Monday, July 25, 2011
Jumpa Balik
Pernah kehilangan? Pernah hilang lepas tu jumpa balik? Aku pernah. Waktu hilang puas aku mencari. Bila jumpa balik, aku akan jaga baik-baik. Perit kehilangan buat aku lebih menghargai, lebih menyayangi.
Monday, July 18, 2011
Inilah Barisan Kita
Lutfil : Papa tahu nyanyi Inilah Barisan Kita?
Aku : Kacang...
Lutfil : Cuba nyanyi...
Aku berdiri tegak. Tarik nafas. Aku nyanyi sungguh-sungguh. Guna suara perut punya. Tapi lirik aku kasi tukar sikit. Bagi lebih dramatik.
Lutfil ketawa sampai keluar air mata. Entah apa yang lawak aku tak tahu.

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berbaris
Siap sedia berbaris
Untuk ibu pembaris
Sebelum kita berbaris
Jangan harap kami baris
Inilah sumpah pembaris kita
Menuju medan baris
Andai kata kami baris semua
Taburlah bunga di atas pembaris
Kami mohon doa
Malaysia berbaris
Pembaris telah berbunyi
Menuju medan baris....
Lutfil ketawa sampai keluar air mata. Entah apa yang lawak aku tak tahu.
Thursday, July 14, 2011
Teka Teki Sejarah
Alia : Kenapa Portugis serang Melaka? Kenapa dia tak serang Kedah?
Aku : Dia takut dengan Siam...
Alia : Salah...dia serang Melaka sebab Melaka ada 5 je Hang...Kedah semua hang...hehe
Aku capai remote Astro tekan 555. Layan History Channel lagi bagus.

Tuesday, July 12, 2011
Kisah Hati
Tajuk entry kali ni Kisah Hati. Takde kena mengena dengan lagu Alyah yang tengah top dan jadi muzik latar cerita Stanza Cinta kat TV3. Cilaka betul, aku tertengok hari Isnin itu hari. Stanza tu makna apa pun aku tak tahu. Ok aku tipu, ada la kena mengena sikit dengan lagu Alyah. Sedih juga kadang-kadang...haisssh
Ok kita berbalik kepada kisah hati. Dulu aku ada sorang kawan nama Romy. Dia seorang yang sangat seni. Lukisannya cukup hebat. Aku brkawan dengan dia masa form 1. Dia ada satu teori tentang hati. Katanya kita ni ada dua hati. Satu hati besar. Satu lagi hati kecik. Hati besar ni yang selalu buat keputusan dalam hidup kita. Tapi hati kecik sering berlawanan dengan keputusan hati besar. Paham? Tak paham? Ok, macam ni, katakanlah kita tengah lapar. Hati besar pun kata nak makan Burger McD, tapi sebenarnya hati kecil nak makan Mee Bandung Muar yang sangat sedap itu. Tapi bila mengenangkan susah nak dapat Mee Bandung Muar, kita makanlah juga Burger McD. Paham? Dapat? Ke ke laut? Lantaklah kalau tak paham...aku pun bukannya paham sangat. Romy cakap macam tu masa tengah berdengung kena submarine kehkehkeh...
++++
Last aku jumpa Romy tahun 2001. Dia tengah inject dadah kat dalam semak belakang hospital Tawakal. Celaka betul. Masa ni aku kerja advertising agency. Aku bagi name card kalau-kalau dia nak apply jadi designer kat tempat kerja aku. Pasal aku tahu banyak lukisan lanskap dan bangunan Putrajaya dia yang lukis waktu aku pegi opis dia tahun 1996. Haram dia tak call. Aku harap Romy sihat dah terus hidup. Putus cinta je pun puncanya...hati hati dengan hati.

Friday, July 1, 2011
Makan McD yang Menginsafkan
Semalam makan McD.
Alia : Ada kawan kelas Alia tak pernah makan McD...Kfc pun tak pernah. Nama dia Salina.
Aku : Parent dia tak bagi kot...McD dengan Kfc bukan sihat..
Alia : Dia tak pernah pegi shopping complex...kalau pegi jalan pun, pegi pasar je...
Aku : Papa dia kerja apa?
Alia : Tolong-tolong kat kedai runcit...mama dia tak kerja...
Aku : Dia pergi sekolah bawak duit belanja tak?
Alia : Bawak seringgit...
Aku : Dia bawak bekal?
Alia : Dia bawak biskut apollo...hari-hari!!
Aku : Sekali sekala kita ajak la dia pegi jalan...
Alia : Dia tak nak tinggalkan papa, mama dan adik2 dia...lagipun dia malu...
Rasa sedap Double Cheese Burger yang aku kunyah perlahan-lahan jadi rasa sebak dan rasa insaf. Sesak-sesak aku, boleh juga bawak Alia makan McD. Time boring tahap tak patut, mampu juga bawak Alia ke Alamanda tengok wayang. Aku akan bantu mana yang mampu. Insyaallah...rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...heh!!!

Membeli Rumah
Aku : Papa ingat kalau dapat gaji nanti nak beli rumah la...
Lutfil : Aik..dah ada rumah 2 bijik tak cukup??
Aku : Beli aset macam rumah ni bagus. Rumah jarang susut nilai. Harga makin naik. 3-4 tahun harga rumah meningkat hampir satu kali ganda. Nanti kalau ada duit lebih, nak beli hotel pulak..
Alia : Jangan banyak cakap...cepat jalan!!!
Aku cepat-cepat baling dadu...
Korang penah main Saidina?? Sape tak penah memang kodi!!! Ya...tahap paling kodi...

Subscribe to:
Posts (Atom)