Tajuk entry kali ni Kisah Hati. Takde kena mengena dengan lagu Alyah yang tengah top dan jadi muzik latar cerita Stanza Cinta kat TV3. Cilaka betul, aku tertengok hari Isnin itu hari. Stanza tu makna apa pun aku tak tahu. Ok aku tipu, ada la kena mengena sikit dengan lagu Alyah. Sedih juga kadang-kadang...haisssh
Ok kita berbalik kepada kisah hati. Dulu aku ada sorang kawan nama Romy. Dia seorang yang sangat seni. Lukisannya cukup hebat. Aku brkawan dengan dia masa form 1. Dia ada satu teori tentang hati. Katanya kita ni ada dua hati. Satu hati besar. Satu lagi hati kecik. Hati besar ni yang selalu buat keputusan dalam hidup kita. Tapi hati kecik sering berlawanan dengan keputusan hati besar. Paham? Tak paham? Ok, macam ni, katakanlah kita tengah lapar. Hati besar pun kata nak makan Burger McD, tapi sebenarnya hati kecil nak makan Mee Bandung Muar yang sangat sedap itu. Tapi bila mengenangkan susah nak dapat Mee Bandung Muar, kita makanlah juga Burger McD. Paham? Dapat? Ke ke laut? Lantaklah kalau tak paham...aku pun bukannya paham sangat. Romy cakap macam tu masa tengah berdengung kena submarine kehkehkeh...
++++
Last aku jumpa Romy tahun 2001. Dia tengah inject dadah kat dalam semak belakang hospital Tawakal. Celaka betul. Masa ni aku kerja advertising agency. Aku bagi name card kalau-kalau dia nak apply jadi designer kat tempat kerja aku. Pasal aku tahu banyak lukisan lanskap dan bangunan Putrajaya dia yang lukis waktu aku pegi opis dia tahun 1996. Haram dia tak call. Aku harap Romy sihat dah terus hidup. Putus cinta je pun puncanya...hati hati dengan hati.
Ni Romy gang surau tu ker....? Kalau betul la si Romy tu,,, memang tak sangka boleh jadi doktor..... sekarang apa update Romy ni... dari pemerhatian2 aku laa,,,, susah nak berenti jadi doktor bila dah sekali kena berdengung?
ReplyDelete:-aLCapone-
ya romy yg itu...dah lama tak jumpa, tak tahu apa cerita
ReplyDelete