Wednesday, August 24, 2011

Lalu Lintas


















Dulu - keluar rumah nak pegi opis pukul 7 pagi.  Hantar Alia dan Lutfil pegi sekolah terus direct pegi opis.  Harung jammed yang cilaka, paling cepat pukul 8.15 aku sampai.  Kena hari Smart Tunnel tutup, 9.30 aku sampai opis...2 kali cilaka.

Kini - tidak lagi.  Lalu lintas aku pegi balik opis sekarang bukan main steady.




















Suasana jalan raya keluar dari opis aku sekarang.  Bukan main tenang.





















Pemandangan hijau di kiri kanan jalan.




















Aku tersenyum riang berjalan pulang.  Jalan kaki dalam 5 minit sampai istana hinggap.




















Kalau aku rajin lagi sikit, tambah jalan kaki lagi 5 minit...sampai sini.

















Amacam...steady??

Thursday, August 18, 2011

Senario Ops Pocot

Aku balik dari Kota Kinabalu Rabu semalam.  Naik feri dari Menumbok ke Labuan.  Setelah Kumin parking kereta ngam-ngam dalam feri, aku keluar dari kereta. Tengok-tengok pemandangan pekan kecik Menumbok dari atas feri.  Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam.  Feri besar, kalau bot laju 20 minit boleh sampai Labuan.

"Pegi rehat di atas la boss, biasa dorang pasang movie tu" Kumin kata ke aku.

Pejalan kaki dan penumpang kereta boleh berehat di tingkat 2 feri.  Tempat duduk selesa dan berhawa dingin.  Disediakan juga skrin tv besar.  Betul kata Kumin, Senario Ops Pocot baru nak mula.  Sahih dvd pirate.  Aku tak pedulik, janji masa 2 jam terisi.

Feri mula bergerak.  Tak lama, aku mula rasa mual, loya dan nak muntah.  Aku heran.  Selama ni tak pernah aku mabuk laut.  Berkerut juga dahi menahan loya.  Aku pandang keliling. Jenuh pikir kalau-kalau ada tersalah makan.  Arghhhh celaka...baru aku perasan, Senario Ops Pocot punca angkara.  Subhanallah...teruk betul ceritanya dan lakonannya.  Azlee, Mazlan dan Wahid...sudah sudah la jadi bodoh. Aku tengok tak sampai 15 minit, aku keluar layan tengok laut. Sebelum aku termuntah dan batal puasa, baik aku habiskan masa buat benda lain. 

Kepada pendokong-pendokong utama filem Senario Ops Pocot, penerbit, pengarah, panel skrip, dan pelakonnya sekali...sila makan taik dan pergi mati!!! Aku bukan anti filem Melayu...ikhlas.




































Pemandangan dari atas feri berlatar pekan Menumbok.

Thursday, August 11, 2011

Sungkai

Di Labuan, kalau ada yang tanya : "Sungkai di mana?", jangan buat cerdik geografi jawab Sungkai di Perak.  Sungkai di sini maksudnya berbuka puasa.

A : Sungkai apa tadi? 
B : Makan sayap di siring jalan aja tadi bah...(makan kepak ayam je tepi jalan tadi)

Banyak giler orang jual kepak ayam.  Restoran, siring jalan, pasar ramadhan, kaki lima kedai.  Badan ayam pergi mana aku tak tahu.





















Ayam kalau takde kepak...hodoh rupanya!!

Thursday, August 4, 2011

Memori Ramadhan - Milo Untuk Sang Juara

Awal Ramadhan 1993.

Aku bangun tido jam dah petang.  Kerja syif malam buat tidur jadi tunggang langgang.  Perut lapar bukan main.  Semalam tak makan sahur.  Minum teh tarik je.  Masa buka, cuma makan kuih 3 ketul sama air sirap.  Bukan pasal diet.  Bukan pasal jaga badan.  Badan aku dah cukup sasa.  Takde duit puncanya.  Modal beli teh tarik duit aku yang terakhir. Cilaka betul...

Jam dah hampir pukul 7 petang.  Waktu berbuka dah dekat. Aku mundar mandir dalam rumah.  Mencari idea.  Mencari makanan. Dah habis usaha aku selongkar dapur. Hanya ada air kosong. Dapur rumah bujang tak banyak membantu.  Abang Malik dan Sham Obe takde kat rumah.  Aku buntu.  Termenung di jendela.  Sekumpulan kanak-kanak berjalan balik dari pasar ramadhan.  Di tangan mereka menjenjet bungkusan air tebu dan mungkin murtabak.  Rasa lapar aku makin menaik. Terdetik rasa nak pergi rampas makanan yang budak-budak tu bawak.  Tapi bila mengenangkan bulan Ramadhan al Mubarak, aku jadi tak gamak.

"Tak boleh jadi ni..." aku berkata sendiri dalam hati.  Termenung mengenang nasib di jendela tak akan mengubah apa-apa.  Sekali lagi aku selongkar dapur.  Di satu sudut di dapur rumah bujang itu, Abg Malik susun tin-tin kosong.  Ada tin biskut dan tin milo.  Satu-satu aku goncang.  Hanya satu tin milo ada isi.  Tapi bila aku goncang tak berbunyi, tak bergegar.  Dada berdebar.  Aku ambil sudu.  Aku umpil penutup tin milo size 1 kilo.

Perlahan-lahan aku jengah ke dalam tin.  Nun di dasar tin ada segumpal milo melekat erat.  Sebesar penumbuk bayi baru lahir.  Aku cuba ambil.  Cilaka, gumpalan milo itu tak berganjak.  Mungkin sudah terlalu lama bertapa di dalam tin.  Molekul-molekul halus milo mungkin sudah bertindak balas dengan udara dan haba seterusnya bergabung menjadi ketulan yang sangat keras.  Macam-macam cara aku cuba.  Tak berjaya. Akhirnya aku guna pemutar skrew dan tukul. 

Tanggg!!!  Dengan sekali hentak, ketulan milo terpisah dari dinding tin. 

Azan maghrib berkumandang dari masjid berhampiran.  Aku genggam kemas ketulan milo sebesar penumbuk bayi. Dengan Bismillah aku teguk air kosong dan terus gigit ketulan milo.  Air mata menitik laju.  Tak pernah aku bayang aku kena lalui momen semacam ini.  Milo memang untuk Sang Juara.













++++

Masa ni aku tunggu result SPM.  Kerja kilang sarung tangan di Bentong. Gaji boleh tahan lumayan, RM180.00 sebulan.  Amacam?? 

Wednesday, August 3, 2011

Gajah Duduk






















Semalam ada beberapa gajah duduk berhampiran aku masa sembahyang terawikh di masjid Karupang.  Ada 2-3 ekor gajah duduk saf depan aku.  Belah kiri kanan pun aku perasan juga beberapa ekor.  Gajah Duduk ni, dengar kata brand kain pelikat baik punya.  Entah, aku mana tahu.  Aku tak pernah beli kain pelikat.  Kain pelikat pun aku ada selai je.  Itu pun rembat dalam gerobok buruk abah.  Nak tahu lebih-lebih sila ke www.gajahduduk.com

Dulu masa kecik Anuar Zain ada nyanyi lagu kain pelikat.  Comel Anuar Zain...kiut sangat!!

Tuesday, August 2, 2011

Param Di Labuan

















Suasasa Param hari pertama berhampiran Dataran Labuan.

Pasar Ramadhan (Param) di Labuan sama je dengan tempat-tempat lain.  Ayam golek, murtabak, lauk-pauk, karipap inti angin.  Menu sama.  Pengunjung je yang lain. Aku rasa persatuan penjaja Param memang dah edar SOP supaya semua Param sama walau di mana berada.  Tak ada yang unik.

Param yang ni baru la unik.  Memang steady.  Sape tak kenal dia kodi.
















Nama sebenar pelakon komedi veteran yang berasal dari Negeri Sembilan ini ialah Paramasivam Periaphanby.  Beliau bergiat cergas bersama pelawak komedi seangkatan dengannya seperti A.R Badul, Wazata Zain, Allahyarhamah Yusni Jaafar dan R. Jaafar.  Param adalah anak bongsu dari lima beradik, yang kesemuanya perempuan.

Mendiang Param memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin.  Param 55, telah meninggal dunia pada pukul 6 pagi akibat sakit jantung di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Jumaat 14 Ogos 2009.

Param begitu terkenal di zaman 70an dan awal 80an dan banyak berlakon filem-filem Melayu dan drama-drama TV waktu itu.  Param kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 80an. Filem-filem lain yang turut dilakonkannya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.  Mendiang turut dikenali menerusi siri Hang Setia yang pernah disiarkan di RTM pada tahun 80an.