pagi dan sampai ke kampung pertama belah Terengganu waktu petang keesokan harinya.  Kampung belah Terengganu dinamakan Kampung Petang.  Paham?  Tak paham, lantak la kau, peduli apa aku.

Dulu-dulu masa zaman ramai pendekar macam Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Gajah dan sebagainya, dorang tu semua steady je jalan kaki dari Kampung Pagi ke Kampung Petang 2 hari satu malam.  Satu malam je dorang camping dalam hutan.  Itu cerita dulu.

Sekitar tahun 2005 rasanya, aku ada buat perangai jalan kaki dari Kampung Petang di Terengganu ke Kampung Pagi di Pahang.  6 hari 5 malam baru sampai...kehkeh nampak sangat aku bukan pendekar.  Lagipun aku bukan kena kejar dengan British.

Walaupun tidak dikejar oleh British, tapi aku dikejar tebuan tanah.  Memang naya, dengan backpack Deuter 45 liter atas belakang, lari memcicit tengah-tengah hutan.

++++

Dah lama aku tak buat kerja masuk hutan.  Rindu pulak rasanya.  Last pergi Taman Negara Endau-Rompin tahun 2010.  "Be a traveller, not a tourist" - Anthony Bourdain
  
Mat Kilau

  
M. Daud Kilau







































Nota kaki :
Mat Kilau dan M. Daud Kilau takde kaitan saudara.  Mat Kilau orang Pahang.  M. Daud Kilau orang Perak.

Monday, March 19, 2012

Muar

Sabtu lepas aku pergi Muar, Johor.  Muar kampung mak dan abah aku.  Sepupu aku belah abah buat kenduri kawin anaknya.  Dah berbelas tahun aku tak balik Muar rasanya.  Masa kenduri, sempatlah berjumpa dengan sedara mara.  Mak Anjang, Mak Chik dan Chu turut ada.  Dorang ni adik-adik abah aku.  Dari 9 beradik, hanya tinggal 4 orang, yang lain dah meninggal.

"Kenal tak?" ayat yang keluar dari mulut aku masa nak bersalam dengan Mak Anjang.  Berkerut muka Mak Anjang berfikir.
 
"Mamat la...anak Uteh Ali.."  Gedebuk...Mak Anjang tampar belakang aku.

"Bertuah punya budak, berpuluh tahun aku tak jumpa kau!!" Mak Anjang tarik aku duduk sebelah.  Bermulalah sesi interview.  Duduk mana, kerja apa, anak berapa orang bla bla bla...

Masa nak balik, Mak Anjang peluk dan cium pipi aku.  Terharu.  Rasa macam waktu sekolah rendah dulu.  Entah bila lagi boleh jumpa.  Mak Anjang pun tengah sakit sebenarnya.  Leukimia.

Thursday, March 8, 2012

Siri ITM Di Hatiku : Membuang Waktu di Semester Satu

Dulu masa kat ITM aku kena belajar 7 semester. Semester 1 dipanggil Pre-Degree.  Hanya ada 2 subjek.  Bahasa Inggeris dan Menaip.  Yaa, menaip.  Belajar menaip. Guna mesin taip manual yang bunyi keletak keletak tu.  Di saat seluruh dunia tengah sibuk dengan perkembangan ICT, Mahathir tengak sibuk merangka Multimedia Super Corridor, aku kena belajar guna mesin taip. Setan betul, masa tingkatan 1 tahun 1988 aku dah belajar komputer.  Apa punya giler tahun 1996 kena belajar guna mesin taip.
Disebabkan itu, aku lebih banyak melepak di bilik dari pergi ke kelas.  Main chess dengan Azlan.   Azlan kawan pertama  aku di ITM.  Aku kawan dengan dia sejak hari pertama masuk ITM. Dia jurusan Kejuruteraan.  Aku masscomm. Mengikut urban legend, masscomm sama engineering tak ngam.  Tapi aku senang berkawan dengan Azlan walaupun dia muda 2 tahun. Dia masuk lepas SPM, aku STPM.

Azlan anak seorang profesor di UKM.  Lepasan SM Sains Selangor.  Berkulit cerah, mengingatkan aku pada arwah Syahrizi aka Adik, kawan kamceng masa sekolah Clifford.  Kebetulan arwah juga lepasan SM Sains Selangor.

Hampir setiap pagi Azlan akan datang bilik aku.  Nak kata pagi pun tidak lah juga, sebab selalunya bangun tido dah nak bang Zohor.

"Lu pegi kelas tak hari ni?" soal Azlan, dengan muka belum mandi, tuala sangkut di leher.
"Malas..." aku jawab sambil baring. 
"Jom main chess..."

Begitulah rutin kami hampir setiap setiap hari.  Satu hari masa tengah main chess, Azlan memulakan borak.

"Lu ingat lagi tak masa 1st time gua tegur lu?"  soal Azlan.
"Ingat.."  aku jawab malas pasal nampak gaya Azlan nak buat step checked mate. Aku memang selalu kalah main chess dengan dia.
"Lu nak tau sebab apa gua tegur lu dulu tu...?"  soalnya lagi sambil tolak buah Bishop line putih makan aku punya Castle.  Cilaka.
"Entah..."  bayangan kekalahan dah nampak.
"Pasal lu pakai t-shirt Quiksilver...nampak ganas!"
"Haha"  aku ketawa.

Terus teringat 1st day lepas daftar.

Lepas abah aku balik hantar aku daftar ITM, aku tukar la pakai t-shirt. Apa giler aku nak pakai kemeja tucked in sampai ke petang.  Lepas letak baldi bawah katil, aku keluar ke koridor. Sebab rasa tak best melepak dalam bilik dengan baldi.  Aku pun heran, asal duduk asrama, nak kena beli baldi.

Masa aku melepak di koridor ni la 1st time Azlan tegur aku.

"Brader...jom isap rokok."  Ayat pertama keluar dari mulut Azlan, dan selepas itu kami berkawan rapat. 

Sejak itu aku tahu, rokok juga boleh merapatkan silaturrahim selain merosakkan paru-paru.

++++

Azlan hanya belajar di ITM satu semester.  Lepas tu dia tukar masuk KDU.  Last aku jumpa dia tahun 1998 rasanya di One Utama.  Dia dengan amoi seksi.  Aku ajak main chess dia ketawa. 

Entah mana dia sekarang.
Pre-Degree:  Walaupun jarang ke kelas, tidak fasih berbahasa Inggeris dan lembab menaip...tetap di kelilingi gadis-gadis kehkeh